Wednesday, July 2, 2014

Kuantan 2: Dari Transformer ke Teluk Cempedak


*Tetiba kepala je terkeluar, badan tak nampak*

Ok sambung lah lagik, Lokasi hotel MS Garden ni bebetul sebelah dengan Berjaya mall kuantan. Kita kalau korang kuar kot pintu belakang hotel, terus lintas lorong pastu sampai dah mall itu. Dekat kan? agaknya pasal tu rege biliknya cam mahai sikit la kot. So dalam tu ada GSC kot, pastu adik dah beli tiket online, katanya nak tgk transformer. Ya la gue tak la fanatik sangat, tp dah alang alang ada panggung wayang ni, kasik tonton saje la.

*Paling enak di alam semesta*

Tayangan pukul 7pm, so kita makan malam sesiap, kang tak gaduh berlaparan pula. Pusing punya pusing nampak ayam penyet, semua stuju, terus masuk. Ekceli makanan nya biasa biasa je. Harga pon cam boleh tahan. Gue amek daging, adik ngan shila amek ikan dan kemal amek ayam.

*Daging tak boleh lawan dengan Empal sapi wong solo*

Dah kenyang terus pos pos depan panggung wayang, tunggu tayangan mula. Untuk cerita transformer: age of extinction tu cam ok ok la. Kira cam takde wow faktor, cam teror teror je cakap "wow". Tapi cam gue katakan, gue takde lah fanatik cerita robot ini. Tapi kira cam best sbb dapat tgk pada hari pertama tayangan. Dan satu lagi takde la rugi tgk cerita ituew. Silalah tonton.

*Disebabkan di belenggu kemiskinan, tak mampu nak beli monopod, so kita berimpit impit je la dalam satu frame*


*Es coklat tu pekat nak meninggal dunia, boleh demam kalau meminummya sehingga abis*

Dari Berjaya Mall, pikir punya pikir, adik kata nak pi telok cempedak. Apa bikin? saja jalan katanya. Yer la yer la, kata di hari jadinya kan, so ku turutkan saje. Last time mai sini, hujung minggu, pastu jalan menyesak cam kehapa. So disebabkan hari biasa, so ok la kut takde la sesak sangat. Ada banyak la kedai kedai makan, cam burger king, mekdi, kfc, stabak bagai. So pilih je nak lepak mana. Tapi sebelum tu, kami kami ni jalan jalan la kat deretan kedai juai macam macam tu, tujuan nya mencari suar mandi untuk agenda esoknya pula.


Kami kami ni pilih duduk kat stabak, ujung ujung stabak kata disebabkan takde air, dorang hanya jual ice coklat ngan segala jenis kek dan roti je. Air panas lain tak de. So duduk la kejap, minum minum, amek gambar sedas dua pastu gerak balik. Dah ttgh malam pon, trafik kat kuantan ni masih la menyesak, lagik hebat dari kelumpo kot.

Sambung lah lagi..

Farid kata: Macam macam drama hoih

3 comments:

aiin abd ghani said...

okeh!!semakin rajin farid hapdet blog pepagi buta :))

farikh said...

entri dah taip malam sbelum tidur, pagi ni baru pos kan

mak Jemah said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis