Wednesday, October 3, 2012

Wordless Wednesdays 33



Now i see u've been hanging out with that other boy in town, 
Looking like a pair of clown clown clown boo hoo hoo

Tuesday, October 2, 2012

Cher Llyod - Want You Back feat Astro


Cher Llyod - want you back feat Astro

Hey, boy you never had much game 
thought I needed to upgrade 
So I went and walked away way way 
Now, I see you've been hanging out 
With that other girl in town 
Looking like a pair of clowns clowns clowns 

Remember all the things that you and I did first? 
And now you're doing them with her 
Remember all the things that you and I did first? 
You got me, got me like this 
And now you're taking her to every restaurant 
And everywhere we went, come on! 
And now you're taking her to every restaurant 
You got me, got me like this 

Muat turun : Want you back.mp3


Makan minum di hari minggu


A'famosa itu adalah berdekatan dengan kampung kemal, jadi secara auto terus recall roti canai rangup hebat tu, petang lepas cek in, gua paksa kemal nak pegi kopitiam tu. Memula mcm tak idea sedekat mana pun pekan tampin dengan afamosa ini, skali bila dah lalu dan sampai, oohh my, mmg dekat gila less then 15 minit dah sampai. 


Tapi setibanya di kopitiam itu gua nak makan nasi lemak pulak. Sbb nasi lemak rendang cam hebat je. Jadi order bersama tiga layer yang sodap sampai terpejam pejam mata. Terus lupa yang gua kesakitan gigi, lantak  la, sakit belakang kira. Lepas makan makan tu, kami pegi giant beli makanan lagi, pastu pegi patah balik ke kopitiam sbelah tu ada kedai makan, order satey plak. Gila kemaruk punya tekak. Tapi satey dia pon mmg sedap tahap tehapa. Bersila depan tv kat hotel sambil makan satey, nikmat.



Kisahnya bilik hotel tu mai skali dengan voucher makan pagi. Cam biasa ianya berupa buffet. Knowing org adalah meramai dari mana ntah datangnya, tempat makan berkenaan adalah huru hara seperti kampung di bakar. Gelas tak cukup, pinggan tak de. Apa ni? apa ni? Makanan yang disediakan pun adalah biasa biasa aja, kalau takat western breakfast tu, gua boleh bikin lagi sedap dari itu. Wah riak ni. Ok bye. 

Farid kata: Kita tak berapa suka dengan awak, jadi muka awak pun kita tak selera nak tengok, jadi jangan lah berkecil hati ek, sebab kita memang rasa meluat tau dengan awak, hakk tuihhh *kita ludah kat muka awak
   

Monday, October 1, 2012

Kegilaan apakah ini?!


Last week gua ada phewit sama kemal nak ke stor H&M di Lot10 sana. Katanya baru bukak, bergegas la kesana, konon konon. Gua mau kesana semata mata mau membeli boot baru. Dulu berangan nak beli boot kat zara yakni mahal beharga rm499, jadi simpan jadi angan angan sehingga ujung tahun sahaja la. Pastu masuk H&M online jumpa boot ini, jadi nak yang ini la sebab murah banyak dari Zara punya boot. Balik dari H&M singgah kl Sentral makan lagi samurai burger, kegilaan betul memakan burger ini. Nanti dah abis musim nya, telan liur sahaja mengenang keenakkan mu. 

*lalalalalalala, sambil goyang kaki*

Farid kata: Pakai boot rasa keyakinan diri tinggi, puiii

Tak perlu pegi Afrika untuk ke Safari


Last weekend gua ke Animal Safari Afamosa. Ini adalah kali ketiga kesana. Tapi ini adalah kali pertama kemal kesini. Sib baik orang adalah tidak meramai, hanya bebudak skola je yang meramaikan majlis. Cuaca juga agak redup redup rendang pokok,jadi adalah sesuai untuk jalan kaki di tempat terbuka.


Nama pun safari, jadi di penuhi dengan hewan hewan sahaja. Tapi hewan nya tak de la semeriah di zoo sana. Part yang paling penting adalah menaiki lori trak bersangkar dan melalui kandang minatang. Feeling afrika dowh. Dan as usual trak ini mmg akan membuat diri anda melambung mail lambung. Jadi pada yang peknen, jangan la naik, ada kemungkinan anda akan terberanak tak cukup bulan. 

*Seolah olah menunjal kepala kuda poni, im sori kuda poni saya tak bermaksud begitu, saya takut anda gigit tangan saya sahaja*
*Bergaya abis didepan rumah mak ayam*
Di dalam ini juga ada rumah ayam, tapi bukan rumah ayam macam kat chow kit sana. Ini rumah menempatkan segala spesis ayam. Dari gemuk ke kurus, dari yang cantik dan paling warok. Arnab pon ada dalam ini. Eh gua lupa pula cerita ek, masa kat pintu masuk tu, anda akan di paksa bergambar bersama red indian, dan gua duduk je la lalu di pakai head gear yang bulu bulu tu like red indian la konon, kemal berdiri pegang kapak, dan ada tiga org staf kat situ dress like red indian sebagai watak tempelan. Pastu gua jalan depan sikit, ada brader ngan awek tgh pegang burung lak, kemal dah jalan laju ke depan, malangnya gua terperangkap di disitu, brader tu slamba je letak burung di bahu dan awek tu letak burung di lengan gua. Pehal nya korang ni?! then dorang snap, nanti dah nak kluar gambar korang akan di pamerkan disitu kalau nak beli ok, tak beli pon tak kisah dorang tak sentap punya, tapi kemal beli gambar yang dengan red indian tu smata nak gelakkan gua, chis bedebah. *Jangan harap gua nak letak gambar tu kat sini, sbb nnt lu orang laukkan gua jugak sama ngan kemal, huh

*ada pertunjukkan burung burungan*


*itu la spek superdry yang gua beli online, cheh*
*Ini lah rupa trak askar yang membawa kami ke medan perang*

*Kain buruk bergerak*


*Kesian kambin tak cukup makan*

*Rasa macam kat kampung, angsa bagai pun ada*




*macam iklan kuda poni plak*
*Ini tanduk ke gading?*
*Kalau di lihat secara live, rimau ni mmg bapak punya besar*

*Dimalam hari ada pertunjukkan bunga api live dari balkoni bilik, hebak dak?*

Ok dah tu je rentetan jalan jalan di Animal safari, gua pilih gambar secara rawak, kalau nak sumbat semua mau meletop server blogger ni. Ok bai

Farid kata: dua minggu lagi nak daki gunung, hoyehhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis