Showing posts with label langkawi. Show all posts
Showing posts with label langkawi. Show all posts

Monday, March 2, 2015

LGK kali ke berapa ntah : 5

Ok tiba masa tuk pulang, walaupun rasa pemalas kedaung nak mengemas mengepack baju, tapi tetap la kene buat, takkan nak upah indon plak kemaskan bag kau? Buang segala kotak kotak yang ada, amek barangnya sahaja, sumbat lam bag. selagi muat kita sumbat. Ater kalau bawak guni mai langkawi ni, mau koyak guni, segala mak neka benda nak dibeli kat langkawi ni, manakan coklat berkoyan koyan, periuk belanga, tu belum masuk pinggan mangkuk kaca bagai bagai, yer, makcik makcik sangat. Tap gue beli periuk ajaib je, takde la beli pinggan kaca segala tu. So dah cek out, lepak tepi airport makan laksa untuk last round pastu lepak airport.





So flight cam biasa je tak delayed ke apa pun, cuma banyak seat kosong, so memasing duduk tepi tingkap, melayan perasaan. Gue usaha nak tido tapi tak berjaya. Sampai klia, terus menerus pi Victoria secret, adik duk membeli apa ntah lagi. Pastu amek kete, tapi tak pulang terus, pi lak klia2, nak makan kat foodcourtnya yang ada korean food, amek feel lah katanya.

So berakhirlah trip langkawi yang panjang melebar ini. Apa apa pun, gue sangat hepi dan berpuas hati dengan trip kali ni, walaupun manjang asyik sakit kepala nak meletop, tapi gue adalah hepi, harap adik ngan kemal jua hepi. Ok sekian melaporkan.

-FIN-

Farid kata: Simpan duit nak pindah umah la plak, no traveling traveling lagi buat masa ini.

Thursday, February 26, 2015

LGK kali ke berapa ntah: 4

Hah sambung lagik cerita langkawi, lepas dari jeti tu, gue menyuarakan hasrat ak pi Langkawi wildlife park, gamaknya gue kan pecinta hewan hewan. Masa trip yang lepas, gue saja tak pi sini, so trip kali ni nak sangat la pegi. So kita pegi. Letaknya kat mana? err tak tau nak cakap. tgk je GPS nanti. Harga masuk pun tak hengat tapi usah khuatir, boleh rujuk sini >> Langkawi Wildlifepark

So sila nikmati gambarajah pengunjung bersama hewan hewan yang disediakan:

*Wahai bondaku, bondaku si ikan kaloi, timbullah bonda oiii (walaupun kolam ikan koi)*

*Ada ayam ke burung ntah yang berbagai bagai warna*

*Operator masih bertugas walaupun tgh bercoti*

*Nak menunjukkan betapa besarnya ulaq tu, sila bezakan ngan kepala adik*

*gamaknya makan lembu sekor tetiap hari kot boleh besaq camni*

*Pintu masuk ke dalam sangkar burung, tetiba tingat Shireen Sungkar*

*Boleh bagi makan burung nuri yang kelahap lapaq*




*Ada tempat arnab yang boleh di peluk peluk lalu bergambar*

*Bersepah sepah arnabnya, tgk tu bawah kosi, bawah meja pon ada. Apa ke rupa arnab yang dipegang cam musang?*

*tertonggeng tonggeng nak amek arnab*

*Dah cuci tangan moh sambung jalan*

So pada korang korang yang tak pernah pi sini, sila lah ke sini, cam ok la berbaloi jua la, walaupun tak banyak hewan hewan. Eh boya pon ada sini tapi gue tak sempat snap sbb tgh sibuk makan eskrem. ok dah bye

farid kata: Konsep kehidupan gue skarang senang, tak payah nak susah hati memikir benda yang remeh temeh. Fokus benda penting sahaja.

Monday, February 9, 2015

LGK kali ke berapa ntah: 3

*tetiba tringat skolah bot dalam cerita Teacher's Diary"

Hah sambung lagi. Lepas pi bagi makan helang, kita ke rumah bot pula. Nak melihat dengan lebih dekat cara cara bela ikan dalam sangkar. Macam kan nak stat bisnis ikan lam sangkar pula. Oh dari tempat bg makan helang tu nak ke umah bot ni takde la jauh mana pon. So dekat je.


*bebaik Tegar, jangan sampai tertonggeng masuk lam tu plak*

Dah sampai situ turun, lalu Hazama mengarahkan kami pi ikut Tegar ni. Dia akan bagi penerangan segala. Tegar memulakan bicara "Mari ikut saya". Skema sungguh. Pastu dia cerita la pun satu demi satu sangkar situ apa isi ikan lam tu. Ada pari la, belut la, ikan ikan laut la. Pastu di uloq ikan mentah untuk di bagi makan pada ikan lam sangkar tu plak, Kuasa la pokcik yang tua kebana ni nak sesujud tertonggeng tonggeng, so pokcik tolak adik je, suh dia yang bagi makan.

*Membahang panas waktu iniew*

Pastu dah penat tertonggeng tonggeng, moh la makan, So boleh pilih ikan lam sangkar nak makan apa, pastu dia masak. Adik ngan kemal yang pilih, gue telan je, jangan korang pilih terubok sudeh. Gue tak bermakan terubuk sbb malas nak kuarkan tulang. Dasar pemalas kan. Harga? biasa la bit pricey.

*Ko duk pikir apa dik?*

Pastu dah bermakan makan kenyang, sap okok dua batang, pastu pewit sama hazama, moh jalan balik. Last destinasi is gua buaya. Yer nama je gua buaya tapi takde pun buaya dalam itu. Kata Hazama, dulu kala ada buaya yang besaq duk lam tu, kira cam penunggu la. Pastu buaya tu dah ghoib. Jadik la nama gua buaya. Oh nak lalu sini kene air surut, gamaknya, kalau air tgh pasang, tak lepas la bot nak masuk thru gua ini.

*Bot depan tu dah rupa bas mini, sarat barat*

*Cam biasa gambar dalam gelap, mesti kelaut*

Dan disebabkan air surut, maka bot bot kepayahan la pulak nak melepaskan diri kluar dari situ. Abis selut lumpur smua naik. Duk ram ram suriram. Pastu kan gue ada kata awal entri sbelum ni, ada few pengusaha yang ambil laluan gua buaya ni menjadi laluan pertama, makanya bertembung tembung la bot bot ni. Tapi dorang cam expert kot, so elok je beratur tepi dulu, lepas kan bot bot yang bertentangan.

*Kalau ada bot rapat kat blakang, bukan makan asap lagik yer, ni makan lumpur*


*tetiba rasa cam bukan kat mesia pulak*

*banyak monyet monyet bersidaian di gigi air, gue pun feeling orang kaya tabur duit, walhal tabur biskut je*

Dan ujung ujung nya enjin bot hazama masakelah tak tau la apa problemnya, tapi dah tak leh memecut. Dia berhenti kat tepi sat, pastu gegodek apa ntah, tatap tak berjaya. So jalan je la pada kelajuan feri pulau pinang je. Ok la dari tak berjalan langsung. Gue dah berbaringan la tu, kemal dah duduk atas lantai bot, adik je fefeeling duduk bagai ratu lagi. Tapi takde la lama mana pun nak menyampai ke jeti. 

*Gigih duk berusaha repair jugak*

Dah sampai jeti, salam salam ngan Hazama, terus menerus pi kete ke destinasi sterusnya lah kita yew.
Kepanasan rasa nak pitam.
Ok sambung

Farid kata: "Aku tanya apa khabar smua"

Thursday, February 5, 2015

LGK kali ke berapa ntah: 2

*Ni muka dah mandi yer*

Haaa ni lah aktibiti nya adalah membuat mangrove tour. Kekdahnya Ringgo si tokei kete sewa tu adalah juga mempunyai kontek untuk tours ini. So grab je la sekalian. Cas nya pun cam murah je. Satu bot dia cas lam dua ratus centu. Kalau tgk balik kat jeti lam rm350, pengsan. Yang penting feeling group ratu cantek tak mo naek bot share share ngan public. Mampu feeling ratu kebaya?

*kemal merenung masa depan, bagaimana nak mengumpul dana untuk menaik taraf rumah agam nya*

So nak naik botnya, kene lah pulak memandu sampai ke Tanjung Rhu, yer tanjung rhu ni jauh yer kengkawan, nun di belakang pulau sana. Ada gak satu lagi jeti, tapi dah disarankan pi tanjung rhu, so ke sana lah kita. Pepagi sbelum mula perjalanan, isi perut makan nasik lemak sesiap. Pastu baru mula jalan.

*Gamaknya cahaya mentari tgh naik, so berlumba lumba la nak bergambar depan cahaya matahari*

Sampai je kat jeti, adik kol Ringgo, pastu dia kata bg je resit kat kaunter (malam sebelum tu jumpa Ringgo kat airport pi bayaq sesiap tuk tours ini). Then ada la mamat ghupa Hazama af ni mai. So dia ngaku dia adalah hazama pemenang akademi fantasia eh tak tak, dia ngaku dia adalah pemandu pada hari itu. Dia adalah muda dan baik. Kira tak banyak cerita la, pastu ko tanya itu ini dia jawab je, tapi dik, tak yah la sedaya upaya ko cakap slang KL, cakap je slang utara, pelik naw bunyi nya, abang tatap paham ko cakap utara.

*hah kan dah kata, semua berebut nak bergambar depan cahaya matahari dengan harapan muka memasing mulus*

Kira perjalanan bot ni ada dua arah, either ko masok gua buaya dulu atau pi ikut laut lepas lalu ke gua kelawar dulu, so Hazama relakan jiwa ni dah bawak kami ikot laut lepas dulu. So melambung lambung lah dalam bot, tapi serius kalau mengandung, kompom ko beranak lam bot lalu Hazama jadi bidan.

*yang belakang tu koyak la peranakkan duk kangkang centu*

*Hazama pulak yang tolon snap*

*Kemal tinggai lam bot, gue ngan adik larik pi jamban menyahut panggilan alam semesta*

Singgah kat satu jeti ni, kekdahnya Hazama nak beli kulit ayam, buat pagi makan helang katanya, ewah cam nak beli dedak pi bagi makan ayam je bunyiknya. So dikesempatan yang ado, gue ngan adik telah meloncat kuar bot lalu berlari lari anak ke jamban yang ado. Tak menahan woooooo.


So dah sampai gua kelawar, bayar dan masuk. Kekdahnya, masa nak bayar masuk tu, makcik yang jaga kaunter dah bagi lampu suluh. Pastu kene la bayar, pastu gue ngan muka tak bersalah "alamak bag smua lam bot tu" Hazama dah pi park bot kat seberang pula. Adik pon sama tak bawak duit, tinggal kemal harapan rakyat malaysia, kemal pun kuar la duit, pastu makcik tu kata takde duit kecik la plak. Pastu kemal kuar duit singgit singgit, skali short singgit. Sudahnya makcik tu kata tak pe tak pe, sambil tukau lampu suluh yang dah diberi kepada lampu suluh yang kecik lagik. whoaaa ada ek centu lol.


Papan tanda dah tulis dilarang membuat bising, gamaknya takut kelawar ni lari lintang pukang pabila dengar sora manoksia. Tapi knowing gue bersuara petir, asal bercakap je gegak gempita, ton tinggi, nasib la kau kelawar. So jalan la dalam kegelapan gua itu. Gambar tak snap banyak pon, sbb camera cam laharnat.

*Macam keharom gambar dalam gelap jadi merepek*


*batu bengkok mencari cahaya cinta katanya*



*jadik lah seorang yang sabar seperti pengukir batu gua yang sabar*



Pastu dah abis kat gua kelawar, moh pi bagi helang makan. Knowing kamera gue ini menyakitkan hati kalau nak amek objek yang sedang bergerak, so gambar helang mmg cam tehapa. So bila dah fedap, kita tonton je la. Oh Hazama campak kulit ayam lam air, pastu perah enjin bot kuat kuat, gamak nya nak gitau helang "hey helang nah makan kulit ayam banyak lemak ni, kompom ko kene sakit jantung". Begitu getus hati Hazama.

*kurrr kurrr kurrr*


So di sebabkan gambar beratus ratus, so kita sambung episod seterusnya.

Farid kata: sejam oi nak upload gambar.

Wednesday, February 4, 2015

LGK kali ke berapa ntah : 1

*Travelator untuk orang pemalas sahaja*

Ok nak mula taip mmg malas tahap dewa ke 100. Tapi jangan runsing, farid manzora gigih taip jua. Cerita pengembaraan ke Langkawi di mula dengan perjalanan. Yer ni kali ke berapa ntah ke langkawi, tapi adegan kali adalah lebih kepada berjalan jalan ke pulau sekitar. Konon macam tak mo shopping coklat ke apa ke lagi dah. Konon je. Ahli romobongan adalah kemal dan adik je. So kami bertiga je la.


Plan asal nak pi berdua je ngan kemal. pastu duk cerita ngan adik lalu ajak lah dia skali. Memula tu di sebabkan gue dah beli tiket awal, so adik kata dia pi la kendian naik AA ke apa ke mana yang murah. So gue bangkang, tak mo la dia sensorang, kang pape jadik jenuh la pokcik nak menjawab lak. So beli gak tiket sama flight ngan gue. Gigih okay.

*ikan banyak tulang, sampai tercekik memakannya*

Disebabkan adik dah ada kontek segala untuk kete sewa tu, so tak yah khuator sangat. Dah deal semua sesiap. Sampai airport pungut kete terus. Yer gue cam kurang gemar la, bila sampai airport pastu diserbu kete sewa lalu kene buat keputusan waktu tu jugak, i is tak suka. Chewah. Dah amek kete deal apa apa yang patut utk esok, zas terus pi makan laksa ikan sekoq. Makan upama orang tak makan seminggu, lapaq benar.


*Leceh nak amek sketul sketul, amek terus sekotak*

Pastu kepala gue dah start pusing sakit sudahnya. Tak pe tahan lagik. Settel laksa pi cek in resort pula, pastu tukaq baju segala. keluar balik pi haji semail. Eh memula kata tak mo beli coklat? katanya la kan, tapi di sebabkan auntie gue suh beli pemangang ajaib, so kene la pi kan? alasan sungguh. Elok sampai haji semail, nahhh terus sakit kepala maha hebat. Sampai nak muntah even nak berdiri pun rasa menyampah. Gue masuk dalam amek periuk bg duit, lalu kemal ngan adil pi la bayaq. Gue perlukan tempat duduk. Balik kemal yang drive, gue dah terlantar kat blakang. Apa punya masak elah pun tak tau la. Taim duduk umah elok pula sihat, bila melancong terus sakit.

*sakit kepala tolak tepi, coklat tetap di baham*

Balik umah, bancuh air panas, pastu tido kejap. Bangun baru sihat. Takkan tak cukup tidoq pulak kan? apa apa je la. Pastu, adik kata jom pi makan malam, yer kul 6ptg dah nak makan malam sudahnya. Pulun ja la, lagian elok sbb tak ramai orang lagik, Kedai nya adalah ceruk rantau jalan menghala ke airport dari cenang. Nak bagi direction detail gue tak ingat, walaupun waktu tu gue yang drive. Sekian.

*Kedainya tepi sungai*

*Dah tak saikit kepala, boleh la senyum*

*Muka girang dapat makanan*

*Gambar ni patut kat atas, tapi ntah cemana tercampak kat bawah pula*

Dah bermakan makan dan kenyang, lalu pi pusing pusing, cenanng dan membeli makan untuk aktbiti keesokkannya. Ok sambung

Farid kata: Nasib baik la aktibiti kali ni lain sikit, bukan naik kete kabel, beli coklat, beli minyak gamat, masuk underwater world. Kalau buat aktibiti yang sama jugak, tak berupdate la kekdahnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis