Thursday, March 6, 2014

Ke Bandung kita mas 11: Kedai makan tak tahu nama + kartika sari + pasar baru (ulang tayang)

Ni dah macam malas malas nak hapdet, so sumbat banyak cerita satu entri. So baca je la.

*Ayam bakar bersama pecelele nya*

Masa dah turun tu dari takuban, Uda ada cakap, kawan nya pernah makan kat Rumah Ikan, sejenis kedai makan la. Memula bang iwan dangdut cam tak pernah dengar nama kedai tu, tetiba tgh tgh jalan dia teringat tempat tu, malangnya tempat tu dah tutup, siap kedai tu nak lelong sudahnya. Apa daaaa. Putus harapan.

*Mesti uda ngan ateh tgh berkira kira tu nak beli apa kat pasar baru lagik, yang lain sibuk belek enpon sbb kedai ni ada wifi free, passwordnya ayam utuh*

So ke kedai makan yang lain sahaja la gamaknya. Bang Iwan dangdut pusing seround lagik, sampai jumpa kedai makan ni, tapi sumpah gue tak ingat apa nama kedai ni. Tapi kedai nya bagus, bersih dan selesa. Cam biasa gegedik la nak duduk yang bersila sila ni. Kat sini ada menu ikan terbang, kekdah camna rupa ikan terbang tu, tak yakin kalu, jangan order, kita makan lain je, adik order pecelele (maap la kalau tak gheti eja), mak datok besau kau ikan keli nya. Dua ekor plak satu set, jenuh la nak perabih. Gue plak tingin benar nak makan Tempe mendoan, eh ntah eja camna ntah, mendoa tu cam berdoa la plak. Makan tempe sambil berdoa camtu la.

*Posing ngan brownies pon jadik*

Dah selesai makan makan, dalam perjalanan balik mmg akan lalu di Kilang Kartika Sari ini, so mmg orang mengantuk disorongkan bantal la. tapi nak menyampai ke sini , jalan nya jammed macam orang baru kuar stadium tgk lawan sepak bola, punya la jammed gila. bila sampai, Uih kek dia smua cantik cantik, rasa tak tau la, sbb gue beli brownies sahaja. Takde plak nampak yang kukus ke apa, main tibai je beli. Satu masalah nya lagik, kat sini tak pamer rege, so ko nak beli kene tanya satu satu berapa rege pastu konvert kejap, pastu baru beli, macam kek kek nya kene la mintak kat staf kat situ amekkan, kadang dorang ni cam malas pon ada, camna nak meniaga centu oi. Dah sampai nak terjerit "neng! neng! harganya berapa?!" nasib kau sana.

*muka kelat sbb sakit kepala punya hal*

Pastu dah puas jerit jerit kat kartika sari, memakcik nak pi pasar baru ada barang yang tidak dibeli lagik, kali ni bang ikhwan dangdut bentikan kami kat bahagian luar je, katanya kalau dah pepetang gitu park kat dalam mau nak kluar nanti sampai sejam. So ambil jalan mudah, drop je kami kat luar, waktu ni pala gue dah sakit macam nak melethop. Tapi ku gagahkan jua jebat melangkah kaki mentawaf pasar baru ituew. Jangan ada yang memekak mekak sibuk nak minta sedekah la, nak jual barang la, mau gue silat kat situ.

*tgh menawar kain, kedai ni kedekut sikit tak mo murah*

*kedainya cantek, tapi takde pon hidang air, mati la beli kain pat meter, ko ingat dia nak bagi ko air ke?!*

Urusan nona nona smua dah selesai, mari lah kita pulang ke Hotel itu. Sampai je kat hotel tetiba rasa nak minum air panas, nak bancuh sendiri cam malas la plak, so kita order lalu lepak dan mokok je kat situ. Air dan makanan kat sini adalah murah. So order je la. Pastu kemal ada beli apa ntah tadik kat kartika sari, so kita pulun kat situ jugak. Masa ni juga duk kalut kalut memasing risau takut beg berat lebih muatan nanti, so beli plak lugage kat situ jugak.


*Hot cokelat enak sih*

*Teror tak ateh? makan roti sambil tutup mata*

Dah kenyang, dah puas mokok, moh balik bilik, kang malam nak kuar lagik kan. bersambung..

Farid kata: Minom milo anda jadi sihat dan kuat. Pastu demam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis