Tuesday, May 31, 2011

Detektif Cho-nan

Sekarang dah pukul 1130 malam, dan gua mmg akan tidur dalam keadaan senyum, lu orang nak kata gua gila ke hapa, gua tak pedulik dah. Apa yang gua tau jawapan yang gua cari selama ini sudah muncul dengan sendiri. Ini bukan silap mata mahupun ilmu hitam.

Nak kata ajaib sangat tu tak de la, sbb gua mmg dah agak dari awal. Tapi gua was was jugak la, jangan main gila nak teka teka nanti salah gua malu gak, takkan nak sorok muka dalam paperbag mc d. Siapa kata gua tak handal menyiasat? Skarang dah terbuktikan, lepas ni gua mau ambil upah dari mana mana datin pegi siasat dato dato mana yang main curang. Dapat duit upah nanti gua beli la kereta sukan idaman gua.

Untuk meraikan kejayaan kes penyiasatan gua, esok gua nak memanjakan diri gua dengan mek ciken yang enak. Tanda pada penghargaan keatas diri sendiri yang berjaya menyelesaikan kes mistik terhadap manusia paranormal.

Gua tak mau jadik unkel sikers, tapi gua mau jadi manusia yang cuba bersikap adil pada diri sendiri walaupun org lain tak mau adil sama gua. Cerita banyak pun tak de guna baik gua tido sbb esok masuk ofis sebelum ayam berkokok.

Pesanan farid: Nanti gua amek gambar gua tido senyum, pastu gua post kat sini. Sila percaya

Kalau terbakar terus lari

*Semua berebut berangan nak jadi bomba*


Minggu lepas aku pegi khusus keselamatan kebakaran. Setiap tingkat kat opis aku ni ada pegawai kebakaran. Kalau opis terbakar kau lah org yang paling sibuk macam mak pengantin sbb nak kene kira kawan kawan dalam opis supaya tidak ada yang tertinggal dan rentung.

Kusus ini diadakan di Balai Bukit Jelutong. dan disebabkan aku mmg tiada idea kat mana letaknya bukit jelutong ni, jadi aku naik bas seraya bas yang disediakan oleh pihak opis. Bas panjang, ekon kuat dan seat cantek, tapi cantek lagi awek yang duduk sbelah aku. Siap pakai tali pinggang keledar lagi, takut kalau bas tu kona baring dan dia terbaring plak kat aku, dah tak pasal kene nikah dalam bas tu.

Kusus ni dua hari, sepatut aku pegi hari khamis, tapi dah tak sabar nak jadi bomba jadi aku tukar pegi hari rabu pulak ngan nok dan Vijay. Ini dua orang bawak kenderaan masing masing, jadik tak de la merasa naik bas duduk sebelah awek. Sangat merugikan

Kusus terbahagi kepada tiga bahagian, dan aku tak ingat bahagian apa, yang aku tau mula sesi ketua balai yang seolah sebaya dgn baba memberi taklimat. Tapi plis pakcik jangan cakap bahasa inggeris. Sbb bila aku dgr dia cakap bahasa inggeris seupama aku menonton lawak kumpulan Jambu dalam Maharaja Lawak.

Bila tgh hari dan kebetulan hari itu hari gaji, dengan bongkaknya kami tak mau makan makanan yang disediakan, tak sedap (walaupun aku tak tau dorang kasi makan apa). Pegi kedai mamak, pekene beriyani ayam madu ngan papodom sebungkus teloq rebus sebijik dan yang paling sedap sbb vijay blanja.

Settle makan pastu masuk balik bilik tu, kelas CPR dah mula. Brader yang buat cpr tu berpeloh peloh menerangkan macam dia mmg perlukan cpr sangat sangat. Itu jam mata aku mmg dah bukak separuh je. Abis kelas cpr, kelas camna cara nak selamatkan org plak mula. Mamat ni muda dan mmg lawak tahap raja lawak.

Pastu ada demo padam api kat luar. Aku mmg tak amek pot sbb panas macam kat mesir. Sibuk lap peluh dan mengeluh. Brader yang buat demo tu jongang dan cakap sangkut sangkut sperti takut terlanjur kata. Minum petang disediakan, tapi air panas dan aku boo layan. Dah tu naik bas, tapi awek dah tak de, aku on ipod pastu miming sorang sorang sampai kl. Konklusi dari kusus ini, kalau terbakar, lari selamatkan diri sendiri.

Pesanan Farid: aku nak elak taip panjang, tapi tertaip panjang jugak sbb cerita dengan lebih terperinci dan supaya korang tau camna nak selamatkan diri kalau opis terbakar.

Segmen mari menonton: Pirate of the Carribean: On stranger tides


Ok berjumpa lagi dalam segmen mari menonton bioskop(wayang), kali ini saya akan membawa anda menerokai cerita sekual Pirate of the Carribean: On stranger tides. Poyo ayat kau farid. ok last saturday aku pi nonton Potc ini di Cheras Leisure mall. Camna aku leh ke sana? sila abaikan. Lama sudah tak kesana. 


Ok cerita mengisah lanjutan pengembaraan Captain Jack Sparrow yakni capten black pearl. Ini kali dia memburu Fountain of youth. Pengenalan siket, sesiapa yang dapat minum air ini dari kolam ajaib ini nescaya dapat diselamatkan dari kematian. Semua bermula bila Blackbeard (captain kapal Queen Anne Revenge) yang diramalkan akan dibunuh oleh lelaki berkaki satu. Maka demi sahaja mengelak dari dibunuh oleh lelaki berkaki satu ini, bersungguh sungguh la Blackbeard bersama anak kapal zombie nya memburu tempat tersebut.


Akibat dari melarikan diri dari askar askar yang mengejarnya, si Jack Sparrow sudah tiba disuatu tempat didalam bandar dimana Jack Sparow imposter (palsu) berada, khabar angin mengatakan Jack Sparrow palsu itu sedang mencari anak kapal. Setelah bertarung rupanya si Jack palsu itu adalah Angelica (penolope cruz), yak ni ex girlfren Jack. Dan Angelica ini merupakan anak prempuan blackbeard. 

Sesiapa yang tonton sekuel ini dari awal pasti kenal ngan Barbosa. Dia sudah berkhidmat ngan raja ketika ini. So dia bukan la lanun lagi, tapi dia pun dalam rancangan memburu Fountain of Youth itu untuk raja nya. Barbosa mmg dah berperancangan mau membunuh Blackbeard. So untuk minum air di kolam itu, bukan sebarang minum je. Kene ada dua gelas silver yang spesel dari sebuah kapal yang buruk dan juga air mata duyung. 

Yang bestnya, slalu org gambarkan duyung adalah kiut dan cantek. Tapi dalam cerita ini, duyungnya mmg memula cantek tapi bertukar menjadi seram dan makan org. Takutttt. Ada seorang mubaligh ni diikat pada tiang utama di kapal blackbeard. Mamat ni secara tak langsung juga menjadi umpan ketika Blackbeard memburu ikan duyung utk mendapatkan air matanya. Dan mamat ini telah jatuh cinta pada ikan duyung yang comel ini secara eksidennya. 

Hah lupa plak, kapal Black Pearl yang dulunya di rampas oleh Barbosa dari Jack, kini berada di tangan Blackbeard. Smua kapal rampasan telah di sumbat didalam botol. Magik la agaknya kut sbb Blackbeard ni like ada kuasa bila diatas kapal nya sendiri. Dapatkah Jack mendapatkan kapal kesayangannya kembali? 


Cam biasa kesudahan nya korang kene tgk la. Banyak adegan bertarung dan aksi. Satu yang aku belajar lam cerita ni, lanun sangat tak boleh dipercayai. hahaha jika kau seorang yang tidak boleh dipercayai maka ko layak digelar lanun. Sekian terima kasih.

Pesanan Farid: Lama benar tak menonton

Sunday, May 29, 2011

Mari ber- Marche


OK last friday i was like mana nak makan malam ni. So tanpa arah tujuan trus ke The Curve pusing pusing then double a mencadangkan apa kata ke Marche. So ok then masuk.  Anda akan diberikan kad (rujuk gambarajah dibawah), kegunaan kad adalah untuk di cop selepas anda ambil makanan then bila nak balik cashier akan kira smua cop ikut rege makanan yang anda ambil. konsep cam makan kat food court kut, bezanya smua gerai disini satu kompeni.


Makanan kat sini smua enak enak, so agak rambang mata nak makan yang mana satu. Stelah berpusing tiga kali, diingatkan tiga kali yer, demi memastikan diri membuat pilihan makanan yang tepat, kami decide untuk ambil Chicken chop sahaja. Regenya RM14.50. Jika mau side order boleh tambah mash potatoes, koslo ataupun jagung. Harga side order dikira berasingan.


Chicken Chop: RM14.50 exclude side order


Aku pilih mash ngan sweet corn. Mmg enak dan berbaloi baloi. Ayam dia bukan seperti yang biasa dihidangkan di restoren barat yang lain. Eh tapi kira aku dah masuk kali keempat datang marche ni. Tapi ciken chop ni jugak la yang tetap menawan kalbu. So korang korang jika ke marche cuba ini ciken chop ek.



Sterus nya amek air plak, ada berbagai bagai jenis jus, kopi dan minuman berkabonat. Dan untuk kali keempatnya aku tetap amkbil jus juga. Sbelum ni dah minum jus dragon fruit campur mangga. But now honeydew campur mangga pula. Semua buah buahan yang dibikin jus disini tidak dicampur dengan gula. So petua semasa pilih jus sila pilih buah yang manis. Sbg contoh, double a amek fresh oren dan smesti nya, buah oren smata yang akan dikisar, so ada kemungkinan rasa masam dan pahit kerana bercampur biji. Jus aku adalah manis sbb mangga dan honeydew kompom la manis kan.

Honeydew+ Manggo= RM 12.90
Fresh Orange= RM10.90


Chicken Roasted Crepe: RM14.90


Ok last but not least makan Roasted chicken crepe. Memula like aku amik satu pastu double a amek satu, then brother yang bikin ini crepe like "bang try makan satu dulu kang tak abis pula" pastu aku jawab "hey perot saya ke perot awak?!" ok tu tipu. Aku pun ok ok saya amek satu je dulu. Rasa kenikmatan nya sangatlah mengagumkan. Smua sayur segar dicampur dengan daging ayam yang dipanggang. Punyalah enak. OK dah settle makan, sila berangkat pulanglah yer. 

For more info click here: Marche Malaysia

Pesanan Farid: Mengimbau kenangan lama 

Monday, May 23, 2011

Redang pt5: Makan malam yang hebat, chewah

*ini lah bot yang kami naiki nak pi snokeling, klasik. Cam nak pi tangkap ikan pun ada*


Setelah berehat rehat, masa untuk makan malam. Bertempat di kawasan makan makan terbuka, so tempat amat lah selesa sbb open tiada bumbung. Kalau ujan pepandai la ko nak lari menyelamatkan diri. 

*abaikan apek baju hijo tu*



Konsep makan malam tersebut adalah BBQ, tapi bukanlah ko di kerah untuk membakar smua. Aterr dah bayo, so bila sampai trus ngap je la. Ada kambing, baked potato, ciken wing, nasik grg, koslo dan berbagai lagi. 



Knowing aku mmg makan sikit, amek yang berpatutan je la. And FYI dua hari sekali ada beach party. So agak bising juga la di malam hari. Most of the resort mmg ada beach party sendiri kut. But tetamu tak terhad pada penghuni resort itu sahaja. Dan yang pasti, kami idaklah menjoinkan diri, kang mabok susah plak.







Lepas makan makan, mari lah kita berjalan jalan kasi nasik turun ke perot ngan lajunya, so balik nanti boleh trus tido (konon tak de la boncet, poodah).





Dah lepas jalan jalan, balik resort tersebut pastu sambung lepak kat pantai ither side. Aman je rasa. Kalau korang nak tau, aku mmg suka tempat sunyi sepi ni, sbb kalau kat kl tu hiruk pikuk. Ada sesetengah org plak tak suka tempat sunyi, kang sedih la, menangis la apa la. Hapa hapa je la





Ok sambung lagi, esoknya ada dua trip snorkeling lagi nak hadap.

Pesanan Farid: entri dah kehabisan lam draft, sila mula menaip , USAHA!








Sunday, May 22, 2011

Segmen mari menyanyi: Hazrul Nizam - Kaulah Segalanya


Kaulah Segalanya
Hazrul Nizam

Kaulah segalanya
Yang menyinari hidupku kasih
Hanya satunya
Yang kucintai

Sambutlah cintaku
Jangan kau pergi dari sisiku
Cintaku padamu
Ikhlas sejati 





Pesanan Farid: Kalau dgr lagu ni pasti senyum sensorang hahaha

Thursday, May 19, 2011

Segmen mari menyanyi: Agnes Monica- Tanpa kekasihku




Beraninya kau pergi dan tak kembali..


Pesanan farid: repeat dgr more then 10 times in a single day


Redang pt4: Tiada gambar snokeling, sedey

*Bilik kami ditingkat atas*

Salam berjumpa lagi kita dalam rancangan ronda ronda sepulau. Kali ni ingin mebawa korang ke kisah snokeling, tapi malang nya tiada gambar snokeling. So pepandai memasing imagine guna imaginasi masing masing. 


*makan koci untuk hilangkan stress, kononnya*

Sebelum memulakan snokeling korang perlukan gogle dan jugak life jacket, so kedua dua bendalah ini boleh lah di sewa di resort tebabit dengan harga Rm15 setiap satu, dan disewa hingga ko check out nanti. Steven sudah pesan, jaga gogle like jaga nyawa memasing sbb gogle itu mahal, walaupon regenya RM150 je. Selain snokeling korang juga boleh amek express kos untuk diving yang berharga RM180. Kusus ni diarong ajar basic diving la. Tak de nya dia bawak korang pi diving kat laut dalam sana. Jangan risau.


*Tasha masih kekal sbg juara makan koci*

So dalam package yang aku amek ni ada tiga kali trip pi snokeling. Yang pertama nya trip dibawa ke sebuah pulau. Antara ketiga tiga tempat snokeling, aku paling suka yang pertama ni. Sbb tempatnya aman dan damai. Best je, ko leh la berenang kemana mana. Pada yang tak tau atau first time mencuba, usah gundah, pekerja pekerja kat situ bersedia membantu anda. Dicampaknya satu pelampung then korang paut je pada pelampung tu, pastu dorang tarik perlahan lahan.


*Lauk yang tidak seimbang*


Cerita aku ni dah terbalik, patutnya makan dulu sbelom pi snokeling. So lebih kurang je la yer. Aku sendiri plak yang pening. Makanan buffet disediakan. So korang leh makan seberapa banyak yang korang mahu selagi nasik ngan lauk yang disediakan tak abis. Kami smua pun makan sikit je sbb takut termuntah nanti. Kira cam alas perut je la.

*Kaver nerveous, so keep on smiling sya. Serious naw muka ko dik makan tembikai*

Jadinya selepas selesai bersnokeling, bilas bilas then balik ke resort dan beristeri berehat lah. Kaki smua lenguh duk berkayuh kayuh berenang. Tu la akibatnya lama tak berenang dan bersenam. 



Ok sambung lagi..

Pesanan Farid: Tak puas hati sungguh tak de pics snorkeling. Ishk

Wednesday, May 18, 2011

Bersifat baldi plastik




Tajuk sangat tak leh blah, mana pernah dibuat orang ada sifat seperti baldi kan. Tapi harus diingatkan bukan baldi yang menjadi issue ek, tapi sifat plastik tu yang ditekan kan. Selalunya sifat sifat gini muncol dalam diri seseorang itu tanpa sedar.

Ok pada yang sengal ubi sangat tak paham maksud plastik tu, ia membawa maksud sifat kepura puraan yang melampau. Tiada lam kamus, jangan korang pi cari plak pastu tak jumpa korang longkangkan aku.

Ok contoh yer:

Di petang suatu hari didalam LRT dimana aku mau pulang ke rumah.

Ada tiga orang makcik sedang berbual bual berbagai topik. Then yang sorang tu duk kepoh sangat tentang tudung yang baru dibeli. Kira tudung baru la kut so mau blagaks ngan kengkawan nya. Mungkin feeling extra hot pada hari berkenaan. So berbual bual la mereka, yang dua lagi duk memuji memuja la tudung baru yang seorang ni. "Berapa je ko beli ni" tanya makcik tu, "Ala murah je bla bla bla, beli dekat bla bla bla (ayat ditapis demi keamanan sejagat". Yang sorang lagi sampuk "Pandai ko pilih warna nya cam soft lembut je" (dah soft, lembut plak). Then bila sampai Pasar Seni, makcik yang feeling hot ngan tudung baru ni pun berambus turun, siap babai babai cam nak pi oversea lagi.

Hah apa lagi tanpa berlengah, sedang elok je pintu lrt tu tertutup rapat, tak menyempat nyempat memasing mengkritik dengan hebat nya makcik yang feeling hot tu. "Alah ntah mana tepi jalan kat masjid india tu dia beli, dia kata kat kita tudung mahal". Yang sorang lagi tambah "Ikutkan aku, tak mau aku pakai kaler camtu, pucat lesi je". Hamboih kutuk baek punya like makcik tadi tu pi keje dalam keadaan berbogel plak. Kalau makcik feelin' hot tu ada depan korang, pasti dia menanges guling guling, terharu agaknya. So bersambung sambung la kritikannya tu sehingga aku sendiri naik muak dan aku yang berambus turun plak.

So kesimpulannya, boleh tak korang berterus terang je, tapi dengan cara yang betul la. Bukan berplastikkan macam tu. Sangat iritating dan meloyakan. Tu baru takat tudung, belom lagi pasal laki, pasal anak, pasal harta pusaka. Ishk tak terbayang la aku kalau gini. If tak berkenan, buat je cara tak berkenan tapi bukan membenci. So tak de konsep plastik aka diguna pakai disitu. Aku tau korang yang slalu berpura pura ni demi menjaga martabat dan reputasi diri sendiri kan? tapi pernah korang fikir, kalau kawan yang korang plastikkan tu tau perangai sbenar korang? adakah tak de efek pada reputasi korang nanti? fikirkan

Bebel panjang pun tarak guna, sbb masing masing dah tua bangka. Jadinya elak kan lah perangai sebegini di kemudian hari. Berpura pura itu sama seperti mempunyai muslihat.

Sekian terima kasih

Pesanan Farid: Keyword nak elak jadik plastik "emm ok la", "ooo ye ke?", "just ok je kut" or just diam and keep smiling je la

Redang pt3: Prepare for snokeling


Dah dapat kunci trus la cek in, ko tgk budak dua orang tu, kemain, dan dan trus baring. Bilik nya ok ok la, kira selesa smua lengkap cuma tak de tivi je. tapi kan kalau letak tivi tapi siaran tak de tak de gunanya gak kan. So kalau nak tgk tivi sila la ketempat makan, kat situ pun pasang dvd je, ntah hapa hapa cerita pun. Being me is simple, tak tgk tv seminggu pun aku ok ja. 

*gambar jamban*



Lepas dah makan, terus pi tepian pantai, bercanda. Walaupun aku ni umah mak tepi pantai, tapi bila mai redang aku tetap rasa teruja tahap melampau. Sbb melihatkan airnya yang jerneh cam air siming pul. Resort ni ada dua pantai, satu pantai depan menghadap resort lain, then the other one cam private beach la. Tapi pantainya banyak batu. 

*sekadar gambar hiasan*


*teruja meneruja konsepnya*

Masa ni tgh tunggu first trip nak snokeling. semua pun cam mebayangkan nasib kekdahnya. Adik ngan tasha adalah pertama kali. Alah kompom tak tenggelam pon. 

*Untung sabut timbul, untung ko sya, pasti la timbul gak*

*self timer yang bilamana dah set kan time, menggelupur cari posisi yg sesuai*




Hakikatnya, aku tak snap pi snokeling, even tak bawak kamera pon, smua gara gara takut nanti kamera kene air masin, jahanam la ooooo. Digital kamera plak tak bawak. So tiada la gambar dapat dirakam. Semuanya hanyalah terakam dibenak fikiran kami. Ceh ayat tak boleh pergi langsung. Dah sambung lagik


Pesanan Farid: Next trip nak pergi snokeling wajib la aku beli kover kalis air utk kamera.

Monday, May 16, 2011

Segmen Mari Menyanyi: 2NE1- Lonely


Baby I'm so lonely lonely lonely lonely lonely
Baby I'm so lonely lonely lonely lonely lonely
Baby I'm so lonely lonely lonely lonely lonely
Baby I'm so lonely lonely lonely lonely lonely.

Muat Turun : 2NE1- Lonely

Pesanan Farid: Selalu pun lagu korea like lompat lompat berjoget, ini kali lagu 2ne1 ni berentak slow n relax sahaja. 

Redang pt2: Pok Mat yang baik hati

*Konfius antara ponok dan jeti*

Ok seawal 730am kami sudah sesiap mau breakfast. Malam sbelum tu, adik sudah kol sama pemandu taksi yang akan bawak kami ke jeti Merang. Tambang nya adalah rm40 sahaja. So aku rasa ok la kut sbb aku dah tanya kak jiu jiu yakni org terengganu sendiri, tambang nya mmg gitu. ok so tak rasa ditipu la. Pemandu taksi itu adalah bernama Pok Mat. Pok Mat ini adalah baik pakciknya, kami baru terkial turun hotel mau breakfast tetiba Pok Mat dah terconggok depan hotel. Uih awalnya Pok Mat oiii. Nampak je kami terus dia kata "tak pe tak pe , pegi sarapan dulu"


*Posing ngan tiket marine park*

Dari KT membawa ke Jeti Merang memakan masa selama 45 menit. Lagian Pok Mat bawak cam ribut, smua kete nak dipotongnya. Bot kami dijadualkan pukul 9am. So kata Pok Mat, takut terlambat. Ni siapa yang nak pi redang ni haha. Pastu sebelum sampai Jeti Merang tu Pok Mat sudah stop kat stesen minyak Shell, kata nya "beli la makanan apa apa, nanti lapar pula dah sampai sana, kedai susah nak dapat, lepas tu harga mahal la siket". baik hati sungguh pok mat nih, automatik aku tingat kat baba. Hah lupa plak, kat jeti ni kene bayar tiket marine park, so nanti kalau pi marine park tak yah la terhegeh hegeh nak membayar lagi.



Then tiket smua dah diuruskan oleh travel agent, so tunggu je la bot je tiba. Resort yang aku amek ni tak ramai kut pengunjungnya banding resort resort lain. So dari Jeti Merang ke Redang perjalanan bot mangambil masa dalam sejam. Naik pun speed bot harus la pantas. tapi duk terhempas hempas kalau ko peknen kompom la leh terberanak dengan mudah sebelom sampai redang. 


*Pling! tetiba dah ada kat redang, mejikkan?*

Sampai je kat resort, Si tokei resort nama Steven sudah suh smua berkumpul untuk briefing. *kami bertiga sahaja malays dalam ini resort. Then Steven menerangkan what do and donts sepanjang ko kat pulau tu dan juga semasa snokeling. All electronic gadjet tidak boleh dibawa semasa snokeling unless ko mmg degil nak snap itu ini, so kalau camera ko terjun laut dan jahanam sendiri mau ingat. Pastu dilarang sama skali untuk sentuh or even tangkap ikan ikan dalam tu melainkan ko nak kene penjara dan denda rm20,000 sila la berbuat demikian.



*Kami bukan menaiki bot di belakang itu yer, boat kami lebih berhemah*


Selesai briefing, amek kunci then cek in la. Bukak je pintu trus baring. Aterr penat ngan mabok laut la kut. Dan peringatan, resort ini tiada tv yer. So kalau ko tak bawak any entertainment, makanya masak la ko termenung ngadap laut sensorang. Luckily ipad ado. So leh main game sampai muntah ijo.


*tinggi nya aku cam pemain bola keranjang, cehh*

Selepas hantar beg smua pastu boleh pi makan tgh hari. Dorang akan bunyikan wisel or siren bila masuk waktu untuk bersnokeling. Sapa lambat kene tinggal la yer.


*Tempat makan dan merangkap tempat briefing*


OK sambung..


Pesanan Farid: Masuk hangen hujung minnggu tak tau nak buat apa, so update blog sebanyak mungkin.

Saturday, May 14, 2011

Journey has begun

*muka semangat la nak pi mlancong*

Seperti yang direncanakan, aku, adik dan tasya mau ke redang sana. Setelah semua perancangan di atur, makanya smua pun bersiap sedia. Pepagi jumpa tasya dan ibunya di KL sentral sana, so bekpes kat mekdi dulu then trus naik komuter ke stesen putra kat sbelah the mall sana. 



*terkial kial nak log in, walhal tgh keja masa*

Disebabkan banyak benda nak ingat, tiket komuter aku buleh hilang plak, damn. kene la beli tiket baru sib baik singgit je pun. Pastu posid trus ke Hentian Putra sana. Ikut rancangan kami akan naik ekspress sani. Aku la yang gegdik naw nak naik sani tu. Tiket smua dah beli ari tu ngan nok. So tak yah risau pape lagi.



Perjalanan mengambil masa dalam 8 jam ke KT sana. Gila lumat duduk lam bas, walaupon aku duduk satu seat sahaja, tapi tetap rasa tak best. Adik ngan tasha duduk berduet kat seberang aku. Dah penat dgr lagu, main game kat ipad plak, pastu dah boring lagi lagi, kol kengkawan, bantai borak. ujung ujung dah masuk angin sangat tido je la.


*apa apa je la keje budak dua orang ni*

Sesampai kat KT, kami trus la pun pi mlantak. Bayangkan la lam bas lapan jam. Then ikut plan nak amek je hotel kat merang sana. Hah untuk pengetahuan korang, kalau nak ke redang korang kene naik bot kat jeti merang sana yer, bukan di jeti syahbandar yang dekat KT ni. So setelah mesyuarat tergempar diadakan lam lima minit, maka kami decide untuk tido je kat KT ni. Hotel yang diambil tak tau nama apa, tapi murah. Untuk bilik deluxe hanya berharga RM99 sahaja. Biliknya pun luas.









So dah dapat cek in, rehat la sat. Pastu sambung....... miahaha

Pesanan farid: Puas bertekak mempertahankan redang dari tioman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis