*Macam budak kolej pi lawatan sambil belajar plak*
Mula cam nak trus cek in, tapi kekdahnya ikut kan tak masuk waktu lagi, tapi cuba nasib je la. kut la dapat ke kan, tetiba nasib menyebelahi dapat la masuk awai sikit ja. Dah amek konci segala, Ana and the king sudah pesan sama shila mambu, pi beli sayur sayur tuk bikin steambot ke apa ntah, so shil mambu mengikut perintah, lalu mencari sayur lah kami di kea farm tersebut, pastu terus la pi Boh sungai palas. Dah sampai, dah duduk, order lalu telan air teh untuk kesekian kalinya, sambil tunggu mereka mereka yang dari kl pula. Tetiba adik kol, katanya pagar kat bahagian depan tempat boh tu sudah tutup, katanya tak leh masuk dah, tempat ni nak tutup. Sekian wasalam je la.
*pegang talipon sbb tgh nangkap pokemon, punyalah hidup tak bermakna sangat, pastu msg kak tin, kasik update apa yang dapat ditangkap pada hari berkenaan*
Pastu malam menjelma, Ana and the king saspek hanya sambut birthday shila mambu sahaja, walhal nk sambut birthday beliau sekali. Shila di halau ikot Is pi beli satey lalu kami siap siap segala. Skali shila mambu balik, pakai kan mahkota (datok bida sangat) dan nyanyi lagu birthday, pakaikan mahkota tuk ana and the king skali sudahnya. Terkejut kera lah beliau. Potong potong kek, lalu makan, dan agenda seterusnya, moh main game. Malam sbelum tu pun kami main game gak.
Tapi malam berkenaan kami main game teka bibir dan teka lukis, matik la huru hara. Smua kelaut. apa apa pon selamat hari jadi diucapkan pada shil mambu dan ana and the king. Smoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rejeki.
*Gambar ni patot kat bawah, tp tercampak kat atas plak, muka abdul wahub sebesar rumah kooo*
Dah bersorak, smua tido, esok bangun bekpes apa smua trus cek out. Sempat singgah cameron valey tuk minum minum ngan lavendar apa ke nama ntah, bergambar segala. pastu kea farm lagi skali beli segala mak neka buah tangan katanya dan menerus kan lagi perjalanan tuk pulang ke pangkal jalan.
*ni kulit album solo kami, tajuk album dia adalah -Abdul wahub berseluar pendek macam apek cameron bersama Is yang mencari burung terbang bersama kemal berselipar Jepun Featuring farid terkangkang buasir, jangan lupa dapatkan ia itunes*
*Hazab yer nak selpi group gini, fon tak canggih gamaknya*
*ni kulit single kami kedua bertajuk -kejelitaan palsu dari cahaya terang benderang hak milik setiap insan, jangan lupa dapatkan di itunes yer*
*tips nak beli talipon hebat, try camera nya dulu, sbb kamera fon yang hebat adalah camera yang dapat membuat kan muka kelabu asap cam muka gue nmpk berseri seri seperti datok bida, (baling mahkota)*
Itu lah sahaja perjalanan yang cerita nya macam berjalan sepurnama lamanya. Dah lama tak menaip, tetiba rasa cam laju nak abiskan cerita, punyalah gelojoh. Semangat putri santubong menaip tak mari lagi, kene warm up dulu, lari setempat 7minit, yoga lima minit, push up 20 kali pastu baru menaip. Apa apa pon looking forward for next birthday trip lah yaw. Babai
Farid kata: Nak request pi River Safari singapore lah tuk harijadi beta. k bye