Wednesday, June 18, 2014

Texan Chicken, Tengok kapal terbang, H&M melaka dan Selamat menyambut hari bapa dan joging sampai nak tercabut nyawa.


*Fries dia sedap sbb gemok gemok*

itu hari pi reronda KLIA2, jangan nak pelik sangat, Gue mmg suka ke airport. Saje lepak tgk kapal terbang. Pastu pusing pusing, nak makan la plak. Duk pikio pikio nak makan apa, pastu ternampak la texan chicken ni. Ada la cakap kat kemal, itu hari masa kat Singapore ada rasa nak makan, tapi takut la plak tak halal ke apa kan. Serbei serbei line, Texan Chicken ni ada halal, so apa lagi tibai je la. 

*Dah smakin mencair*

Overall ayamnya, biasa biasa je. Pastu gue up dengan shortcake stoberi, pun rasa biasa je la jugak. Texan Chicken ni ada banyak cawangan rupanya. Cuma gue je tak pasan kot. Pada korang yang tak pernah try buleh try la, pada yang dah try tu korang rasa camna? best? Gue tak berapa ingat lokasinya dalam klia2, sila guna peta digital yang canggih itu yer.

*yang memanco manco tu adalah kapal terbang*

Dah kenyang dan suka hati, moh kita mokok, lalu tgk kapal terbang lalu lalang kat situ, ekceli takde la kapal besar pun, smua pun air asia ngan malindo je. Orang pun takde la meramai cam last time gue ke situ. Mungkin sbb ari keje la kot.

*telur masin tu sedap nyaaaaa*

Pastu Sabtu petang adik duk berkicau nak pi H&M melaka baru bukak katanya. So jom je la. Sampai melaka jam 6 ptg gitu, terus pi makan asam pedas. Daging tetel la pasti. Oh sbelum terlupa ada gue, adik, kemal ngan shila, semua tibai daging tetel. Taruk kicap banyak banyak sedapnyaaaa. Tapi yang tak best sbb sayur nya taugeh, Kobis lagik sedap.

*sebelum makan amek gambo dulu*

Untung mai pepetang gini sbb tak ramai orang, cuma parking tu je la kene park jauh sikit. Tapi takde la penat sangat nak jalan kaki pon. Kat sini parking penuh sbb orang park nak ke Jonker walk jugak. Gue pernah ke sini dulu ngan zerul ngan ikin, skali tersampai awai plak, tak memasal bertafakur lam kete tunggu kedai bukak.

*Ada ahso pos pos depan pintu tu feeling pintu bukak sendiri, walhal kene tolak la uolls*

Pastu dah kenyang, baru la boleh membeli belah dengan senang hati. H&M nya sama je ngan yang lain. Oh lokasi nya kat Hatten sbelah mahkota parade. Nak parking kat mahkota parade also can, tapi kene melintas jalan la sikit. Dah selesai beli belah, pi dataran pahlawan lak, adik nak beli baju ikhwan ngan amni. Pastu pi lepak mapley kat limbongan. makan otak otak je, ngan minum teh, sambil tgk orang eksiden. Kata baru lepas makan nasik kan. Pastu terus stret balik tanpa singgah memana lagik.

*mesti laju la kot ek, kalau pandu perlahan lahan takkan gini jadiknya?*

Pastu Ahad, adik pompang pompang nak selebret hari bapa katanya, so kita bikin stimbot je la kat umah. Jalina ngan Ibam mai bawak sik goreng, gue ngan kemal kuar pi beli barang. On the way nak ke giant, ada eksiden depan corus, ntah mati ke hidup gue tak berapa pasti la. Tapi cam parah je. Dah beli barang stimbot, pi cuci kete kemal sat pastu beli kek chumel, baru terus pulang ke umah. Thanx pada pokcik yang pakai lambo sbb kan dia, kami smua jadi lambat sbb tunggu kete dia cuci like berabad lamanya.

*Abaikan pemadam api ngan tong air kat blakang tu*

Dah kenyang suka hati, petang tu pi joging kat umah api, yer kau nak tercabut nyawa tinggi. Dah la dua tahun sekali berjoging, skali joging ko tibai panjat bukit tinggi, mencari nahas sungguh. Tapi, sungguh pun penat nak mati, gue ngan kemal berjaya turun naik sebanyak dua kali. 2 kali je dah vangga?! tinggi dan jauh oi. Oh adik ngan shila berjoging bersama rakan rakan beliau pula. 

Sekian untuk minggu ini, tunggu minggu depan untuk cerita baru yer, adios amigos

Farid kata: Itu hari masa hari ibu sedih teringatkan arwah mama.

3 comments:

Unknown said...

good idea buat steamboat guna rice cooker..hahaha..sy smpai ke perlis mencari periuk steamboat kbtln balik kg..kehkehkehkeh..

Unknown said...

Dalam banyak banyak gambar makanan yang kamu post di sini, telur masin tu yang paling menggoda iman. Sedapnya bahagian kuning tu!

Hafez the Great
saya suka membebel...

farikh said...

Ain: pakai periuk nasik senang dan menjimatkan huhu

Hafez: betul tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis