Tuesday, July 8, 2014

Kuantan 5: Kesesakkan dan keributan lalu kepasrahan dan kelaparan dalam kehujanan (episod akhir)

Ok ni kira kira cam entri penutup la yer, jenuh la pula pecah pecah entri pastu takde penghujung. Ok. Malam last tu adik nak ke Capital mall, katanya nak jalan jalan la sbelum ke Tanjung Lumpur untuk makan malam, semua set ikot ja saja. Nak keluar dari parking hotel je dah bikin gue naik hantu, malam tu ada event world cup ke hapa ntah kat hotel tu, knowing parking space yang seciput je, membuat kan kereta bertebaran di sana sini. Ikot waze, dari hotel ke Capital Mall tu hanya 7 minit je, tapi disebabkan jammed dan ribut cam puting beliung bagai, sudahnya perjalanan jadi sejam. Dua kali pusing cari pintu masuk parking mall tp tak jumpa, ujung ujung buat pusingan U, moh je la kita pi makan. Seriyes i givap.

*walaupun berbagai onak duri ditempuhi, bila depan rezeki kita kene senyum dan bersyukur (Kemal penyokong Jepun sampai bila bila)*

Ingat kan dah tukar haluan, dah terlepas la dari cengkaman kesesakkan lalu lintas yang pelik kat Kuantan ni, rupanya tidak kauuuuu. Nak masuk Tanjung Lumpur pun jammed. Hai apalah nak jadi dengan malam tu, smua warga Kuantan pakat pakat jalan jalan kot la yer. tambah lagi sejam, nak menyampai kan ke kedai tu. tgk jam dah pukul 10. So bila dah sampai area situ, yer dugaan mencari parking lah pula yer. *waktu ni masih hujan lebat macam kehapa. Dah jumpa parking, tetiba pling! dalam kete gue mmg takde payung. haishhh apa lah nasib, jadinya empat empat ketol pos pos cantik dalam kereta sementara nak tunggu hujan reda. Bila dah reda sikit, bertempiaran lah empat budak hitam berlarian mencari kedai makan kosi kuning.

*Dear adik ngan shila amzah, sila maap kan abang mu ini, kerana tak pandai ambek gamba, tetiba jari sendiri dalam tu*

Dah selesai makan makan, lauk smua ngam soi sedap, harga pon terbaik. Oh before that, kami ini smua pergi ke kedai last time datang dengan arwah mama, and pilih exact same table!  *senyum sensorang. Ok dah settle makan dan bayar,  moh la gerak gerak khas, esok nya nak balik dah.

*Kemal kata, mana teloq asin?! Bang, teloq asin tu pakej makan asam pedas kat melaka sana bang, bukan makan patin poyak, salah peta abang ni*

Esoknya bangun pagi, pi breakfast ngan kemal je. Adik ngan shila amzah tak mo makan lah pula. Katanya ngantuk. Dorang dapat bilik free sokay la, kami ini bilik berbayar, so jangan sia siakan. Moh makan. Pastu dah sumbat barang lam kete, tak terus balik plak, adik nak jugak repeat capital mall tu. Yo yo, sib baik pagi, so nak parking smua senang la. Pastu dah tapau chatime, dah makan nasik ayam, moh la balik. Singgah hentian rehat temerloh, baham ikan patin, share ngan kemal. Pastu baru lah stret je pulang dengan aman dan damainya.

Watamatlah cerita pi Kuantan yang macam berpergian tiga purnama walhal pegi tiga hari je. 
semoga kita ketemuan lagik dalam episod akan datang. babai

Farid kata: Lagi puasa, lagi otak tak dapat nak menjana ayat ayat nak ditaip.

1 comment:

mak Jemah said...

farid,muka kamu,kemal ng shila tu mcm familiar je la..mcm biasa sgt tgk!!
btw kena dtg temerloh kena rasa ikan patin masak tempoyak terbaik :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis