Thursday, December 31, 2015

Revolusi tank manzora

Haa nak cerita pasal tank gak lagik. Ini kali membawa kan kisah revolusi tank 60cm manzora yang berubah rupa within few weeks. yer mmg tak patut, tapi hati tak tenang bila tank tak sama apa yang kita mahu *alasan. so meh ikuti sorotan sepanjang 10 minggu dari mula tank ini dibuka. Cam kan ko bukak kedai plak.


PLAY SAFE
Mula semat dalam hati, tak mo dah buat fully planted tank, sbb mmg bebetul mencabar la hai nak memantain kan planted tank, mana nak pikir baja la, co2 la blablabla so banyak benda nak ambil kira. (kalau nak senang ko bela je la ikan mas lam balang oi) pastu decide nak pakai gravel putih ni je. Dan keep anubias as main plant. so ia bertahan like few weeks, pastu jiwa dah start kacau.



KEGILAAN MENDATANG
Pastu ada masalah surface, dah surface berfilem minyak bagai, so beli another OF filter ini kali yang Ultra nipis plus skimmer, seriously for those yang ada masalah permukaan air, boleh beli filter ni, ada tiga saiz dan murah dan yang paling penting efisyen. "Takpe ke running dua HOB dalam satu tank?" ntah, tapi takat ni gue tak menghadapi apa apa masalah. Pastu dah start beli pokok pokokkan plak, berlanjutan everytime gue ke kedai aquarium. Pada mulanya cam gusar lah jua, maunya tak, nak tanam pokok without any soil, cam eh boleh ke? tapi gue tanam kan je, kot kalau meninggal, hangkat dan lalu buang la. gue tambah hair grass dengan penuh keyakinan. Tak yah pikir pikir runsing lagik. Dan gue tambah few Rummy nose tetra ngan black widow tetra lam tu, dah cam chowkit la tank, banyak ikan dan najis pon merata rata.



BERMULA LAH EPISOD CRAMP
Pastu everything going well, smua pokok hidop dan gue tambah ADA multi iron bottom sumbat lam tanah, pokok naik kurus tinggi, kekdahnya sbb tak running co2 pon kan? so kurus melidi la ia, tapi still idop. Gue tambah pokok pegaga lam tu, pon cam ala ala je nak hidop nya. Dah takde nutrient dari soil gamaknya kan. Hair grass pon dah dicabot, sbb manzora pandai sangat, beli pokok tak kaji dulu, rerupanya hairgrass perlukan co2, dan gue tak running pon co2 lam ni sbb nak mengekalkan konsep low tech tank katanya. Yang lain smua jalan lancar, takde masalah Algae ke apa, hidop aman dan tenang, tapi 20% water change tetap di lakukan setiap weeekend.



GUNDAH SBB PENGCAHAYAAN
Hati dah mula tak tenang balik, bilamana terpikir pasal lighting plak. Untuk memula setup gue nak buat low tech tank, lalu gue rembat la lampu T8 sahaja. yer la kata low tech kan, maknanya cost pon low, so beli T8 60cm baru rm90 je, mmg murah sbb lampu ni tak berapa nak terang  sangat dan tak berapa sesuai dengan pokok, hanya sekadar menerangi tank je. So gue beli gak LED baru, google punya google, jumpa aqualighter, produk ukraine, LED 60cm, kalis air dan nipis gila, harga? rm320, yer sila meninggal dunia, dah ko nak yang nipis la, kalis air la, ko tanggung la sendiri kan.

Then bermula lah episod manzora mmg bebetul dah tak keruan dalam hatinya, kene juga rescape every each thing and paling penting dia belajar how important soil and fert dalam aquascaping. Ambil buku note, on laptop, start google apa apa yang patut.


HARAPAN KEPADA PENGAKHIRAN EPISOD GUNDAH GULANA
Makanya terjadik lah tank sperti gambarajah di atas, gue kasik detail:

a. first, gue stack batu batu tu, yer total berat batu yang baru adalah 10kg, tak masuk batu batu lama, luckily gue bisa mendapati batu yang sama jenis dari kedai yang sama. Bayangkan berapa total berat tank ni kalau nak pindah nanti?! pengsan cangkung nak angkat.

b. lepas dah stack stack sambil sambil seselit tiga batang kayu yang tersalah ukur, sbb panjang benar, gue taruk dalam stack batu tu, then taruk soil, taruk root wood kecik kat atas tu. pastu boleh lah bercocok tanam.

c. Gue guna few type of anubias diselit dan diikat pada kayu, gitu juga moss, rasanya weeping moss kut (sangatlah mencabar nak ngikat moss pada kayu). Gue guna empat wabikusa, letak je atas tanah, then bahagian dasar, tabur je pasir gitew. Kenapa tak letak tanah? sbb kalau letak tanah, takkan nk biar kosong? dan bila dah kosong kene la bercucuk tanam bahagian tu, dan itu melibat kan kos lagik kan? so biar pasir dulu, nanti ekonomi dah stabil, gue akan fikir langkah seterusnya.

d. For ikan, gue letak dua ekor SAE, dan semilan ekoq rummy nose. gue pilih rummy nose bukan stakat mukanya yang merah cantik, bahkan muka yang merah tu petanda kualiti air tank adalah sihat. (tak bererti korang tak perlu nak test air yer, tester tetap diperlukan dalam hal ini)

e. Filter pula, gue dah take out OF HOB tu, so tinggal OF ultra seketoi (masih kekal sbb surface skimmer ia adalah bagus) dan tambah satu canister kecik Shiruba. Yer filter ni mmg thorbaek, senyap dan nak setup semudah one two three, sangat di-recomend) dan murah jua. Nanti gfue reviewkan ia disini.

f. Co2 tak beli lagik refill nya, so dah boli nanti boleh pasang terus.

So apa yang perlu adalah tunggu dan mantain tank sebaik mungkin. Oh terlupa pula. dikesempatan mengapdet blog ini, gue nak ucapkan terima kasih banyak banyak pada adik ngan kemal sbb bagi tank ADA 60F (shallow tank). tank idaman saya sempena hari jadi saya. Dan tak lupa pada kak tin pinpon dan sopiah bg hadiah berupa wangtunai utk membeli alatan tuk mendoodle. (nanti di cerita dalam entri lain). So dah ada tank lain plak, gue kene tutup tank 35cm tu kot sbb mana laratnya nak mantain sampai 3 tank dalam satu masa, (iolls bukan wonder women). So wish me luck!

*Bak kata kemal, macam bebudak dapat lego*

Farid kata: makasih yg tidak terhingga pada temen temen yang temanin gue sampai ke penang sana membeli pokok pokokan. Yer gila sampai ke penang yer.

Wednesday, December 30, 2015

Mari bermakan mee bot

Di suatu hari yang permai, kak tin pinpon dan sopiah sudah mengajakin makan di luar, Yer bohsan juga asyik la makan benda yang sama je kat kantor ini, sedangkan ikan lam akuarium pon tau betapa bohsan nya ko suap pallet hari hari ini kan kita di luar akuarium. So gue telah terkinja kinja nak makan boat noodle, yer la smua orang dah pi makan, gue je tak pernah, sedey. Tapi dikesempatan yang ado, kita zas kan saje. Boat noodle di sunway putra mall sana. Ikuti gambar rajah berserta keterangan yang diberikan. 

Muka farid tak terurus upama baru kematian isteri, sopiah ngan kak tin senyum sokmo. 

Kak tin ngan sopiah yang mengorder, gue tau nak teh ais je. 

*Nk terangkan satu satu pon tak gheti, so baham je smua tanpa rasa belas kasihan*

*Pastu ada apa ke ntah namanya, cam tepung pelita tapi tak basah dan lembab cam tepung pelita, tapi sedap, tu tangan sopiah*


*Ini pon tak tau apa ke namanya, tapi buah buahan yang digaul ngan sos cili, pedasnya? tak payah cerita, keluar segala mukus dalam hidung, tapi rasanya sedap dan tetiba ko akan rasa sihat sbb makan buah buahan*

*Last but not least minuman yang lethop, for those yang baru menjejakan kaki ke sini, sila lah minom teh ais tu, mmg sedap tak terkata sehingga srottttttttt srottttttttttttt ko akan sedot*


Kesimpulan, boleh disyorkan pegi, dan jangan la takut takut nak makan banyak, sbb mee nya seciput je pon, gue, kak tin ngan sopiah membaham sorang empat mangkuk je pon, kalau ikot kan, boleh je baham lebih dari lima (napsu apa ntah). So terima kasih pada kak tin dan sopiah kerana membawa saya bermakan mee bot ini. Saya sangat suka hati.

Farid kata: for kak tin dan sopiah, kita kene start pikir nak makan kat mana sempena arijadi sopiah bakal menjelang ni.

Wednesday, December 2, 2015

Entri orang femalas

Gila lama dowh tak berupdate, tu pun sbb dah di warning oleh sopiah sbb lama tak update. So gue ketakutan, gue update la. So cam biasa, smua cerita yang nak dicerita adalah berkaitan tank dan doodle. So sila redho saja membacanya.

*Maafkan kedaan umah yang bersepah*

Setelah berhempas pulas tetiap minggu menjaga tank, ni la dia tank gue yang tak seberapa ini. Yer payah nak menjaga nya. walaupun tank sekangkang kera je pon. Sepatut nya tank ni adalah low tech tank, tapi ntah macam mana setting smua dah caca marba. Lantak je la, janji pokok dan ikan hidop aman harmoni sudeh.


*Tanam air grass tapi tak pakai co2, kompom lah takkan hidop*

*Kumpulan pokok yang baru di beli dan ditanam*

*Body spray tu kalau ikotkan dua minggu je dah licin*

Pastu hari apa ntah, halo halo kemal, nak pi klcc nak beli perfume lah kononnya. Pastu dah sampai Mark & Spencer, cari tempat perfume, most EDT smua dah abis stok, cam nak nyarip je. Pastu godek godek ada set body spray ngan shower gel. Murah dan zas sajiok.

*Tu adalah sup daging lembu*

Pastu jalan jalan lagik, kemal nak makan plak, singgah food court sudeh la, makan korea sudahnya. Janji ada nasik nasik, gue okey jew. Pastu dah kenyang terus rasa nak balik. Senang kan bila jalan dah ada tujuan, ko zas zas je pastu terus balik, takde buang masa dan takde buang uwang. kononnya lah kan.

*Kalau selpi waktu ni, kompom bersinar sinar muka*

Dalam masa nak berjimat kononnya nak beli perfume je, tapi termasuk ke kunikuniya lah pulak, lalu kaki ni auto je melangkah ke bahagian alat tulis, lalu ternampak lah set staedtler yang di cari cari selama ini, yer rm50.00, ko nak sangat kan, hah beli je la, kang terbayang bayang plak dalam tido. Oh ni tuk mendoodle. So beli je lah. labur lagi rm50.00. Yer la bagi sesetengah orang rm50 tu tecit je, tapi bg gue ini, rm50 macam rm50k.  

*Moleskin doraemon?*

Berbalik pada kisah aquarium..................

*letak lam botoi cam ni nanti senang tekan tekan je*

*kita cincang, tpi jangan sampai hancur yer puan puan*

haa ni bukan ada adegan masak masak ke apa yer, ni adalah kacang peas yang telah direbus dan dibuang kulitnya lalu di beri makan pada ikan. Kenapa bg ikan makan kacang peas? sbb elok untuk penghadaman ikan berkenaan. Asyik bagi pallet ngan cacing je kan, skali skala kene la bagi sayuran juga, barulah ikan membesar sihat dan kuat.



Hari sabtu yang beberapa minggu lepas, gue ke Mid, ke pets wonderland. Sbb ada baca lam forum kata, kedai ni hebat, i mean dari segi variety pokoknya. so pergi pepagi, mmg haibat. Banyak gila pokok dengan harga berpatutan. So for those aquascaper yang mencari pokok pokokan, boleh lah ke sana .


Ok dah tu je, tunggu lah lagi sebulan gue update lagi satu entri, tu pun kalau ada masa terluang dan sopiah warning lagi, lol ok lah bye

Farid kata: Human is complex
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis