Masih berkisarkan di Magelan Sutera Harbour, petang sedari bangun tidur terus pakai spek kaver mata bengkak, lalu berjalan ke tepi pantai terus ke kolam renang. Bukan untuk berenang, mahupun mengambil gambar dalam kolam seperti menjadi kaver majalah mangga, tapi hanya mengambil angin petang. Mcm org tua bila sebut mahu mengambil angin.
Ok, bilik yang kami duduki ini memang lah bermasalah dari segi penguncian, dari nak bukak sampailah mahu menutupnya, lu orang bayangkan, dah set set pakai baju cantik nak kluar, ujung ujung pintu tak boleh tutup. Dari cantik terus jadi buruk sbb mengamuk pasal pintu.
Setelah berjaya menutup nya dengan teknik yang pelik pelik dan hampir menyepit tangan maka berangkat lah kami ke deretan kedai di tepian laut sana, banyak kedai makan disana tapi gua tak pasti apakah nama spesifiknya, lebih kurang macam waterfront la jua.
Pilih punya pilih, akhirnya duduklah di kedai ikan bakar ini, tapi bukan makan ikan bakar, sebalik nya memesan nasi goreng udang butter dan sotong bakar, yang enak teramat lah sesangat. Terpejam pejam mata punya lah sedap udang butter itu, hidangan ini berharga rm16 tidak termasuk sotong bakar, bak kata brader yang jaga kedai tu "udang banyak bang" satu sangkar ke lu letak udang dalam tu?
*Dua ekor sotong yang telah dibakar lalu mengecik sperti sotong katak, mejik oi* |
*Ada kerabu mangga juga, oh telan liur byk kali* |
"Percuma saja encik" sambil senyum. Kejap ko "bah" kan gua, kejap ko "encik" kan gua pula. Tapi gua tetap senyum kerna minah ni kasik upgrade bilik suit, mau tak meriah hidup ko. Gua terima je. Amek kunci bilik baru, balik bilik lama kemas kemas terus pindah, sedap hidup sekejap.
2 comments:
untung badan dpt upgrade bilik ye bah..
:-)
sangat untung bah kehkehkeh
Post a Comment