Tuesday, January 17, 2012

Segmen Mari Menonton: Hati ku di Kinabalu



Stelah terlepas tayangan pertama Telemovie Hatiku di Kinabalu di Astro Citra, akhirnya dapat lah jua gua menontonnya. Berpuas hati dan sangat berbaloi menunggunya.

Sedikit sinopis tentang telemovie ini, berkisarkan kisah percintaan Anuar (Zul Arifin) dan Qistina (Yana) yang mula berkenalan semasa di kampus. Anuar berjanji dengan kawan sekuliahnya, bilamana jika dia jatuh cinta pandang pertama, maka beliau akan mendaki kinabalu. 

Setelah terbukti beliau terjatuh cinta pandang pertama dengan Qistina, rakan Anuar menghadiahkan tiket penerbangan ke Kinabalu. Maka gigih lah Anuar akan mendaki. Dan secara kebetulan, Qistina adalah asalnya di Kinabalu. Maka bertemu lah mereka berdua disana.

Setelah bermati matian (kira mcm penat gilalah) mendaki dan terus mendaki, akhir Anuar mengakui yang beliau mmg benar benaran cintakan Qistina. Tamat pengajian, berkahwinlah mereka, lalu di anugerahkan seorang cahaya mata perempuan, yang diberi nama Maya.

Pada suatu hari yang tak berapa bertuah, Qistina bergegas mahu bermiting dengan pelanggannya. (Qistina adalah seorang pereka fesyen). Ketika dalam perjalanan itu, beliau melintas lah jalan lalu BANGG! bukan lah kene tembak, tapi di langgar kenderaan.

Berkomalah Qistina selama beberapa purnama sehingga memakan tahun. Dalam pada itu, Anuar sangat lah setia pada Qistina, beliau melawat isterinya saban hari dengan ditemani Maya. Pada suatu hari yang dikira agak bertuah, dan secara eksidennya, Anuar bertemu Lara (Irma). Maya bukan main suka dengan Auntie Lara nya.  Lara berada di hospital yang sama adalah untuk menjaga datuknya yang diserang stroke.

Semakin hari semakin rapat rapatlah hubungan mereka. Sehingga selepas datuk Lara meninggal dunia, Lara ingin membawa dirinya pulang lah ke Kuala Lumpur, tapi di halangan oleh Anuar lalu mengajak nya berkahwin. Lelaki sesegak Anuar masakan si Lara menolak, melainkan Lara rabun lalu menolak lamarannya lah kan. Ok sedikit imiganisai gua sendiri.

Setelah berkahwin, Maya bertambah tambah suka pada Umi nya. Dan sampai disuatu ketika Qistina sudah terjaga dari koma nya. Anuar dan Lara bersepakat membawa berkat menyembunyikan pernikahan mereka supaya ingin menjaga emosi Qistina yang telah tidur berlama lama nya itu *sleeping beauty.

Maya pula sudah bikin panas kerana tarak suka sama mama nya itu (Qistina). Kata Maya, Umi nya yang lebih disayangi. Nak dijadikan cerita ketika si Maya ini berborak borak dengan bapanya bertanya tentang khabar Lara, boleh pula Qistina terdengar. Maka sentap mak nak jadinya, bersedih la pula Qistina. Dengan Maya tak suka beliau, suami pula bikin panas pi bantai menikah dengan Lara.

Setelah meluahkan perasaannya pada Maya ketika Maya tidur, Qistina sudah bernekad untuk melarikan diri. Berhuru haralah Anuar sekeluarga mencari Qistina. Dengan secara mejiknya, munculah seorang makcik lalu menyatakan mahu memulangkan skaf kepunyaan Qistina yang dijumpai oleh anak makcik itu. Lalu anak makcik itu juga memberitahu yang beliau terdengar Qistina meminta pakcik taksi membawa nya ke Gunung Kinabalu.

Bergegas lah si Anuar ke sana, mencari Qistina. Dengan kesedihan tak tidak ditahan tahan, Qistina tidak menyalahkan Anuar bernikah sama Lara, tapi manusia mana yang boleh sembunyi dari perasaan nya. PART paling nanges lah walau tgk enam belas kali, dimana Qistina meminta Anuar melepaskannya. Sedih wooo, tapi gua tak lah nanges< mantain cool.

Arakian lah cerita tersebut. Jalan cerita nya tersusun rapi, skripnya tak berputar putar, dan gua sangat suka sama lakonan Yana dalam ini cerita, comel comel kelakar. Zul dan Irma juga membawa watak mereka dengan baik sekali, eh mcm juri anugerah pula. Ada sambungan ke? ntah nanti tanya tuan directornya gimana ek.


*ini adalah adegan paling menyayat hati*


*Irma Hasmi - Lara*

*Yana- Qistina*

*Zul Ariffin- Anuar*



Farid kata: Berkobar kobar nak pegi Kinabalu early Feb ini. Terpukau dengan pemandangan gunung kinabalu itu.

3 comments:

Anonymous said...

Wahhh. Mcm best juga ney :)

farikh said...

mmg best, silalah tonton, kompom tak rugi :)

Anonymous said...

hada: best sgt..,, mule2 kisah lawak nak matey..bile end of the story.. sedeyh sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis