Wednesday, May 28, 2014

Bakar membakar

Sambung lagik,

*Memula dah gerimis mengundang, pastu takde pon hujan sampai ke sudah, nok gemok masih membuta, izu islam kat biliknya*

Ok dah pepenat pi treking marilah kita naik ke Fraser pula, dah alang alang ada kat kaki Fraser kan. Zul lancer tak ikot naik fraser, dia pulang ke rumahnya, yang semilan ketol lagik, meneruskan perjalanan. Sampai kat fraser pi makan tgh ari dulu. Agak kepayahan nak cari tempat makan sbb banyak tutup, yang ada plak penuh ngan umat manoksia. Pastu boleh lah cek in, udah kepetangan dan kecapekkan.

*muka kenyang telan asap*

Ikot perancangan akan buat BBQ pada sebelah malam nya. Semua barang telah dibeli mengikut perancangan. Ada satey, ayam, daging, jagung, sosej, burger bagai. Hazab tak hazab nak membakarnya la, pastu nak mengabiskan pun satu hal jugak. Tapi itu smua bisa diatur. Acara pembakaran di ketuai oleh Chef zee. Pastu disambung sambung oleh ahli kumpulan.


Chep wantutree "pebenda ni noks?". Chep Zee "daging manoksia la uolls". Payit manjola "anak sapa la main bawah meja nih?". Syahin "mana la awek aku ni tak angkat talipon"

*Aurat harus di jaga yer anak anak. Sejak bila Chep wantutree belajar sap okok ni?!*

Pas dah kenyang sekoyong koyongnya. lepak beborak dulu, kaver la dulu mana mana tajuk yang tak kaver masa treking tadi. Pastu mokok, pastu tgk bola selangor JDT yang cam tehapa tu. Pastu dah mamai mamai. Smua dah pakat tido, tinggai gue, nok gemok ngan izu islam. Duk la buat air panas bagai, dah kenot tahan, maka akhirnya tidur jua. 

Smua gegambar kredit to Jijan kapitan.

Farid kata: Idea menulis tak berapa nak mari. ni smua disebabkan masalah pembentungan badan gue ini. Dah tak boleh pikir dengan betul dan tenang. 

Tuesday, May 27, 2014

Lets get chill: Ke Chiling untuk kesekian kalinya


Dari kiri: Syahin anak mama timi, izu islam, Kemal, Zul lancer, Payit manjola, Jijan kapitan (Belakang), Chef zee, Zalmi, Abg beskal dan nok gemok.

Stelah berperancangan berbulan bulan, akhirnya tiba masa Geng Lanun melakukan aktiviti lagik. last aktibiti pi panjang Irau, kira lama la jugak duduk sesaja. Jadik Abg beskal nak pi Chiling katanya. So ok, kita kumpul duit sesiap, kita booked resort kompeni lima persen kat Pine sana, then here we go.

Kemain gembira chef zee sampai nampak pusat

Setelah semua berkumpul kat Fazlina maju yakni sejenis kedai mamak di Kuala Kubu, maka berangkat lah, cuaca pon sedang elok terik. Sesuai benar lah untuk treking. Err nak cerita lebih lanjut pun cam gue dah cerita sebelum ni dalam blog. So pd yang nak tau lebih lajut sila gali entri lama. (Dasar pemalas punya blogger ni)

Sila ikuti gambarajah berikut:

*Masih meranduk air sungai, segantang pasir masuk lam kasut*

*Zul lancer dan nok gemok tidak keliatan*


*Izu islam membantu bos nya yakni jijan kapitan membawa tripod, markah lebih nih*

*bersiap sedia untuk treking balik*

*Ni gambo first patutnya*

Masa kami berpegian ini adalah musim pepokok mendebunga, jadi berselerak lebah di sana sini. Memula sangatlah rimas. Tapi bila dah lelama, lantakkan sana. Selagi tak kene sengat, kita jangan nak menggelupur ayam sangat. Sekian melaporkan.

Farid kata: Next entri bbq pula

Segala gambar kredit to jijan

Wednesday, May 14, 2014

Melawat kawasan

Bertemu lagik didalam "blog seminggu sebijik entri". aktiviti yang dilakukan adalah balik ke kampung halaman dalam keadaan sakit nak pengsan sbb demam. Gue adalah bercuti senin jadik terusan bersambunglah hingga ke selasa. Ikuti sorotan berikut.

*Telan lioq*

Hari apa ntah pi makan ngan apak gue. Makan tghari je pun, ordernya macam makan untuk enam orang. Yang rasa teruja sbb ada pepahat ni. Dah lama nak try tapi tak berpeluang, lalu ini adalah peluang terbaik. Masak cili la kot. Sedap amat.

*Tinggi betoi menara kawalannya*

Pastu hari Slasa pi la melawat KLIA2 ngan Kemal ngan Adik, fuuuuu ramainya orang, macam pegi mid veli i tell u. Banyak betol kedai kedainya, kagum juga la. Tak feeling airport langsung, rasa rasa cam ada kat mall terbesar di malaysia. Tapi tapi parking nya cam jauh sikit la sbb gue parking kat rooftop. Gigih, sbb dari rooftop tu boleh nampak kapal terbang yang sedang parkir.

*Mangkok ke pasu?*

Pastu dah pusing pusing, naik ERL dengan tambang rm2 sehala, kita ke KLIA lah pula. Rindu bangat sama KLIA. Semenjak kes 370 tu, takde langsung gue ke sana.Sampai je pi makan kat noodle ke apa ntah, sejenis kedai mee, tapi ada jugak juai sik mak ngan bubur. Tiga orang makan rm60++, pengsan terkangkang. Apa ke mahai benor.


Pastu terus ke anjung tinjau. Tengok wall memperingati kisah 370. Sedih bila membaca tulisan di situ. Apalah khabarnya mereka yang hilang ini. Tak pe selagi ada harapan, selagi itu kita berharap dan berdoa. InsyaAllah semuanya selamat.



Pastu dah kesat air mata, moh la balik, esok ni nak keje kan. Jangan berlengah lagik. Naik ERL pulang ke KLIA2 balik, amek kete kat atas bumbung sana. Oh lupa, pandangan gue terhadap KLIA2 ini, ermm adalah usaha yang bagus. Ada yang kata jauh nak jalan dari parking ke departure hall, ada yang kata cam memening dalam tu. Tapi apa apa pun smua tu is better then LCCT kan? So harap pasnih takde lah maksaleh duk ngondem airport kita lagik. Busuk la, panas la, serabut la. Dengan harapan setelah terbina KLIA2 ini dapat lah menaikkan martabat tambang murah negara kita. Tak menahan ucapan panjang lebar. k bye

*Meleper la plak rambut itu*

Farid kata: Flu tak sembuh sembuh

Wednesday, May 7, 2014

Seminggu sekali pon jadik la


*Itu hari pi lunch ngan norin nor, dah lama benar tak makan semok salmon, so ke Coffee Bean Damas la titew*

Nampak tak tajuk nak membela diri sangat, ya la skang ni, pesen pesen update seminggu sekali, tu pun gigih kan diri juga paksa menaip, load gambar, pikir ayat yang berilimiah bagai. Susah tau tak. *Ilmiah lah sangat ayat kau ini kan.

Ok takde benda sangat nak update pon, semua pun gambar merata rata ntah mana gue snap. Pastu belek belek fon, boleh la sumbat je la dalam blog. Kang taip panjang panjang takde gambo, org tak mo baca piula.

*Haa budak opis gue ini ada nak juai kamera Canon G12 ni (seken hen yer), rm500. Ada yang berminat leh tinggal kata kata kat komen atau msg je gue okay, murah ni okay*

*Pastu ada skalik tu lunch ngan zul ngan izudin, pi makan kat kompeni lima persen punya tempat makan, wah dalam menu kemain lah hai tulis "nasik goreng Kimchi" tapi tapi celah bedah mana yang dikimchikan pon tak tau. Takde rasa kimchi langsung kot. Ishkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk*

*Last wiken pi tgk spiderman, ada shila bintang kecil, adik ngan kemal. Gue emang nya nggak suka sama filem superhero, tapi hadap jugak tgk, dah tiga orang setuju nak tgk, mana mampu gue menghalangnya*

*Namanya "Abang", kucing jiran umah mak kemal. Garang okay dia ni. Sikit sikit mendengus cari gaduh ngan kucing lain, abis samseng la tu. Kucing mendengus? ke berdesir? eh berdesir tu bukan ulaq ka? ah lantak, gue bajet dia di panggil "abang", mungkin dia abang kawasan.

*Bersama sama anak anak buah kesayangan hamba. Bila tgk gambo ni balik, rasa besar dah Nini. Kwan pon sama dah, tu bermakna pak long semakin di mamah usia. Eh kenapa kepala pak long cam benjol?!*

Farid kata: tahun depan gue update blog sebulan skalik plak
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis