Friday, February 28, 2014

Ke Bandung kita mas 8: Baso glamer + zoya, bukan kedai tayar


*Nampak tu gambo gambo didinding, smua tu gambo retis indon mai makan sini*

Selesai di Cihampelas tu, adik kata pi makan Baso (baca bakso). Bang iwan dangdut pun bawak lah kami ke satu kedai ni, sumpah tak ingat apa namanya. Dekat je ngan cihampelas tu. Pastu kedai biasa biasa je, jujurnya memula masuk tu ada gak la rasa seram, takut smua, bukan apa, cam ada je harapan nak sakit perut ni kang. Tapi tak pe la, tawakal je la. 

*Belah kiri ujung atas tu adalah baso spesial kemal*

Oh kat kedai ni ada gantung gambo artis artis ternama mai makan sini, antaranya Luna maya, inul goyang bebek, randy pangalila dan lain lain (sorry la pakcik tak konal sangat retis indon ni). Untuk langkah keselamatan, kita minum teh botol je. Ada few jenis baso kat sini, tapi lima orang order baso biasa je, kemal order special punya. Nahh smangkuk ko tulang daging atas nya. Gigih kemal menghabiskannya.

*Yamseng katanya, ateh sampai kiri kanan tangan botol. Farid Manjola dah tak sabar sedut dulu*

*Meatball nya besar penumbok kooooo*

Pastu ingat cam dah kenyang nak balik la, skalik tersinggah kat satu mall nih. Ada kedai Zoya, apa itu zoya? kedai tayar ke? nehi nehi, tu kedai tudung katanya. tasya yang menerangkannya. Oh kat tepi pintu mall ada pak gad pegang batang scanning cam kat airport, tapi takde la di scannya kami kami ini. 

*Ada promosi juai moto, bang iwan dangdut kata, moto kat Bandung murah, boleh la beli bawak balik mesia*

Mall nya kurang lebih macam kat mesia juga, takde la yang pepelik ke yang takjub ke apa. So smentara nunggu tasya cari tudun, uda ngan ateh pi ronda tgk tgk tshirt. Gue, kemal ngan adik pos pos je kat bangku situ. Yer gue ini kalau udah kenyang, cam malas nak berjalan. So kita tunggu je mereka. 

*Agnes monika posing seksi rambut terbang terbang*

*muka besau umah*

Selesai adegan beli beli tudung, kita pulang lah yer. Abang Iwan Dangdut offer pegi mana ntah, kata nya lawa ada lampu lampu la apa la, tak pe la bang, kita balik je la, badan dah nak tertanggal penat ni. Esok nya nak jalan lagik. Sampai otel, janji bang iwan dangdut suh pungut kul 8. Nak pi mana? rahsia *poyo

Farid kata: pegi la mlancong kemana mana, gue pasti suka jalan dalam mall. 

Ke Bandung kita mas 7: Chiwalk


*cuaca sedikit terik*

Setelah kenyang perut suka hati, lalu ke rumah mode la la kita. Disini jua adalah spesis faktori outlet. Memula masa nak pegi Dago dah lalu sini, tapi bang iwan dangdut kata pi dago dulu kendian nak balik baru singgah sini. Oh di sini mmg ramai pelancong asing. Dah baju baju nya pon meriah meriah belaka. 

*dua orang makcik gue*

Gua tak membeli apa pon kat sini, ater dah beli kat Dago, jadi kene la berjimat cermat tak leh membaziaq. Pastu dah selesai smua, bergambar seround dua, pastu cakap ngan Bang Iwan dangdut nak pi beli charger. Jadi tanpa teragak agak bang iwan dangdut pi bawak kedai talipon besar, ekceli dah bukan kedai kot, dah macam mall pun ada besau gila tempat ni.


Banyak gila enpon kat sini, tapi semua pun cam tak berapa nak kenal tajuk apa. Murah tu mmg murah, tapi kalau di beli lalu rosak, mmg kene campak buang je la kot, gigih kau nak datang Bandung balik tuntut waranty. Gua ada la buat congak congak kira, rege talipon berjenama cam sama je ngan kat mesia dan ada few lagik mahal dari mesia plak. So jangan berangan berangan nak beli beli enpon bagai. oh rege charger nokia tu adalah rm30, gila mahai bai, kat mesia dapat sploh hengget je pon.

*kalau boleh nak beli seguni pisang salai, sedapnya lahaiiiii*

Pastu dah beli charger, boleh la pulang dengan senang hatik. Janji ngan bang iwan dangdut datang pungut kul 7 nak pegi chimpelas. Tapi gue rasa dia tak balik pon umah, takut macet katanya, jadi dia stay je kat area bawah hotel tu ngan kengkawannya. So lepas kul 7 terus kuar, tuju cihampelas. Bang iwan dangdut kata pi chi walk dulu, apa cam pelik je namanya. Rupanya nama nya cihampelas walk, suka suka shortform kan ia. Chi walk was like a mall je pon, tp more like open mall. Biasa biasa je dalam itu. Pastu dah settle pi la jalan jalan sekitar cihampelas.


*Dodol pelbagai kaler*

Ada banyak kedai jual baju bajan, kedai jual kerepek bagai dan ramai jugak jual barang kat kaki lima. Kalau bebetul menawar, boleh dapat murah. Singgah kedai kepek tu beli pisang salai, trus bukak lalu ditelan sepanjang jalan. Sedap ya amat. Lagian murah, kat situ jual 15,000rp, kalau kat airport sampai 30,000rp, apa aje gila sekali lipat mahal.

*uda ngan adik tgh mengayat budak jual tshirt*

*Besar gila kau slyvester stalone duk atas tu*

*Nona nona sibuk beli Fm ngan keychain, yang dua ekor ni sibuk la nak jual dodol nggan anak patung, ishkk, ada yang mai jual jaket la, strawberry la*

Selesai kat cihampelas, terus pi makan, oh kat sini kedai kedainya tutup jam 9-10mlm, jadi cam awal la jika dibandingkan kat mesia. Kalau korang pegi sini, jangan pula feel feel cam kat uptown, bukak sampai ke subuh ke hapa. 

Sambung laie..

Farid kata: pening pening upload gambo ni

Thursday, February 27, 2014

Ke Bandung kita mas 6: Sangkuriang yang riang ria


*Dikejutkan dengan kehadiran wanita misteri*

Jikalau ke Bandung silalah ke Sangkuriang, serius berbaloi. Ok dari Dago tu, cakap ngan abg iwan dangdut nak pi makan ayam penyet. Trus trus dibawa ke Sangkuriang. Memula mmg takde ide pon nak ke Sangkuriang. Bila dah balik dari sini baru cik mok duk msg suh makan sini. Baru tau sedap rupanya.

*Wanita misteri menjual kologen sudahnya*

Menu nya ada pelbagai. Pilih je nak makan apa. Rege? nggak usah khuatir mas, smua boleh dirunding. *matik la gila. Harga pun berpatutan. Tak de la mencekik darah ke apa. Yang penting makanan nya sedap sedap dan bebas dari cirit birit. Oh lupa. Cirit birit amat di menghantui benak gue sedari sampai di Bandung ini. Gila takut kau. So kene lah berhati hati dengan apa yang kita telan.

*kemal telah membeli sekotak sbb tertawan benar ngan wanita misteri ni*

*Sambung balik berkhayal smabil tunggu makanan*

*Agak agak nya la kan, kalau kita order ikan, dia cedok dari dalam ini ke ek?*




*tempat duduk bahagian dalam restoren*


Jadi jangan lupa untuk ke Sangkuriang ya

Farid kata: makan smua sedap belaka

Ke Bandung kita mas 5: Factory outlet yang bisa buat kita jadi gilak


*Panas terik oh waktu ini*

Kalau ke Bandung tidak sah jikalau tidak ke Dago, dimana letaknya banyak factory outlet. Ada yang berkata, baju nya mahal mahal belaka, ada yang kata tidak berbaloi. Tapi bagi gue, sangat lahhhh berbaloi u know. Kat sini ada banyak kedai, so pilih je la nak masuk mana satu, rombongan nona nona masuk beberapa kedai, ada satu kedai ini, gue amat suka bangat sih. Baju nya murah kotttttt.

*Adakah eskrem di Bandung ini di panggil es lilin? yang penting jenama tuyul*

Memula cam kesini cam tak mo la beli pape, jenjalan je la, sekali terjebak nostalgia, terbeli jugak. Ok contoh yang murah la ek, cam Cardigan nak pi keje tu yang laki laki punya la. Kalau kat KL chap Padini lepas diskon dapat la rm69.90 kan? kalau kat sini chap Banana republic hanya IDR129,000 kurang lebih rm36 je! murah kan? so beli dua terus, tamak. (nanti ku eksen di blog ini sambil memperaga kan ia)


*kelas ko jah, pakai cantik cantik tapi berkaki ayam*

Ada gak yang few kedai cam tak best je, bukan apa, jenama jenama yang tak pernah dengar, pastu rege cam sama je kat KL, so kita abaikan, nona nona skalian membeli baju anak buah, baju anak anak, baju somi, baju anak buah. Kemal pulun tshirt topman, rege rm20 je kurang lebih. Mmg boleh jadik gila membeli.

Ok sambung..

Farid kata: satu entri, gambo tiga ketul, lantak la bai

Wednesday, February 26, 2014

Ke Bandung kita mas 4: Pasar baru oh pasar baru



Ok bermula dengan hari yang baru dan semangat yang kental dan jitu, bersiap siap dahulu untuk bersarapan. Chara hotel ini menyediakan sekali sarapan nya, jadi tak payah pusing pusing kepala nya memikir kan mana nak sarapan. Masa kami ini berpergian adalah hari bekerja, jadi mmg tak ramai orang kat otel ni, so dia tak buat buffet, di berinya beberapa pilihan menu, pastu pilih, pastu dorang masakkan. Bagus la takde la pembaziran sangat.

*amboi ateh sempat lagik peace peace bagai*

*Belakang dereta kotak kayu tu adalah bilik adik, tasya, uda ngan ateh*

Ruang pemakanan nya juga amatlah selesa. Takde la hiruk pikuk macam hotel hotel bertaraf bintang lima. Air minuman kene amek sendiri. 


*apa rambut cam kene ribut*

*Keropok moni, keropok moni*

*Macam spagetti yang di jual di spital*

Udah berjanjian ngan Iwan Dangdut untuk pikap kami jam lapan waktu bandung, kalau ikot waktu mesia mmg kelaut la. So destinasi cinta yang pertama adalah Pasar Baru, yer pasar baru menjadi sebutan dari kat mesia lagik. Ater bawak rombongan nona nona, membeli belah je la aktibitinya. 

*Muka tanter yang jual telekong ni cam elly suriati*

Abang Iwan Dangdut adalah bagus skali kerana berpakir di tingkat atas, jadi kami kami ini tak perlu la mengharung segala macam umat kat bahagian bawah pasar baru ini. Yer kauuu baca blog smua cam menakutkan, kata ramai benar peminta sedekah, ramai sangat orng menjual jual pastu paksa orang beli la. So Iwan Dangdut telah mengambil pendekatan untuk menyelamatkan keadaan. Syabas.

*Kemal dah sesiap beli telekung tuk makwe nya, so duduk diam diam*

Dan disebabkan sampai pasar baru ni pagi buta, makanya banyak kedai baru je nak bukak. Korang jangan tak tau di sini, asal nama je perniagaan baru mula nak meniaga di pagi hari, masing masing duk sebut sebut "harga pecah telor" la, "harga pecah ketuban" la. Konon bagi diskon hebat la. Pertama tama pi beli kedai telekung. Maka berborong la nona nona sekalian arakian kisahnya. Yang pria pria duduk redho di depan kedai. 

*Beginilah gaya memilih kain*

Dah selesai dengan telekung bagai, jangan ingat boleh pulang begitu saja, tu kira cam baru pembuka kata je. Jadi ke kedai kain plak. Satu kedai ada sampai tiga lot, pengsan la nak milih kain ni. Tapi apa apa pon tiap kedai mmg ada sopa untuk bapak bapak rilek, tak yah la stress berdiri menunggu orang bershopping. harga kain adalah murah melampau.

*punyalah banyak kain, ujung ujung gue sendiri tak beli pon tuk baju raya, lantak sana*

Makcik makcik gue udah kerambangan mata. Abis segala kain kuar masuk stor. Layan kan je. Satu kelebihan lagi kalau pegi kedai besar ni, anda bakalin tidak di ganggu gugat oleh penjual penjual yang memaksa maksa membeli itu ini, dorang takkan masuk ke kedai kain ni. Satu lagik, kalau mereka mereka ni datang pun kebanyakkan yang paksa beli ni gue cakap sekali je tak mo, pastu dia pun blah. Muka garang gamaknya. kekekeke (buat buat muka genghis khan)

*Kopinya manis melecas, tapi disbb kan free, ko telan je la*

Dan yang paling best siap hidang kopi ngan kek bagai. Bagus betol serbis kedai ni, tapi gue rasa mmg dia akan serve kalau dah berkulat berlumut ko duduk kat kedai tu. Kalau takat beli sepasang je kain, takde mana la dia hidang. kalau dia hidang jugak, baik tukar dari kedai kain jadi kedai makan. Ok farid gila. 

*Macet terussssssss*

Makcik makcik ini selesai membeli belah awal dari waktu yang dijangka kan. Pastu kami kami ni naik ke parkir, iwan dangdut nya plak takde. Oh smalam nya dah beli sim pek simpati, dan lalu di sumbat sim itu di enpon ateh, tapi malangnya, fonnya dah abis bateri plak. Ater kat bandung ni gamaknya mmg pakai dua pin je, agak agak kalau charger korang tiga pin, mmg hazab la nak membeli charger baru plak. So nak tipon iwan dangdut sudah jadi satu masak elah, smentelaah menunggu iwan dangdut, nona nona sudah masuk ke dalam kedai kain di bahagian parking plak, ujung ujung tinggal gue sensorang tgh tgh parking tu. Rupanya iwan dangdut tgh makan, sian dia. Bergegas dia pungut pastik bag hasil shoppingan lalu disusun cantik cantik lam kete. 

langsung ke destinasi seterusnya....

Farid kata: Gigih mengingatkan jalan penceritaan

Tuesday, February 25, 2014

Ke Bandung kita mas 3: Chara Hotel yang tiptop


*tengah cek in, deposit murah kot IDR100,000 je, kat mesia tak dapat yer, gue pernah duduk hotel satu malam rm338, amek deposit rm800, tak ke rasa nak sawan?*

Setelah meredah jalan yang huru hara sampai lah juga ke Chara Hotel ini. hotel ni adik yang carik lam Agoda. Gue mmg fokus pada pencarian supir sahaja. Jika di gandingkan harga dan keadaan hotel ini, mmg berbaloi baloi. Cam jauh la langit dan bumi kekdahnya hotel bajet di mesia ini. Chara hotel ni mmg tak macam hotel bajet. Dari serbisnya, keadaan bilik nya smua bagus bagus. Bintang lima

*Salah bilik sbenarnya, bilik kami diatas kekekeke*

*Cozy oh*

Gue ngan kemal satu bilik, adik, tasya, uda ngan ateh satu bilik berempat. Lain tingkat, tapi ada la talipon lam bilik, so nak meroger roger tu bisa aja. 

*tempat berak*

*Ada slipar bagai*

*Berus gigi pon ada*

*Bukak tingkap nampak pusat tomoi wanita*

*Ini bukan petrol*

Pada korang yang nak ke Bandung ini, sesuai la menginap di hotel ini, oh ya, sarapan diberi setiap pagi, jadi usah khuatir. 

Farid kata: tetiba rasa cam ngelat bikin entri ni tak banyak naip

Ke Bandung kita mas 2: Paris Van Java + Nasik Padang


*Peace katanya*

Okeh dari airport terus ke Paris Van Java, gue pun nggak tau apa yang relevan ke sini dulu, adik yang petik kata pi sini dulu, so supirnya ikot je. Oh Supir nya nama Bang Iwan, bukan iwan dangdut daun pisang tu. Dia ni umur dalam awal 40an. Tapi dia ni bagus, nanti gue cerita apa kebagusan nya.

*ketatnya pompuan suar bunga bunga kat blakang tu (matikla sibukkan orang keliling)*

Paris Van Java ni cam mall je, macam macam ada, sogo pon ada dalam ni. Jadi tak de la banyak perbedaan ngan mesia pun. Dah meronda ronda, pastu memasing duk kehausan, benti kat Jco, minum kopi ngan makan donut. OO kat mesia tak pandang pon Jco ni, kat indon, tu la dihadapnyaaaa yer. Lagi pon kedai kedai lain cam tak pernah dengar. so hadap je la.

*Penuh meja ngan donut*


*Pos senget namanya*

Lepas dah kenyang kat Jco, adik kata suh pi makan nasik padang la plak, macam macam betul ko ni dik, walhal bukan baru ke melantak donut tadik? pastu Bang iwan ni tau je la kalau orang mesia ni ke Restoren Sederhana je la yang di suakannya. Sbb gue baca lam blog blog pon, smua rakyat mesia ini kalaunya ke Bandung itu, ke restoren sederhana ini sahaja lah. 


Dari segi harga dan kualiti makanan smua okay je, cuma cuma cam ada few makanan yang tak dapat dikenal pasti apakah nya itu. Contoh cam Jengkol, memula nampak cam cendawan, skali bila letak kalt mulut rasa Jering, jering la jawapannya. Tak pasal kene bayar kan. Pada yang pandai nak agak, kira okay la, pilih sesiap nak telan apa, mana yang tak mo, tolak tepi sesiap. 


Dah kenyang gendang gendut tali kecapi, baru terfikir nak cek in hotel, sbelum ni duk la pikio nak makan sesaja. Gue duk sebut Hotel Chara ngan bang iwan tu, tak di paham nya plak, takkan kat Bandung sebutnya lain kan? kuar slip agoda tu, haa baca sendiri, tgk alamat sendiri, baru dia paham. 

*Pagi petang siang malam, macet terus*


Sambung lagik...

Farid kata: Masih berbaki lagik duit rupiah ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis