Tuesday, November 23, 2010

Laksa kebaboom

*Smua benda atas meja nak dicapai nya, kene berhati hati, kalau idak bermandikan kuah laksa la gamaknya*
Day 2: Masih berkisar dalam hari kedua, pitam la banyak naw part lam satu hari kan. Senang la aku elobrate satu satu. Kang kalau aku sumbat smua lam satu entri nampak sangat kemalasan menguasai diri ini. ok ok back on track, dari telok bahang kami stop makan laksa. kedai laksa ni dekat tepi jalan je, so kompom la tak sesat barat. Inbetween telok bahang dan feringhi.



*senyum lebar dapat makan laksa*

Kat kedai ni ada jual laksa, rojak buah dan segala macam nasik grg mahupun gorengan yang lain. Lokasi tepi pantai. Ko bayangkan makan laksa di tepipantai sambil angini bertiup kencang. Laksa tersebut diserikan bersama otak udang. Tapi tak leh taruk banyak nanti kemasinan, pastu ko dapat darah tinggi. Bungkus laksa ngan rojak buah utk mama. Then aku rasa makanan sini adalah sikit mahal la. Sikit je pun huhu

*Ni hanya lakonan semata*


*Pakcik ngan anak buah dedua boncet*
Dah lepas makan makan, bantai berjalan kat pantai, Ibam ngan jalina dah tersandar sbb kekeyangan. So aku bawak ikhwan turun, wah kemain sonok dapat pijak pasir. Walaupon rumah di tepi pantai, kami tatap teruja, nampak naw sangat kesian hahaha

So berakhir hari kedua, next n3 pls

Ps: everything clear, tak mo serabut serabut. Buang smua jauh jauh

Friday, November 19, 2010

Pose + Laksa = Great evening


Day 2: Setelah puas merehat rehat kan diri, malah siap tidur berdengkur bagai. Maka bersiap lah kami untuk ke Taman Rama Rama Teluk Bahang. Mama ngan apak aku tidak ngikuti rombongan ini. Penat katanya. So kami kami adik beradik ni jela yang pegi. Tapi hampes Taman rerama tu ketutupan, aterr dah pukul lima lebih. So beralih rancangan lain trus proceed ke empangan teluk bahang.




Pemandangan di empangan ini adalah saujana mata memandang. Sesuai benarlah untuk mengambil gambar. Cuaca pun adalah redup dan angin bertiup kencang. Nyaman je rasanya. Kalau lah keadaan sperti ini ada di KL alangkah bagusnya. *berangan kau

*kaver mata sbb mata membengkak akibat tidur*


Tak silap aku, kami pernah kesini dulu kala. zaman muda muda la kut. Kehkehkeh


*Bila bergambar sila sebut ipipipipipipip, pasti ikhwan gelak*


*Feeling woman sangat ko kan dik*

Gambar di atas kemain la payah nak snap, sbb di lereng bukit yang dipenuhi lalang dan kemuncup. korang tau kemuncup kan? yang melekat kat baju ngan sluar tu. Hazab betol, sib baik tak miang miang.
Dah penat bergambar, tiba masa untuk makan laksa la plak, ayuh!

Thursday, November 18, 2010

Jalan selagi boleh jalan


Day 2: masuk hari kedua, sudah siap sedia mau pi jalan jalan, apa yang peliknya, nak pi shopping kompleks lak. Bukannya nak pi tempat bersejarah ke hapa. Tak pe la, janji berjalan kan. Lokasi pertama adalah Gurney Plaza, sangat mudah pon nak kesana, kuar dari feringhi, jalan trus je sampai jumpa Gurney plaza ni belah kanan. Kira tak pakai GPS pon ko leh sampai la. 


*Pelik naw mama pandang ko dik*

Nama pon dah dalam mall, maknanya ko pi je la kedai kedai yang sama gak terdapat kat kl ni. Topman, mis reed, quicksilver, FOS, Padini concept store, memacam lagi smua ada je lam ini mall. Parking pun agak mudah juga. Dah settle sesi membeli belah singgah mcd, pastu sambung laie jalan.

*Haus penat berjalan kekdahnya, sayang nya ko tak leh minum esblended ek huhuhu*

Dari Gurney plaza, trus pegi Island plaza plak. Shopping mall gak tapi ini shopping mall ni tak semeriah Gurney plaza. Yang paling gempaq pon ada Metrojaya lam ini. Pas penat jalan Ibam sudah kasik cadangan duk minum kat coffee bean sbentar. Hilangkan dahaga katanya.

*Tgk tu, baik je duduknya ngan apaknya*


Dah settle kat coffee bean, pegi cold storage beli makanan yang patut patut then trus zas balik resort, atter kaki dah nak patah berjalan. Berperancangan utk petang pula.








Tuesday, November 16, 2010

Penang tunggu, ceq mai

Day 1:

Penat pangkor tak abis lagi dah sesiap nak pi penang lak. Memula aku adalah 50-50 mau pi, membayangkan aku baru bercuti pada hari jemaat sbelom tu, tapi alhamdulillah rezeki dapat gak bercuti. Perjalanan di mulakan pada hari rabu seawal kul 8 pagi, ekceli aku dah bangun kul lima, aterr smua pun berdengkur lagi makanya aku sambung la tido. huhuhuu *yer aku mmg kuat tido



Smua pun adalah bersungguh sungguh mau bercuti, sbb ni adalah percutian yang pertama tama kalinya ngan ahli kelorga yang lengkap. Aku seperti biasa, tak de la duk prepare pape, capai je mana baju yang dapat, laptop, earfon, beg toiletries dan sbgnya. Lagian dah ada cek list, so sonang baitu



Memula muka adalah sronok sangat la kan, tapi bila dah lama duk lam kete rasa lebam menujah nujah dalam hati. Separuh jalan stereng bertukar tangan, aku lak yang jadik supir, lagi tambah lambat la nak sampai, kata drive cam pakcik tua bangka 


*tetiba dah ada lam feri kan, camna? pantas la kiranya, walhal aku drive cam siput*



*ikhwan tarak banyak bikin hal bila ngan apaknya*




*hah dah pandai bergelak ketawa budak ni, tambah tambah ngan atoknya*













Sesampai je kat penang, aku pun on je la GPS apak aku, since mendalah ni pun baru beli, makanya aku la mengeksperimen kan mendalah ni, memula main taram je la set batu feringhi, ntah mana mana alamat ntah, janji ada batu feringhi. Padahal adik aku tau je jalan ke feringhi dari feri. Then aku pon berkeras la kononnya nak ikut GPS tu. Skalik hamek ko diheretnya masok town. Ngan trafic lait berlambak lambak. Keras lam kete. Nasib ko la, siapa suh bijak laksana pi bantai ikut GPS tu. Sila tanggung padah. Tapi sampai la gak ke resort yang dituju. Alhamdulillah




Pas dah sampai trus baring pastu terlelap di minit pertama. Ater sesubuh gajah dah bangun nak kemari. Sambung la

Capek deh capek

"ni bukan capek tapi si capik, sian deh lo"


Aku adalah kecapekkan, smalam dah cuba load pics yang berkuantiti sebanyak 714 keping, trus hang laptop aku, aterr lappy buruk, mananya tak hang nak sekali harung transfer gamba sebanyak itu. Dari cuti cuti penang membawak ke majlis nikah Jiji.

So tarik napas dalam dalam, aku akan usahakan sebaik mungkin untuk memuat turun smua gambar yang ada. lepas nak muat turun nak pilih lagi. so agak memakan masa. Aku dah siap menaip cuma gambar je tak masukkan lagi.

Insyaallah malam ni kalau tak de rintangan aku cuba selesaikan.



Tuesday, November 9, 2010

Coconut shake yang melethop?

Last saturday, ibam ngan jalina sudah kasik idea mau pi ngabiskan masa di mlaka sana. So aku tanpa berfikir panjang trus la stuju, since aritu dorang ada ajak gak tapi aku kemalasan mau kesana. Ater waktu cuti la kene duk umah sampai lebam.

So, kluar round 11.30am then lalu klebang, dan dan ibam kepingin mau coconut shake. Aku dah melintas kedai ni banyak kali jikalau ke mlaka, tapi tak pernah terfikir pon nak singgah. Sbb nak beratur punyalah panjang berjela. Tapi pada hari berkenan, panjang ukuran beratur nya tak lah seperti biasa, pendek je. Trus ibam yang pi bratur, yang lain smua pose pose lam kete.

Ermm rasa cam biasa je la kut. Air kelapa di blend ngan air batu then ditambah aiskrim, cuma eskrem yang digunakan adalah bertajuk walls. So rasa nya tidak begitu menghampakan la. Harga hanya rm1.80 secawan, dan puas hati la ngan kualiti rasanya.


So lepas pekena coconut shake itu, pejalanan di teruskan ke Dataran pahlawan sana, jalan adalah menyesak, like smua pon berpusu pusu nak pi sana. Luckly parking agak mudah didapati. So dari sana bergerak pula ke JJ melaka raya. then 830pm baru sampai umah. Gila ringkas kan aku cerita. huhuhu

Ps: nak cuti nak cuti nak cuti!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis