Tuesday, November 8, 2011

Merodah air terjun Niagara

Suatu petang gua terkejar kejar mau pulang, gara gara berkejar kejar mau ke Bangsar Shopping Centre. Sedari opis hujan dah mencurah curah turun, gua bulatkan hati utk meredah sahaja. Eleh basah je pun, paling tidak gua demam je.

Untuk pulang gua ada dua jalan alternatif, satu, ikut jalan Bangsar yakni gua tau gua sangkut kat depan dataran maybank, yer itu sudah dekat dengan rumah gua, tapi kalau dah sangkut mana je nak gerak. Kedua, gua ikut jalan di pusat bandar dan tembus di Bangsar Shopping Centre.

Lalu di Jalan Duta gua adalah seronok meredah air kerana kereta gua tidak bercuci. Sampai di hadapan CIMB, kereta dah mula perlahan, ada juga yang terus berhenti di tepi.

Ala baru air sikit sudah mau berhenti, hujan ketika itu sudah lebat like macam tak hujan setahun. Gua sambung jalan, dan gua perasan gear kereta macam sudah mau mampus, hujung hujung je.

Sampai di pusat bandar mahu mendaki bukit di Bangsar Shopping Cenre, nahhhh amek kau serupa air terjun tertinggi di dunia. Dua biji kereta depan gua sudah tidak yakin lalu berhenti di tepian gantang.

Mcm ni la derasnya air tersebut, bot tu konon konon cam kereta gua la. Tragis


Gua tgk ada teksi sudah melepasi air terjun upama sungai yang deras nak mati. Berlalu pula sebijik Tuscon, seksa benar gua tgk nak mendaki, berbekalkan hati yang tabah dan nekad, gua terus folo belakang tuscon itu dengan harapan, air yang bakal di redah berkurangan setelah diredah terlebih dahulu oleh tuscon itu.

Taktik menjadi, dan mulut gua terkumat kamit "jangan la mati, jangan la mati" kalau mati mmg nahas sbb tgh tgh air menderas, dan bukan air sahaja. Sungai palsu berkenaan membawa kayu kayan juga segala sampah sarap.

Alhamdulillah gua dengan jayanya berhempas pulas mengharungi sungai palsu itu. Mengigil satu badan bila membayangkan balik. Itulah kejadian paling hazab ketika memandu gua pernah hadapi. Pengajaran, lepas ini jika lu orang berhadapan dengan jalan yang banjir, seeloknya berhenti je di tepian, tak payah mau hero hero sangat redah.

Gua sudah naik gila bergegas ke BSC gara gara mau dapatkan ipad baru. Itu je.

Farid kata: kene spare bot tiub atas kete.

2 comments:

sW33tdARLiNG said...

"lu memang hero gua, penyelamat nyawa gua.. nasib baik gua tak mati" kata kereta kau pada kau... hehehehe

farikh said...

kalau mati tgh jalan kak, nanges je la kat situ haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis