Tuesday, May 31, 2011

Segmen mari menonton: Pirate of the Carribean: On stranger tides


Ok berjumpa lagi dalam segmen mari menonton bioskop(wayang), kali ini saya akan membawa anda menerokai cerita sekual Pirate of the Carribean: On stranger tides. Poyo ayat kau farid. ok last saturday aku pi nonton Potc ini di Cheras Leisure mall. Camna aku leh ke sana? sila abaikan. Lama sudah tak kesana. 


Ok cerita mengisah lanjutan pengembaraan Captain Jack Sparrow yakni capten black pearl. Ini kali dia memburu Fountain of youth. Pengenalan siket, sesiapa yang dapat minum air ini dari kolam ajaib ini nescaya dapat diselamatkan dari kematian. Semua bermula bila Blackbeard (captain kapal Queen Anne Revenge) yang diramalkan akan dibunuh oleh lelaki berkaki satu. Maka demi sahaja mengelak dari dibunuh oleh lelaki berkaki satu ini, bersungguh sungguh la Blackbeard bersama anak kapal zombie nya memburu tempat tersebut.


Akibat dari melarikan diri dari askar askar yang mengejarnya, si Jack Sparrow sudah tiba disuatu tempat didalam bandar dimana Jack Sparow imposter (palsu) berada, khabar angin mengatakan Jack Sparrow palsu itu sedang mencari anak kapal. Setelah bertarung rupanya si Jack palsu itu adalah Angelica (penolope cruz), yak ni ex girlfren Jack. Dan Angelica ini merupakan anak prempuan blackbeard. 

Sesiapa yang tonton sekuel ini dari awal pasti kenal ngan Barbosa. Dia sudah berkhidmat ngan raja ketika ini. So dia bukan la lanun lagi, tapi dia pun dalam rancangan memburu Fountain of Youth itu untuk raja nya. Barbosa mmg dah berperancangan mau membunuh Blackbeard. So untuk minum air di kolam itu, bukan sebarang minum je. Kene ada dua gelas silver yang spesel dari sebuah kapal yang buruk dan juga air mata duyung. 

Yang bestnya, slalu org gambarkan duyung adalah kiut dan cantek. Tapi dalam cerita ini, duyungnya mmg memula cantek tapi bertukar menjadi seram dan makan org. Takutttt. Ada seorang mubaligh ni diikat pada tiang utama di kapal blackbeard. Mamat ni secara tak langsung juga menjadi umpan ketika Blackbeard memburu ikan duyung utk mendapatkan air matanya. Dan mamat ini telah jatuh cinta pada ikan duyung yang comel ini secara eksidennya. 

Hah lupa plak, kapal Black Pearl yang dulunya di rampas oleh Barbosa dari Jack, kini berada di tangan Blackbeard. Smua kapal rampasan telah di sumbat didalam botol. Magik la agaknya kut sbb Blackbeard ni like ada kuasa bila diatas kapal nya sendiri. Dapatkah Jack mendapatkan kapal kesayangannya kembali? 


Cam biasa kesudahan nya korang kene tgk la. Banyak adegan bertarung dan aksi. Satu yang aku belajar lam cerita ni, lanun sangat tak boleh dipercayai. hahaha jika kau seorang yang tidak boleh dipercayai maka ko layak digelar lanun. Sekian terima kasih.

Pesanan Farid: Lama benar tak menonton

2 comments:

abglan said...

Peh... ikan duyung, meleleh...

farikh said...

terbaek haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis