Friday, February 27, 2015

Menyambut harijadi awal

katanya suka sayang sama burger, so pembuka entri kene la gambo burger.


Last few week, gue ada ke fuel shack, memula pasang niat nak ke kedai lain, tapi ketutupan pula. Pastu dah alang alang ada kedai burger, so kita belasah burger. Secara keseluruhan nya gue amat suka sama fuel shack. Boleh pergi lagi next time. Tetiba terus bagi komen. Ok dah tu je, tutup kisah burger. Next....

*Cekak glow in the dark ditaja oleh tasya*

Last week berperancangan nk mensurprise hari jadi kemal. Harijadi yang sbenar 25 feb, so sebab smua bizi, so kita selebret awai. So gue, adik, tasha ngan shila keluar mempersiap kan segala kelengkapan. Beli dominos ngan kek je pong. Pastu kemal kol sbb dia nak mai umah lalu bertanya kami kami ni dimana, puas la gue kelentong kata pi hantar barang orang order bagai bagai, yang pastu kemal duk tanya lagik macam macam, dah gue tak terjawab, maklumlah naive tak pandang berbohong miahahaha. Pastu dah sampai umah terus sesiapkan makanan lalu gue pi tutup mata kemal. Oh is ngan ana jua ada menghadiri dengan berbagai bagai jenis makanan dibawanya.

So dah nyanyi, dah potong kek, bukaklah hadiahnya:

*Shila mambu kasik plate salamelekum tuk umah baru kemal*

*Adik ngan tasya share beli jam dinding piula*

*Farid manzora kasik patung rilakuma tgh meniarap*

*Gambar pi makan makan seafood*

Ok dah tu je rangkuman beberapa minggu, cerita langkawi tak abis lagik kekdahnya, nanti gue sambungan. bye

Farid kata: mood kelaut

Thursday, February 26, 2015

LGK kali ke berapa ntah: 4

Hah sambung lagik cerita langkawi, lepas dari jeti tu, gue menyuarakan hasrat ak pi Langkawi wildlife park, gamaknya gue kan pecinta hewan hewan. Masa trip yang lepas, gue saja tak pi sini, so trip kali ni nak sangat la pegi. So kita pegi. Letaknya kat mana? err tak tau nak cakap. tgk je GPS nanti. Harga masuk pun tak hengat tapi usah khuatir, boleh rujuk sini >> Langkawi Wildlifepark

So sila nikmati gambarajah pengunjung bersama hewan hewan yang disediakan:

*Wahai bondaku, bondaku si ikan kaloi, timbullah bonda oiii (walaupun kolam ikan koi)*

*Ada ayam ke burung ntah yang berbagai bagai warna*

*Operator masih bertugas walaupun tgh bercoti*

*Nak menunjukkan betapa besarnya ulaq tu, sila bezakan ngan kepala adik*

*gamaknya makan lembu sekor tetiap hari kot boleh besaq camni*

*Pintu masuk ke dalam sangkar burung, tetiba tingat Shireen Sungkar*

*Boleh bagi makan burung nuri yang kelahap lapaq*




*Ada tempat arnab yang boleh di peluk peluk lalu bergambar*

*Bersepah sepah arnabnya, tgk tu bawah kosi, bawah meja pon ada. Apa ke rupa arnab yang dipegang cam musang?*

*tertonggeng tonggeng nak amek arnab*

*Dah cuci tangan moh sambung jalan*

So pada korang korang yang tak pernah pi sini, sila lah ke sini, cam ok la berbaloi jua la, walaupun tak banyak hewan hewan. Eh boya pon ada sini tapi gue tak sempat snap sbb tgh sibuk makan eskrem. ok dah bye

farid kata: Konsep kehidupan gue skarang senang, tak payah nak susah hati memikir benda yang remeh temeh. Fokus benda penting sahaja.

Wednesday, February 25, 2015

RG: Gundam Exia Celestial Being Mobile Suit GN-001

Whoaa cam dah lama tak pasang pasang Gundam, so disatu hari duk reronda site gundam.my , pastu ternampak la gundam Exia ni, mmg dalam list nak beli tapi tak tau nak amek HG (High grade) atau RG (Real grade), pastu duk pikir pikir balik, dah alang alang nak beli, pastu nak sangat Exia ni, so up terus RG punya, harga cam beza banyak jugak la ngan HG punya, tapi dah sangat punya pasal, beli je la. Oh satu lagi, kalau beli yang RG punya dalam site ni cam murah banyak dari beli kat memana mall, sbb kalau kat mall harga tuk model RG ni boleh cecah sampai RM150, tapi kalau beli kat gundam.my boleh dapat rm92 + penghantaran rm8= so rm100 je, jimat banyak la, tapi korang jangan la risau pasal penghantaran tu. Sebab dorang kat gundam.my ni mmg efisyen. Gue mmg rekomen beli kat situ. Sehari je dah sampai kalau belah semananjung ini. Nora bagi lima belas bintang.


So marilah kita memasang nya. Memula semat dalam hati, this should be a lot more kacang putih, skali farid manzora terlupa yang RG lil bit more complicated then HG. Padan muka. Tapi dah beli takkan nak simpan lam kotak je kan? so moh la pasang.

*Buku manualnya, sebahagian besar dalam japanese, so pepandai la ko*

*Bahagian bahagian yang berwarna, tapi kalau di congak secara kasar, jumlah parts nya lebih kurang je ngan HG, cuma RG ni detail sikit*

*Tadaaaaaaa.....*



So jawabannya, buat pertama kali dalam sejarah, gue memasang gundam selama dua hari, first day pasang kaki, seken day sambung badan ngan tangan. Kekdahnya, segala tools takde, smua tools sudah disimpan lalu dihantar ke rumah satu lagi, maka, terkial kial la nak memegang small parts. Cam keharom, melambung melantun, pastu meraba raba mencari. Tapi bila dah siap, kira syiok la.

Farid kata: pasnih tak yah ngengada nak beli RG lagi dah, beli je HG murah dan menyenangkan. Bye bye

Tuesday, February 24, 2015

Big mouth seken taim.

Itu hari repeat balik Big Mouth, gamaknya lately ni gue kegilaan nak makan burger. Asal nampak saja burger terus nak! nak! nak! Pastu ada kesempatan tu yang terjah Big Mouth terus. Dengan harapan dapat la makan burger sepuas hati. Sila ikuti gambarajah berikut:

*Tak ingat nama burger, tapi cam lidah terjelir sudahnya*

*adik makan ini*

*Kemal makan ini pula*

*Adik topap ciken wing plak, haa nampak tak disitu bukan gue sorang je yang resaksa*

*Muka resaksa yang hepi meal dapat makan burger*


So cam biasa la regenya nearly hundred bucks, tuk smua menu berserta minuman bagai. Bit pricey tapi okay la sekali sekala. kalau hari hari, tokei balak pon boleh melingkup. Ok dah bye

Farid kata: seminggu lepas upload gambo baru taip, tunggu lagi seminggu baru publish, punyalah pemalas.

Monday, February 9, 2015

LGK kali ke berapa ntah: 3

*tetiba tringat skolah bot dalam cerita Teacher's Diary"

Hah sambung lagi. Lepas pi bagi makan helang, kita ke rumah bot pula. Nak melihat dengan lebih dekat cara cara bela ikan dalam sangkar. Macam kan nak stat bisnis ikan lam sangkar pula. Oh dari tempat bg makan helang tu nak ke umah bot ni takde la jauh mana pon. So dekat je.


*bebaik Tegar, jangan sampai tertonggeng masuk lam tu plak*

Dah sampai situ turun, lalu Hazama mengarahkan kami pi ikut Tegar ni. Dia akan bagi penerangan segala. Tegar memulakan bicara "Mari ikut saya". Skema sungguh. Pastu dia cerita la pun satu demi satu sangkar situ apa isi ikan lam tu. Ada pari la, belut la, ikan ikan laut la. Pastu di uloq ikan mentah untuk di bagi makan pada ikan lam sangkar tu plak, Kuasa la pokcik yang tua kebana ni nak sesujud tertonggeng tonggeng, so pokcik tolak adik je, suh dia yang bagi makan.

*Membahang panas waktu iniew*

Pastu dah penat tertonggeng tonggeng, moh la makan, So boleh pilih ikan lam sangkar nak makan apa, pastu dia masak. Adik ngan kemal yang pilih, gue telan je, jangan korang pilih terubok sudeh. Gue tak bermakan terubuk sbb malas nak kuarkan tulang. Dasar pemalas kan. Harga? biasa la bit pricey.

*Ko duk pikir apa dik?*

Pastu dah bermakan makan kenyang, sap okok dua batang, pastu pewit sama hazama, moh jalan balik. Last destinasi is gua buaya. Yer nama je gua buaya tapi takde pun buaya dalam itu. Kata Hazama, dulu kala ada buaya yang besaq duk lam tu, kira cam penunggu la. Pastu buaya tu dah ghoib. Jadik la nama gua buaya. Oh nak lalu sini kene air surut, gamaknya, kalau air tgh pasang, tak lepas la bot nak masuk thru gua ini.

*Bot depan tu dah rupa bas mini, sarat barat*

*Cam biasa gambar dalam gelap, mesti kelaut*

Dan disebabkan air surut, maka bot bot kepayahan la pulak nak melepaskan diri kluar dari situ. Abis selut lumpur smua naik. Duk ram ram suriram. Pastu kan gue ada kata awal entri sbelum ni, ada few pengusaha yang ambil laluan gua buaya ni menjadi laluan pertama, makanya bertembung tembung la bot bot ni. Tapi dorang cam expert kot, so elok je beratur tepi dulu, lepas kan bot bot yang bertentangan.

*Kalau ada bot rapat kat blakang, bukan makan asap lagik yer, ni makan lumpur*


*tetiba rasa cam bukan kat mesia pulak*

*banyak monyet monyet bersidaian di gigi air, gue pun feeling orang kaya tabur duit, walhal tabur biskut je*

Dan ujung ujung nya enjin bot hazama masakelah tak tau la apa problemnya, tapi dah tak leh memecut. Dia berhenti kat tepi sat, pastu gegodek apa ntah, tatap tak berjaya. So jalan je la pada kelajuan feri pulau pinang je. Ok la dari tak berjalan langsung. Gue dah berbaringan la tu, kemal dah duduk atas lantai bot, adik je fefeeling duduk bagai ratu lagi. Tapi takde la lama mana pun nak menyampai ke jeti. 

*Gigih duk berusaha repair jugak*

Dah sampai jeti, salam salam ngan Hazama, terus menerus pi kete ke destinasi sterusnya lah kita yew.
Kepanasan rasa nak pitam.
Ok sambung

Farid kata: "Aku tanya apa khabar smua"

Friday, February 6, 2015

Tahniah di atas kenaikkan pangkat anda!

Ni lama punya cerita, tapi takde la lama sangat pon, tapi nak cerita jugak. Korang baca saja. Itu hari, tak ingat hari apa ntah, balik keje gue ajak kemal pi makan, demi saja meraikan kenaikan pangkat beliau sebagai Pengarah urusan. Pikir punya pikir, mana la nak makan ni, nak pi klcc pasti la umat meramai, paling sadis kene beratur sebelum masuk kedai. So tetiba terlintas Melur & Thyme, walaupun baru je makan ngan sopi ngan kak tin tempoh hari sempena hari jadi sopi, tapi okay je la pun nak pi tempat yang sama.

Ikuti gambarajah berikut:
*duduk luaq, senang nak mokok*


*Kemal order apa ntah, ada roti jala, itek dan sebagainya, cara makan, amek itek, letak atas roti jala, letak sos yang berbagai bagai, pastu gulung pastu telan*

*Gue makan cam ciken grill dengan cendawan selambak, tak tau nama spesifiknya, tapi okay la rasanya, cuma ada sikit rasa pelik mungkin sebab cendawan segantang atas tu*


Pada kemal, gue ucapkan selamat bernaik pangkat. Tugas dah bosar, tanggongjawab bertambah, sila bekerja dengan lebih komited. Sekian makasih.

Farid kata: Kengkawan ramai dah naik pangkat, gue sibuk nak benti keje kekekekeke

Thursday, February 5, 2015

LGK kali ke berapa ntah: 2

*Ni muka dah mandi yer*

Haaa ni lah aktibiti nya adalah membuat mangrove tour. Kekdahnya Ringgo si tokei kete sewa tu adalah juga mempunyai kontek untuk tours ini. So grab je la sekalian. Cas nya pun cam murah je. Satu bot dia cas lam dua ratus centu. Kalau tgk balik kat jeti lam rm350, pengsan. Yang penting feeling group ratu cantek tak mo naek bot share share ngan public. Mampu feeling ratu kebaya?

*kemal merenung masa depan, bagaimana nak mengumpul dana untuk menaik taraf rumah agam nya*

So nak naik botnya, kene lah pulak memandu sampai ke Tanjung Rhu, yer tanjung rhu ni jauh yer kengkawan, nun di belakang pulau sana. Ada gak satu lagi jeti, tapi dah disarankan pi tanjung rhu, so ke sana lah kita. Pepagi sbelum mula perjalanan, isi perut makan nasik lemak sesiap. Pastu baru mula jalan.

*Gamaknya cahaya mentari tgh naik, so berlumba lumba la nak bergambar depan cahaya matahari*

Sampai je kat jeti, adik kol Ringgo, pastu dia kata bg je resit kat kaunter (malam sebelum tu jumpa Ringgo kat airport pi bayaq sesiap tuk tours ini). Then ada la mamat ghupa Hazama af ni mai. So dia ngaku dia adalah hazama pemenang akademi fantasia eh tak tak, dia ngaku dia adalah pemandu pada hari itu. Dia adalah muda dan baik. Kira tak banyak cerita la, pastu ko tanya itu ini dia jawab je, tapi dik, tak yah la sedaya upaya ko cakap slang KL, cakap je slang utara, pelik naw bunyi nya, abang tatap paham ko cakap utara.

*hah kan dah kata, semua berebut nak bergambar depan cahaya matahari dengan harapan muka memasing mulus*

Kira perjalanan bot ni ada dua arah, either ko masok gua buaya dulu atau pi ikut laut lepas lalu ke gua kelawar dulu, so Hazama relakan jiwa ni dah bawak kami ikot laut lepas dulu. So melambung lambung lah dalam bot, tapi serius kalau mengandung, kompom ko beranak lam bot lalu Hazama jadi bidan.

*yang belakang tu koyak la peranakkan duk kangkang centu*

*Hazama pulak yang tolon snap*

*Kemal tinggai lam bot, gue ngan adik larik pi jamban menyahut panggilan alam semesta*

Singgah kat satu jeti ni, kekdahnya Hazama nak beli kulit ayam, buat pagi makan helang katanya, ewah cam nak beli dedak pi bagi makan ayam je bunyiknya. So dikesempatan yang ado, gue ngan adik telah meloncat kuar bot lalu berlari lari anak ke jamban yang ado. Tak menahan woooooo.


So dah sampai gua kelawar, bayar dan masuk. Kekdahnya, masa nak bayar masuk tu, makcik yang jaga kaunter dah bagi lampu suluh. Pastu kene la bayar, pastu gue ngan muka tak bersalah "alamak bag smua lam bot tu" Hazama dah pi park bot kat seberang pula. Adik pon sama tak bawak duit, tinggal kemal harapan rakyat malaysia, kemal pun kuar la duit, pastu makcik tu kata takde duit kecik la plak. Pastu kemal kuar duit singgit singgit, skali short singgit. Sudahnya makcik tu kata tak pe tak pe, sambil tukau lampu suluh yang dah diberi kepada lampu suluh yang kecik lagik. whoaaa ada ek centu lol.


Papan tanda dah tulis dilarang membuat bising, gamaknya takut kelawar ni lari lintang pukang pabila dengar sora manoksia. Tapi knowing gue bersuara petir, asal bercakap je gegak gempita, ton tinggi, nasib la kau kelawar. So jalan la dalam kegelapan gua itu. Gambar tak snap banyak pon, sbb camera cam laharnat.

*Macam keharom gambar dalam gelap jadi merepek*


*batu bengkok mencari cahaya cinta katanya*



*jadik lah seorang yang sabar seperti pengukir batu gua yang sabar*



Pastu dah abis kat gua kelawar, moh pi bagi helang makan. Knowing kamera gue ini menyakitkan hati kalau nak amek objek yang sedang bergerak, so gambar helang mmg cam tehapa. So bila dah fedap, kita tonton je la. Oh Hazama campak kulit ayam lam air, pastu perah enjin bot kuat kuat, gamak nya nak gitau helang "hey helang nah makan kulit ayam banyak lemak ni, kompom ko kene sakit jantung". Begitu getus hati Hazama.

*kurrr kurrr kurrr*


So di sebabkan gambar beratus ratus, so kita sambung episod seterusnya.

Farid kata: sejam oi nak upload gambar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis