Thursday, February 24, 2011

Segmen Mari Menonton: Burlesque yang kebaboom



Smalam dengan tidak semena mena aku ke klcc untuk menonton Burlesque yang ku idamkan. Ari tu kan kene paksa tgk No String Attaeched, but yesterday akhirnya aku dapat jugak menonton. Seblom menonton wajib la makan dulu, pi kat food court (dah sipi sipi poket tau plak kau cari food court) makan bento. Amek bento terung dalam bahasa korea nya aku tak ingat. Rasa sangat sedap dan diserikan bersama air tebu. (gambar tak sempat snap sbb mengejari masa yang suntuk)


*cam buruk plak christina pakai wig*

Cerita bermula di iowa, di mana Ali (Christina Aguilera) seorang gadis desa yang naik fedap ngan kehidupan dia kat kg sbb tokei kedai tempat dia kerja tak bayar gaji. So dia sudah nekad mau ke LA yakni dah semestinya bukan lebuh ampang untuk berhijrah. Nak mula hidup baru la kekononnya. Dia trus cari hotel yang chip chip untuk tinggal. Then masa tgh mencari cari kerja tu dia terpandang la Burlesque ni (sebut ber-les). Klab ni like kabaret club la. Kalau korang tgk Moulin Rouge, then this is a new version, cuma jalan cerita Berlesque ni agak tipikal. (Moulin Rouge + Coyote Ugly = Burlesque)

*Cher, ko mmg nenek, mana ada org jaman skarang pakai suar gitu*

So bila masuk lam tu, Ali cam ala ala terpesona, terpegun, terkaget dan segala macam "ter" kecoli terkencing atau terberak. Ali mmg bersungguh sungguh nak keje kat situ as a dancer. Pastu dia jumpa Jack, bar tender yang hot nak mati. Then Jack kata "kalo ko nak keje sini, ko pi jumpa Tess, dia tokei klab dangdut nih". Tess yakni si tokei klab itu dilakonkan oleh Cher yang tua kerepot tapi dah bikin muka like umur dia 30an. tapi Ali di suruh jadik pelayan hantar air je. 

Tess adalah bingung duk pikio kelabnya nak kene beli oleh si Marcus (eric dane). Klab tu ada berhutang ngan bank, so kalau tak jual kelab tu gimana nak bayar hutang tu kan. Tapi tess sangat la mempertahankan klab dangdut beliau. So lepas tu Ali tu pun pegi la audition dengan tak di sengajakan. Banyak adegan menyanyi, berjoget bagai. Dan selanjut nya korang kene tgk sbb cerita ni mmg berbaloi untuk di tonton. Tapi harus korang jangan bawak anak memasing sbb cerita amat lah melucah. Satu lagi, Nikki adalah watak jahat dan sangat tipikal jahatnya. Hah lupa plak, Jack (Cam Gigandet) adalah hero lam cerita nih. And dont worry ini cerita adalah happy ending, so tak yah korang nak nanges nanges bagai. 

Ralat: Christina kantoi buat operation payudara, masa dia kat Tokyo, di angkat tangan lambai ratu, pastu nampak kesan operation di tepi ketiaknya. Sian

Pesanan Farid yang suka Burlesque: Lately ni banyak sangat adegan melucah tahap melampau kat wayang. Apa dah tak ditapis lagi ke? Haiyaa

2 comments:

RazFiRa said...

hmmmm.. mcm menarik gak. nak tengok ah. pandai lak si christina ni berlakon yek

farikh said...

aa ah suara sedap dan pandai berlakon, cuma cam jalan cerita tu cam tipikal siket hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis