Monday, June 4, 2012

Bukan semua benda boleh kongsi

Assalammualaikum,

Dengan mejiknya rasa nak taip laju laju. Dah lama tak buat entri meleret leret panjang. Skarang adalah masanya.

Berkisar tajuk diatas, mesti lu orang fikir benda yang tak boleh di kongsi itu adalah rahsia ke hapa ka? betui? tettt salah. Dah nama pun rahsia manalah buleh kongsi, kalau dah kongsi tak lah rahsia namanya. Ada paham? Baca balik tajuk dengan teliti. Ada sebut "benda" kan? so adalah benda lah. Bukan perasaan mahupun rahsia.

ok camni, lu orang ada barang barang personal kan? contoh barang peribadi itu adalah seperti handphone, berus gigi, handbeg dan lain lain yang memang dikategorikan sebagai peribadi. Maknanya korang sorang saja guna, tak de org lain boleh guna. Jadi nya bab bab kongsi pakai ni gua boleh tolak ansur bergantung pada bendalah yang digunakan la, cam contoh berus gigi. Yer kadang bila travel gua kongsi berus gigi sama kekasih hati. kalau pelik, kontrol muka buat buat biasa sahaja. Lepas tu macam handphone or alatan elektronik yang lain, boleh saja kongsi juga tapi harus diingat dengan KEBENARAN sahaja, without it, maknanya dah mencabuli hak asasi gua lah tu. Get it? ok sambung lagi.

Lagi apa yang boleh kongsi? jangan cakap kasih sayang! Tak lucu dan sanggup ke korang bermadu andai kata rela kongsi kasih sayang? ok tak lucu jugak. Gua bukan menteri hal ehwal kekeluargaan. Kongsi ilmu? skema sangat ayat lu. Knowledge sharing adalah lebih tepat.

Ok la straight to the point, few days back, gua find out that someone used my shaver. Apa shaver?! *lu orang buat la riak cam terkejut kejut sikit baru real. Yer benar shaver. Gua ada kuasa sakti yang membolehkan gua mengesan si pengkongsi durjana itu. Bila dengan yakin shaver itu sudah digunakan org lain, dengan rasa muka slamba slamba gua campak dalam tong sampah. Bye bye shaver saki baki org, gua tak lalu tgk lu lagi.

Itu sebahagian kisah pasal shaver yang dicabuli. Ok dalam kehidupan realiti ini. Lu orang pasti menggunakan laman sosial kan? Macam twiiter dan facebook membolehkan korang update yang tidak tidak dalam itu macam "saya lapar", "saya nak berak", "hari ini baru saya sedar bini saya seorang lelaki" "hari ni saya rasa nak bersenyawa tapi suami tolak saya mentah mentah" "Girlfren saya tinggalkan saya jadi saya nak cari anak dara tua" dan macam macam lagi. Sedar tidak lu orang itu juga sebenar telah mencabuli hak asasi lu orang sendiri dimana ianya dilakukan dengan sengaja oleh diri sendiri?

Maksud gua disini, bukan lah tidak boleh guna langsung laman sosial itu, tapi agak agak la nak tulis itu ini. Kalau gua nak tulis something di facebook, lebih lapan kali fikir apa reaksi org lain membacanya. Adakah mengundang kehanjengan? kemakian? kecacian? atau kemencarutan yang berlarutan?

Buat apa pun dlam dunia ini ada kesinambungan nya kan? lu makan lu berak, lu main lu mengandung, lu muda remaja lu akan tua bangka. Jadi kalau lu orang jenis kereta kebal amarika, kiranya tahan dengan smua cacian dan carutan, so lu orang disisihkan dalam kes ini. Tapi kalau lu orang jenis jaga air muka macam gua, lu orang fikrikan dulu sbelum post apa apa ya.

Kesimpulan dari bebelan yang gua taip sampai gua terskip dinner lalu mengakibatkan gua makan di kedai bawah sensorang, lu orang fikir fikir tentang konsep perkongsian. kalau melibat kebendaan, lu orang simpan baik baik barangan lu orang, kalau org lain guna shaver korang, better lu orang campak buang, ntah apa org itu cukur, lu orang sedap cukur misai, cisssss geli oi. tapi kalau orang lain pakai lu punya macbook air, lu marah, jangan pulak lu orang campak buang macbook itu. Gila lah lu orang jika berbuat begitu.

Pasal lama sosial itu, lu orang fikir fikirkan, sebelum ini pun ada jua gua post entri berkaitan. Jadi yang mai sini baca pun dah tua bangka kan, pandai pikir sendiri.

Farid kata: Sekarang ni ada facebook troll, jaga jaga dengan apa yang lu orang post sbb dorang akan komen dan bikin lu orang malu tidak terkata. AWAS *nyanyi lagu KRU

10 comments:

Mya said...

gua sayang suami gua.
jangan cabuli dia.

farikh said...

errr ooo ok , tu tergolong dalam harta peribadi hikhik

kamalhashim said...

Gua xdapat bayangkan kalau shaver gua orang gune!muntah...

farikh said...

menggelikan dan meloyakan

TiNiE said...

gua terrrpaksa kongsi berus gigi dgn anak kenit gua, tangteng. berus gigi lain dia takmo, nk berus gigi gua gak. *pasghah.

Lady RaRa said...

aku momento berak memang aku suka share dengan orang. sebab ramai pakar kesihatan boleh mengkaji kefizikalan tahik ku yang mempengaruhi kesihatan aku.

amacam. science much?

farikh said...

anak anak sokay la kak

farikh said...

err berak is aktiviti bukan harta benda, dont mind to share haha

mama-syira said...

Facebook troll tu ape? sian tak tau..serius

farikh said...

facebook trol tu adalah org yang selalu menjahanamkan status or gambar kita di fb kak, lilke komen yang sangat merepek dan menyakitkan hati

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis