Tuesday, October 29, 2013

Berger kambing untuk resaksa dan karok rengsa.


*Dah licin cis kek nya*

Makin hari makin kemalas nak ngapdet tapi di gagahkan diri jiugak update la barang sedas dua, ekceli sedas seminggu. Itu hari gua ada la lepaking kat Stabak sooka sentral, hujan lebat bebenar masa ini. Pastu tgh tgh order air kat kaunter ada dua minah mat saleh ni duk usung dulang isi sisa makanan, gua cakap ngan kemal, kemana aja la minah saleh ni duk usung dulang ni. Rerupanya dia nak pi buang makanan lam tu, dalam erti kata lain pas minum sila kemas, begitu skali pikiran omputeh, orang mesia? tak de mananya, ada skali tu gua pi makan kat semban 2, ada satu family ni ada la dua anak kecik, anak nya duk campak sudu garpu pinggan pastik smua ke bawah, yang mak apaknya, buat buat bangang je. Ke mmg buta kot eh ntah, tapi tu la mentality kita bila dah tetua cenggini mmg susah nak ubah. Kalau dah gitu dari kecik, mmg sampai hembus napas terakhir pun gitew je laaaaa.

*Kekdah duduk berdepan borak pakai fon?*

*Baked bean nya adalah sebanyak satu sudu sahaja*

pastu ni kisah malam minggu itu hari, kluar ngan adik nak pi makan, pastu pusing pusing tringat nak pi karok kat waterfront pd tu, so bawah tu ada la kedai makan. Macam konsep western, so duduk, amek menu belek belek, yer smua gambar adalah dari google gamaknya. Tak pe la order je la, adik makan asama pedas, gua makan burger kambing, haa hazab bermula la pas tu, dari air sampai ke makanan smua datang setiap lima belas minit. jenuh la menunggu. Sekali beger kambing dia datang nahhhh besar pinggan, lenkali tukar nama kat menu tu jadi berger kambing untuk resaksa.  tak abis pun. Pastu bila nak bayar, mintak bil rm39, ok la bayo la. Tunggu punya tunggu bakinya tak kunjung tiba, adik plak sudah panas hati, dia pi kat kaunter and guess what minah kat kaunter tu pulang kan rm39, walhal tadi bayar rm50. Dah kenapa?! Gigih adik pi terangkan balik, kalau gini cara nya ko kira mmg la melingkup kedai esok lusa. Konklusi, tak yah mai lagi kedai tu. Im sorry goodbye. oh pesanan untuk kedai tu, sila dapatkan mesin kira yang canggih.

*lagu pelangi menjadi pilihan hati kiteww, hakk tuihh*

Sebenarnya mentara makan tu tunggu shila mai dari semban sbelum nak karok, ujung ujung kemahin lambat plak tiba nya, so gua pi je dulu ngan adik, karok ni cam baru bukak, yer serbis ko cam ala ala tip top la kononnya, tapi tu la, masa nak masuk bilik, nahhh panjang lebar penerangan ko, setiap butang function kat skrin tu ko bantai nak terangkan, ni nak menyanyi ke atau nak pandu pesawat?! sploh menit lagi nak abis masa, mamat yang bagi penerangan tu mai lagi tanya nak tambah masa tak, pastu selang sejam lagi dia mai lagi. Rengsa betul, tak boleh nak fokus menyanyi langsung. Ko bayangkan tengah feeling feeling abg nuar zain, tetiba ko terkujat orang bukak pintu sambil muka senyum simpul, rasa hanjing tak? Tapi biliknya selesa la, lagi pilihan lagu juga banyak. 

Farid kata: Dalam takde idea, boleh la jugak menaip. 

Monday, October 21, 2013

Ke Ulu Bendoi tengok ulaq besar bas.



Di mulai dengan muka senyum popia simpul, apa khabar smua? Ni nak cerita pasai pi ulu bendul itu hari. Gua tak de la nak mandi manda bagai sbb gua mmg tak gomar lah nak mandi manda di tempat awam. Jadi tujuan nya nak ke ulu bendul ni adalah utk ke taman ulaq yang terletak di dalam ini. Pada mana yang tak tau mana letaknya ulu bendul ni, ia terletak bersebelahan dengan paroi, so kalau dari semban tu, ikut je ke paroi lalu bertemu bukit putuih, tapi tak lalu situ pun, cuma lalu jalan baru yang lebar dan selamat. Pastu terus je pasti jumpa Ulu bendoi ni. Kalau rasa seremban ngan paroi pun tak tau, guna je la GPS.


Oh untuk pengetahuan korang, kebanyakkan gambo gambo ni berwarna coklat bukan lah di sebabkan remang senja ke hapa mahupun bukan gerhana matahari yo, ini kerana gua tak tau camna nak off kan filter kat iphone ni, yer farid bodo sikit bab bab ni, so kita bedal je amek gamba, janji bergamba. (sampai la ni tak tau jugak off kan filternya). Ok ok berbalik pada ulu bendoi tadi, orang tak ramai pun kat sini, walaupun ujung minggu. So agak selesa la anak anak untuk bermandi manda. airnya cam keruh sikit la. Tapi still buleh mandi kot.


Oh jalan nak taman ular ni mmg jauh kedalam, lebih molek korang park teruih kat sini, kira bawak kete masuk la, gua tak membawa masuk kete kerana tak tau plak leh bawak masuk kete. So menapak la sampai basah segala celah bedah semasa berjalan. setelah sesat lite lite dalam ni, akhirnya jumpa la jugak taman ulaq ni. Haa yang best nya tiada bayaran masuk dan yang tak best nya plak, ular nya ciput je pon. Tapi okay la, katanya pon free, ko nak tgk beratus ratus ular sila pegi thailand.


tetiba tak tau nak cerita apa lagi ntah, tapi tu la ada ular sawa tiga ekoq besaq gila kauuuuu. Stok orang pun dia buleh telan. Tapi percaya atau nggak, ular ni semua keras membatu, tak bergerak langsung. Apa apa je la. Dah jenguk jenguk ala kadar, pi kat jambatan gantung, strike dua tiga pos muka gayat, pastu teruih blah. Panas kot, pastu apa je lagi leh buat dalam hutan cenggitu.




Itu saja cerita melawat ular sawa besar bas. Lenkali gua cerita pasal lain pulak. *tetiba cam malas nak taip. babai

Farid kata: penuh kesabaran ni.

Wednesday, October 16, 2013

Qurban


*Kalau makan kompom marah ni*

Nak cerita pasal raya haji, tapi tak de cerita sangat. Bermula hari jemaat gua amek hapday, macam kan kampung kat klantan ni, walhal nak balik pd je. Saja saja miang nak cuti, pastu hari sabtu malam minggu pi karok ngan adik ngan shila. Pas senin ke mahkamah pd settlekan kes peceraian yang tak berkesudahan. Pastu selasa kan raya, so ada lah di rumah.

*nampak cam sedap kan? tapi sbenarnya tak sedap pon*

*macam menonton game bola pula*

Hari selasa bangun pagi pagi pi solat ngan apak gua, ibam naik kete asing katanya nak pi melapah terus pastu, kami kami ni plak pas solat nak balik umah balik amek adik ngan jalina untuk ke lokasi potong lembu. Lokasi motong lembu nya di umah imam masjid warisan teluk kemang ni. Kawasan nya luas, cuma jalan nak masuk tu cam mencabar sikit, kecik sompit.

*Belah sana pun ada lembu lagi, bukan lembu ini dibiarkan terlantar keseorangan*

Keadaan masa ni tak de la matahari sangat tapi bahang dah start merasa. Almaklumlah berbaju melayu, pasti la panas nyucuk nyucuk. Lembu kami adalah yang kedua mengikut giliran. So takde la tunggu lelama sangat. ada lebih kurang 13 ekor rasanya. So kalau dapat giliran yang ke 13, gigih nak nunggu, kira berkorban masa jua lah. 

*Jalina anak branak mai naik kete bukan tunggang ex5 ni plak yo*

Ni first time ikhwan di tapak penyembelihan, sudahnya ketakutan. Tengok lembu terbaring, dengan bunyi bunyian segala. Katanya "potong leher lembu pastu masuk dalam kubur" nak kebumi sudahnya. Oh ada sorang pokcik ni, dia ni apak school mate gua, dia buat announcement banyak kali yang mengwarning orang ramai menjauhi lembu tak mo kejadian tahun lepas berulang. Kejadian apakah? rerupanya kejadian orang ditendang lembu, tahun lepas ada orang kene tendang. Haiyoo. 


*ini lembu kami, oo yang membelakangi kamera adalah ibam*

*Matanya dah ngantuk, tapi ketakutan ngan lembu tetap bermaharajalela, sian kwan*

*Buat buat muka hepi walaupun menanggung bahang bahang mentari*

Dah settle duk pos pos sebelah lembu, so kita pulang, dah basah luar dalam berpeluh punya pasal. Ooo lupa balik tu ibam duk bawak sebahagian daging untuk di distributekan pada rakan rakan, yang penting daging 25kg tu ada dalam potongan yang besar besar, so skang ni keje kau adalah bersihkan sikit buang mana mana rumput dan potong masuk lam pastik. Sampai kebas duk mengcangkung. Ok katanya korban, ko sila berkorban. OK dah tu je cerita raya haji gua yang simple ini. 


Apak gua masak rendang ayam ngan udang rempah di raya haji tahun ini. So dari pagi sental rendang sampai ke petang. Malam dah tak tahan, ajak kemal ngan adik kuar pi makan roti canai ngan otak otak plak pastu pi potong rambut skalik. Ok dah tu je.

Farid kata: Sementara ingat jalan cerita boleh taip laju laju, maklumlah umor dah di pinggiran kuboq, slalu lupa.

Friday, October 11, 2013

Perihal makan



Ok tak de menda sangat nak cerita kat sini, tapi disebabkan dah update skali seminggu so kene cerita jugak. Pasal breakfast, normally makan telur half boiled je, pastu tetiba rasa nak makan roti canai gak, tapi makan skeping tak kenyang. Nampak tak kat situ kau semakin resaksa?? tapi sekali sekala gua pulun dua keping la jugak. Ya la mentara nak tunggu lunch, boley pitam kelaparan. 


Ni kisah hari apa ntah pi makan kat SR, gamaknya dah tak tau nak pilih apa.; Takkan nak menkedarah cake je manjang? jadi makan la olio ini. Rasa? takat lalu kat tekak ok la. sedap tak sangat, jelik pun tak sangat. Cuma mual sikit nak ngabiskan. Ater bukan tekak itali.

Amni tgh memakan biskut, kemain suka kalau bab bab makan ni, abis satu muka serbuk biskut




Haaa korang jangan tak tau, kat pd ada Stabak skarang ni. Tapi dua kali pegi, dua dua kali tak jadi masuk, belum order dah kene beratur panjang. Mana maunya. Ujung ujung hadap la mekdi sebelahnya. Ala ni memula je ramai, esok lusa, dah abis orang pd ni merasa, terus la lengang nanti tu. Tak silap nanti nak bukak kenny rogers la pulak. Tgk la berapa ramai yang beratur lagi. Haishh.

Farid kata: Yer la yer la smua orang salah, kau sahaja yang betul kan?! kan kan kan kan

Thursday, October 10, 2013

10 Tanda persahabatan yang tidak sihat

Tujuan entri ini ditulis adalah untuk menganalisa jenis jenis persahabatan dan adakah persahabatan itu sihat atau memudaratkan kesihatan anda juga emosi. Puiii ayat tak mo kalah. Tapi tujuan nya itu lah yer. Ayuh mari.

1. The Taker
Bukan undertaker ahli gusti ke apa. Nama pun taker, dalam bahasa melayu ambil. So dia akan ambil segala yang lu ada like peluang, kekayaan dan sbg nya untuk memuas kan tuntutan nafsu dan ketamakkan beliau. Aktiviti ambil mengambil ini akan di lakukan tanpa sedikit pun rasa bersalah dan penyelasan. Kengkawan jenis camni dia akan remain lama dalam hidup lu until tertangkap lalu dibuang jauh jauh sambil cakap sayonara.

2. Tekanan
Jika lu ada kawan yang slalu bikin stress diatas apa jua tindakan beliau, kawan jenis ini harus disingkirkan. Kawan yang baik takkan sesekali cuba untuk stresskan anda. Berbagai espek boleh menyebabkan tekanan ini, antara nya, membantu dan mem "please" kan rakan anda dalam keadaan terpaksa, dalam erti kata lain membantu dalam paksa rela atau tak berapa nak ikhlas sbenarnya.

3. Huru hara
Percaya atau tidak, ada jenis sahabat yang enjoy je tgk anda berada dalam keadaan huru hara. Dan sebagai bonus, keadaan huru hara tu tercetus dari beliau sendiri. Dalam hal lain pula, ada yang mendrag anda ke kancah permasalahan yang beliau hadapi, secara tak langsung anda sama sama menghadapi permasalahan yang di hadapi. So dari hidup anda aman damai peaceful je, terus jadi kacau bilau sbb kan nak memikio kan masalah member tadi, get it apa yang cuba nak disampai disini?

4. Gossiper
Oh ini paling enak dalam dunia persahabatan. Sapa je yang tak seronok ada kawan untuk gosipan? Tapi fikirkan sejenak, jikalau dengan anda, sahabat anda boleh bergosip tentang orang lain dengan anda, takkan dia tak boleh gosip tentang anda dengan orang lain pula kan? make sense kan? So jika anda gosip, dan orang lain plus sahabat anda gosip anda pula, terima sahaja lah. Dan sahabat anda itu adalah?

5. Kritik mengkritik
Ooo yang ini mmg lahir sebagai juri barangkali. Anda mempunyai impian dalam hidup anda? Tapi rakan anda mengkritik teruk impian anda itu. How do u feel? rakan jenis ini akan cuba membuatkan anda tidak maju ke hadapan dan akan memastikan anda berada setaraf dengan beliau. Sounds like more to envy la. Tak salah memberi kritikkan yang membina. Tapi kalau dah more to mengondem dari mengkritik, letak titik noktak, and cut it off.

6. User
Sahabat jenis licik. Meraka akan call anda, ajak hang out, buat hari anda menjadi bahagia untuk sehari suntuk dan di akhiri dengan permintaan yang tidak tidak. Keji? Kalau anda tidak dapat memberi yang diinginkan, thats it, hari berkenaan adalah hari terakhir untuk merasa bahagia. Meraka akan hilang dan lenyap begitu sahaja. Tapi bagus juga, sbb tak payah nak halau, mereka akan berlalu begitu sahaja. Dan hilang dalam kesamaran.

7. Bossy
haa ni ramai je prangai camni kan? dalam ramai ramai kawan kita ada, mesti ada sekor dua camni. Bagi arahan suruh buat itu ini, camna nak buat segala. Tak perlu kawan macam ini, sbb kat ofis kita dah sedia kala pening dengan bos sendiri, bila diluar pejabat pula ada juga begini. Kawan jenis ini sangat tidak menyihatkan.

8. Pemberi alasan
Jenis ini mmg pelik. Dia macam paling bizi dalam dunia. Bila ajak lepak, katanya bizi, bila kita call, tak berjawab katanya bizi jugak. Tapi ujung ujung bila ada masalah dia kata "i thought u always beside me when im in trouble". Vavava sedap kauu sahaja kan. Macam orang lain tak bizi nak hadapkan masalah kau ini. Cut it off, goodbye my friend.

9. Tidak pernah membalas kebaikan
Ada sesetangah akan kata "ee tak ikhlas rupanya ko menolong ek?" tapi tgk la pertolongan apa yang dipinta. Kau jenis rela je do everything for ur friend, tapi ur friend? rela? ikhlas nak tolong? Bukan mengharapkan balasan, tapi bukan ke membalas budi tu satu pekerti yang baik? haa pekerti okayyyyyyyyy jadi tak payah nak berharap sangat dengan kawan sebegini.

10. Pilih pilih better deal
Faham tak maksudnya? Contoh kes ek, gua ajak sipolan A pi funfair, ok sipolan A stuju, tetiba Sipolan B plak ajak Sipolan A pegi pasar malam, merasakan pegi pasar malam adalah lebih enjoy, maka sipolan A meninggalkan gua kontang kanting kat funfair sensorang lalu dia join sipolan B. Ha get it? This is what we call sangat la mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikkan perasaan rakan nya lain. Untuk menghindari nya, avoid to seal any deal dengan sahabat jenis macam ini.

Ok dah jenuh taip sepuluh sub tajuk. So agak agak, lu orang ada tak kengkawan pangai seperti diatas? ke lu orang yang pangai seperti diatas? Nasihat gua, sebelum memutus hubungan persahabatan, kaji baik buruk dahulu ya. Kot kalau rakan anda bikin salah lite lite, maafkan je la. Mmg la memninta maaf lapan belas kali lebih mudah dari memberi maaf. Tapi atleast ada la niat cuba juga memberi peluang ke atas sahabat anda itu. Dan agak agak kesalahan yang dilakukan rakan anda tu boleh diklasifikasi kan sebagai gantung mandatori, sebaiknya berhenti disitu lalu blah je la sbelum perkara lebih buruk terjadi. Okay?

Farid kata: Bukan orang lain je imperfect, kita pun sama juga ada je cacat cela nya, dan ada je bahagian yang perlu diperbaiki.

Tuesday, October 1, 2013

Sepetang bersama anak buah


*Peace! katanya*

Hari sabtu yang lepas bawak ikhwan pegi klia, saja jalan jalan, dia nya pun sibuk la nak naik tren nak naik tren, ok ok jangan risau, pak long bawak naik tren ye. Gua ngan kemal drive dari PD lalu pekan salak tinggi dan terus ke hentian ERL salak tinggi. Jauh okay, dari cerah sampai nak gelap baru sampai, semua pun bergantung ngan GPS kemal. 

*Tangan unkel kemal ko bergoyang inul plak*

Sampai erl beli tiket, walaupun ikhwan adalah tiga tahun, dah kene bayo separuh rege. Dewasa rm6, kanak kanak rm3. Ok la katanya nak sangat naik tren. Sampai kat tren soklan lazimnya "pak long, bila nak naik tren ni, bila nak naik tren ni" bila tren seberang sana yang hala ke KL sampai, soklan lagi "Pak long, kenapa kita tak naik yang tu?" sambil tunjuk tren. Yer yer peluh peluh pak long duk terang kan. 

*haa kan elok duduk diam camtu, pak long kata "kalau kwan lari lari nanti pakcik yang bawak tren ni, campak kwan ke luar"* membongak je keje paklong ko demi menjaga keamanan sejagat.

*Gua cakap ngan dia, kwan jalan sendiri tak yah pegang tangan paklong, terus dia pi pegang tangan kemal plak, takut hilang dicelah celah orang ramai gamaknya*

Sampai KLIA terus pi anjung tinjau. Haa tgk la kapal terbang puas puas. Tak pertanyaan tak habis kat situ yer, soklan lagi "pak long, lori tu lori apa? bas tu, bas apa?" lagi soklan "kenapa kapal terbang tu undo" errr ok ok paklong duk terangkan lagi. Agak agak dah penat, pak long pon cakap "kwan tgk je, nanti dia terbang" pak long sabar ni dan feeling cikgu tadika.




Ok dah puas tgk kapal terbang, moh la makan yer wahai anak buah ku. Walhal pak long pon cam kelaparan ni. Sebelum tu singgah kat KFC pi lepas dia main kat playground situ, haa main la puas puas. Pak long posing duk tepi. Agak cam dah nak berpeluh, moh kita pi mekdi makan yer, pak long tau, umpan ko kereta menan, mesti senyap nanti. 

*katanya "kwan nak dua kali" sambil tunjuk air gua, wah wah kenot kenot, sekali sedut je boleh, kang demam tak pasal pak long plak kene cuti jaga kamu* 

Ok dah kenyang makan naget, dah pasang stiker pada ketenya yang berlampu tu, moh balik. Pak long duk membayang kan nak mandu kuar dari salak tinggi tu camna la agaknya. Dah untuk sekian kali nya soklan lagi "Pak long, kenapa tren ni lambat?" soklan lagi "kenapa kita tak boleh naik yang tu?" sambil tunjuk KLIA ekspress tu. Yer yer pak long duk terangkan lagi. Bila dah masuk lam tren soklan lagi "pak long, bila kita nak jalan, kenapa lambat" err kwan duk diam diam, jangan lari lari yer.

*muka sedey sbb dah lapan kali duk tanya bila tren nak jalan bila tren nak jalan*

Dah sampai Salak Tinggi, pungut kete, bagi ikhwan susu, so drive je la balik, tapi kali ini, ikot GPS separuh jalan je, sbb gua dah bertemu ngan jalan yang sepatutnya. Dalam kul 10 tu sampai umah. Masa dalam kete gua duk borak ngan kemal skali terlepas plak ayat "Sib baik dia tak riau teringat apak ngan maknya" dan din dun ikhwan bersuara "bila kita nak jumpa ayah ngan ibu ni pak long?" err sabar kwan, paklong dah pandu selaju kete rally ni. Ujung ujung bila dah senyap je, rupanya sudah ketiduran kat blakang.

Konklusi nya, Ikhwan dah besau, senang pak long nak bawak jalan. Dulu kala asyik la nak berdukung, paklong dah la ramping, nak dukung kwan rasa nak pengsan. Skarang tak lagi, boleh jalan sendiri pastu takde la lari lari kesana kemari, Good boy.

Farid kata: Pak long dah malas nak kerja ni, kalau boleh nak je duduk kat KLIA tu spanjang hari tgk kapal terbang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis