Tuesday, September 9, 2014

Main game, tipu nak jadik kaya


*Rasa mendalah ni macam tempat letak enpon kot, tapi permasalahan nya ngapa kripi sangat?*

Ni minggu bila punya cerita pon tak tau, tapi nak cerita jugak. Bukan nak cerita apa pon. Takde banyak aktiviti, asyik la main game je. Haaa itu hari gue adalah membeli satu device nak mengcheatkan game nintendo nih, tunggu punya tunggu pas tiga hari barang nya pon sampai. Tapi lupa la plak nak amek gambo nya. Ala dia cam card reader yang mampu membaca data lam katrij game ni. *gila tak advance, orang jaman skang main game pakai cd, gue masih lagi berasaskan katrij. Pastu dah ada devicenya kene la pula ada software nya, google punya google, skali software nya kene la dipadan suai dengan window. Yer mekbuk gue ni ada os mac je pon. Apa lagi, gigih la install jugak windows. Sib la berjaya, tapi memori manjang masalah. Lantak la janji boleh je running software nak menipu game tu. Jadi skang boleh la bersuka ria tipu game tu like tambah duit banyak banyak bagai, tak yah luang masa lama hadap game tu nak jadi kaya. *hidup dalam pendustaan

*dah bertahun tahun guna mekbuk, baru terkial nak letak window*


*hari apa ntah, mokcik gue bekalin nasik lemak umtuk sarapan pagi, oh sungguh la nikmat*

Ok dah tu je.

Farid kata: Congak kira nak beli enpon baru pls pls pls pls

Wednesday, September 3, 2014

Naik menara pusing pusing


*Daging tetel tu banyak tak kehabisan nak makan*

Assalammualaikum, Apo kobar? haa baru tringat ada gambar dah upload lam draft tapi tak taip cerita pung. Skang kasik cerita. Beberapa minggu lepas, tahap sangap duduk umah adalah amat membimbang kan, jadi gue pakat pakat ngan kemal, adik ngan shila moh la ke melaka je la. Last time mai melaka pon bulan posa aritu kot. Memula cam plan nak tgk wayang tapi nya cam kompom la ramai sesak penuh, i tak biasa dengan crowd yg crowded ni *fuuuuuuuuuu. Jadi kita jalan jalan je la. Pusing punya pusing ingat nak makan kedai baba nyonya tu, pastu tutup sudahnya, so kemana lagi, ke asam pedas je la untuk ke berapa ratus juta kalinya. Order, makan dan bayo, pantas?

*rambut kusut masai menandakan sudah sampai waktu untuk dicuci*

Pastu sambung lagik pusing, park kete kat dataran pahlawan, kat situ kan ada cam uptown, pun jalan je nak membeli cam napsu tak bermaharaja lela sangat. Cuci cuci mata saja. Org pun dah tak berapa ramai, gamaknya nak dekat kul 11 kot. Pastu kemal beria ia nak naik menara taming sari tu. Yo la, ni kali ketiga gue menaiki nya. So kita naik je.

*gue rasa la kan, ni gue rasa la kira pendapat peribadi, naik taming kartika sari ni kalau malam cam best banding siang, ni gue rasa la*

Tuen kami adalah yang terakhir. pas kami kami masuk kaunter semua tutup dah. Gigih kan. Pastu dah pusing pusing diudara sampai pening, turun terus jalan jalan sesambil beborak kat area apa kenama bangunan merah tu. Haaa pastu cungap cam nak pengsan *Nampak sangat mmg dah tua. pastu dah jom lah kita balik.


*gigih pos dalam kegelapan. ko buat pos apa dik?*


Hah tu je ceritanya ke melaka ni. Gue ni dah ke Melaka like a zillion time, dah tak tau nak pusing mana, nak cerita apa dah. But still suka je pegi melaka, put aside perihal jammed yang mengarut tu. Ok dah bye.

Farid kata: Kalau uolls buat sesuatu dan orang keliling mengata, cuba fikir balik, kat mana salah silapnya. Dan kalau uolls berbuat kebaikan dan orang keliling mengata, tu tandanya orang keliling uolls gila.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis