Friday, August 8, 2014

Cerita ceriti selepas raya

Takde apa sangat nak cerita pas raya, sbb nya gue kerja. Yer raya ketiga kita kerja. Org lain tgh feel feel raya sana sini, gue duduk diam diam kat opis. Tapi okay juga la, opis tgh aman, ramai masih bercuti lagi masa tu.

*Ketupat palas bejagung katanya*

hari apa ntah kak kemal dah start keje, dia bawak ketupat palas dengan rendang. Sedapppp. Gue baru tahu yang ada caranya nak bukak ketupat palas, selain dari mengoyakkan dengan ganas daun nya itu. Sian parid.


Pastu ari apa ntah pi kenanga wholesale saje jalan ngan wan ngan nok gemok. Dah lama tak ke situ. Terjumpa kedai askar. Kemal misti suka ni, sbb dia suka barangan askar. Misti cita cita nak jadi askar tak kesampaian neh.

*Datin banjer Chillis, alhamdulillah rejeki*



Hari sabtu lepas pi KLIA, saja jenjalan. Dah lama tak kesana. Cam biasa suasana sikit suram je la kat situ. Pastu duduk kat anjung tinjau meninjau keadaan. Then kelaparan pula. Sbbkan malas nak pandu dari klia ke klia2, so kita naik erl je. Senang.

.
*737 duk beratur*

*dugong pos pos cantek tgh tgh alam*

*whatever happen my love still dengan MAS takkan berubah*

Reronda nak makan apa ntah. Kemal kata makan foodcourt je la. Skali bila sampai kat foodcourt nya tergamam iolls. Cam hebat je foodcourtnya, siap ada korean food bagai, pastu ada port boleh makan tepi tingkap kaca ngadap terminal. Best betui. Tak sangkat lak foodcourt nya sehebat ini. Dah settle makan moh la balik, penat ni. i mean balik ke PD.

*air buah tak sedap, smua tak bergula, bluekkk*

Hari ahad pula, mokcik gue mai umah. Buat air apa apa patut, pastu gue keluar pi Palm mall ngan akmal. Mall baru kat semban kekdahnya. Err banyak kedai tak bukak laie, tapi yang part hazabnya adalah parking la kut. Tapi ada la padini konsep store, brands outlet, F.o.s kira ada few lagik kedai lain. Kira ok la kot sbb kat semban takde kedai kedai gini. Dah pening pusing pusing dalam tu, moh makan sushi.

*Tempura dengan sashimi cam tak kene je padanan nya*

For those yang pegi sana, parking plak kat level 4 atau 5, kat situ takde autopay yo. Kene turun ke level 3, situ ada autopay, some more, sila berhati hati sbb ada bumper yang tidak bewarna dalam  kawasan parking otu. Gue dah melambung dilambung ombak. Ok selamat bershopping!

farid kata: mana nak pi melancong nih?

1 comment:

mak Jemah said...

jommm p melanconggg :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis