Wednesday, May 14, 2014

Melawat kawasan

Bertemu lagik didalam "blog seminggu sebijik entri". aktiviti yang dilakukan adalah balik ke kampung halaman dalam keadaan sakit nak pengsan sbb demam. Gue adalah bercuti senin jadik terusan bersambunglah hingga ke selasa. Ikuti sorotan berikut.

*Telan lioq*

Hari apa ntah pi makan ngan apak gue. Makan tghari je pun, ordernya macam makan untuk enam orang. Yang rasa teruja sbb ada pepahat ni. Dah lama nak try tapi tak berpeluang, lalu ini adalah peluang terbaik. Masak cili la kot. Sedap amat.

*Tinggi betoi menara kawalannya*

Pastu hari Slasa pi la melawat KLIA2 ngan Kemal ngan Adik, fuuuuu ramainya orang, macam pegi mid veli i tell u. Banyak betol kedai kedainya, kagum juga la. Tak feeling airport langsung, rasa rasa cam ada kat mall terbesar di malaysia. Tapi tapi parking nya cam jauh sikit la sbb gue parking kat rooftop. Gigih, sbb dari rooftop tu boleh nampak kapal terbang yang sedang parkir.

*Mangkok ke pasu?*

Pastu dah pusing pusing, naik ERL dengan tambang rm2 sehala, kita ke KLIA lah pula. Rindu bangat sama KLIA. Semenjak kes 370 tu, takde langsung gue ke sana.Sampai je pi makan kat noodle ke apa ntah, sejenis kedai mee, tapi ada jugak juai sik mak ngan bubur. Tiga orang makan rm60++, pengsan terkangkang. Apa ke mahai benor.


Pastu terus ke anjung tinjau. Tengok wall memperingati kisah 370. Sedih bila membaca tulisan di situ. Apalah khabarnya mereka yang hilang ini. Tak pe selagi ada harapan, selagi itu kita berharap dan berdoa. InsyaAllah semuanya selamat.



Pastu dah kesat air mata, moh la balik, esok ni nak keje kan. Jangan berlengah lagik. Naik ERL pulang ke KLIA2 balik, amek kete kat atas bumbung sana. Oh lupa, pandangan gue terhadap KLIA2 ini, ermm adalah usaha yang bagus. Ada yang kata jauh nak jalan dari parking ke departure hall, ada yang kata cam memening dalam tu. Tapi apa apa pun smua tu is better then LCCT kan? So harap pasnih takde lah maksaleh duk ngondem airport kita lagik. Busuk la, panas la, serabut la. Dengan harapan setelah terbina KLIA2 ini dapat lah menaikkan martabat tambang murah negara kita. Tak menahan ucapan panjang lebar. k bye

*Meleper la plak rambut itu*

Farid kata: Flu tak sembuh sembuh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis