Ok, selesai sahaja ronda Penang, Ke Bukit Merah Laketown Resort la pula kita. Mana letaknya Bukit Merah ini? korang masuk haiwey ke Utara, pastu jalan je terus nanti ketemu exit nya, then lepas bayar tol, ada lampu isyarat, pastu kona kanan then tepi tu aja simpang ke Bukit Merah ini, jangan korang bantai terus seperti mana gua buat yer, sib baik apak gua tak naik hantu sbb sesat, adik pulak, dah nampak pintu gerbang tersebut, tapi buleh buat buat tak nampak, uihhhh sila alert lebih sikit dik.
Kami adalah mengambil Water chalet yang bernilai Rm400++ satu malam. Namanya pun water chalet pasti la rumah atas air, takkan rumah atas pokok pula. Letak nya adalah nun di hujung resort yakni berdekatan dengan taman hidupan liar. Bila da sesiap cek in, bayar apa apa yang patut, then budak bell boi akan hangkut smua beg beg lu, dan seterus nya menghangkut ngan lu org skali ke chalet yang berkenaan, sonang, tak berpeluh keti nak angkat beg semua.
Bilik ini mmg lah muat utk empat orang sahaja, lebih dari empat, tidur lah kat serambi atas air, tapi harus diingat, ada satu katil besar dan satu sopa, jangan main gila nak kene tidur atas sopa pula. Sopa tersebut adalah sopa bed, yang boleh transpom jadi katil, selepas ko menarik beberapa part dari sopa itu jadilahnya katil yang berkriuk kriuk bunyinya hingga mama suh aku tidur jangan gerak, camna ma, ayit nak tidur tak gerak? bedung satu badan ngan selimut la kut baru kejung keras tak gerak. Bayi konon.
*ini adalah bahagian menyalin baju, tapi part ni gua rasa macam umah kampung pula* |
Setelah cek in dan berehat rehat, gua dan adik mula mengatur strategi lalu ke kaunter tiket yakni kene berjalan jugalah sampai berpeluh keti, lalu membeli tiket yang berpakej, taman hidupan liar dan Pulau orang utan. Eh di sini juga terdapat taman tema air, tapi gua sudah awal meng-warning adik supaya jangan mandi jikalau tidak lu akan bertukar kaler di sebabkan cuaca yang panas nak mati.
Farid kata: Main petik petik nama mmg sedap, tapi kalau dah kantoi mmg tak sedap mana pun
No comments:
Post a Comment