Monday, July 25, 2011

Pesen pesen makan bahulu dengan stail

Pagi pagi mata gua pisat pisat, antara pejam dengan tidak. Gua dengar member gua bersiul siul sambil betulkan jambul. Gua raba raba bawah selimut cari henfon, jam 9 pagi. Gua bingkas bangun, capai tuala mandi. 

Kepala gua agak tingtong, gara gara anjing menyalak pukul 3 pagi. Mula mula jauh, makin lama lama makin dekat. Akhir anjing tu port depan pintu rumah member gua. Serupa lu taruk anjing sebelah telinga lepas tu lu paksa dia menyalak, begitulah seksaan yang gua tanggung. Curse yiu doggy (sumpah gua dalam bahasa inggeris)

Jangan tanya gua kenapa anjing tu menyalak, nampak hantu atau pencuri gua tak tau, gua mau tido saat itu.

Pompang pompang esok nak raya, gua lupa kasik tau mana lokasi kedai ini. Pekan batu 18 hulu langat ya kawan kawan. 

Ikut rancangan awal, kami mau pekena laksa tepi sungai. Tapi kedainya tutup. Lepas itu gua phewit je la membuer gua, kita makan mana mana yang buka sahaja la nanti. Member gua nan satu ini memang tidak banyak bunyi mahu pun dakwa dakwi. Lu heret la pegi mana pun, semua dia ok sahaja. Tuju jalan besar gua nampak ini Bahulu classiq, serta merta member gua suruh berenti, mau beli bahulu bawak untuk potluck di pejabatnya esok. Apa kelas bawa bahulu untuk potluck? paling paling mau nasi tomato ka, beriyani ka, nasi ayam ka




Mula gua ingat ini kedai jual bahulu sahaja, ya la takkan jual basikal mahupun alat pertukangan pula. Bila masuk dalam, agak terpegun juga, kedainya bersih. Dan ada juga mee jawa, laksa, soto, mee kari, nasi lemak, karipap dan kuih bakar. Selain bahulu lu orang boleh beli kerepek mepek disini. 




Member gua sental nasi lemak dua bungkus, gua makan soto sahaja. Gua takut gemuk di kemudian hari, jadi segala pengambilan zat dan lemak juga perlu gua sukat secara teperinci. Oh tidak lupa pada teh tarik kesayangan hamba. Teh tarik rendah lemak.



Layanan oleh awek tersebut juga sangat mesra. Sebelum sambung perjalanan balik ke Kuala Lumpur, Gua sempat capai bahulu cappucino dan kuih bakar, dua dua pun enak. Lu orang kalau ke langat patut singgah kedai Bahulu Classiq ini. Berbaloi baloi.








Zaman sekarang mana mau bagi telur semasa majlis perkahwinan, "that trend soo yesterday" bak kata member gua. Jadi ada juga yang menghadiahi tetamu mereka, kek cawan, bahulu dan kipas. Ok gua tak paham kenapa bagi kipas. Pada yang mahu menaiki pelaminan anganku tak musnah, molek lah sekiranya ke kedai ini untuk membuat tempahan. Packaging yang menarik juga disediakan. 


Pesanan Farid: Secara kemalangan (eksiden) gua terisi minyak ron97, dan gua rasa satu kerugian yang amat sangat. Kalau lah boleh di pulangkan minyak tersebut, sudah lama gua bertindak sedemikian.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis