Peringatan: Ini adalah entri paling banyak gambar dalam sejarah pemblogigan gua.
Ok stelah berhempas pulas menahan panas terik. Jadi balik chalet, minum air sejuk banyak banyak, lepas tu gitau sama mama ngan baba, ayuh kita ke pulau orang utan pula. Bot terakhir adalah pukul 445pm, jadi kene lah jalan laju laju kerana jeti ke pulau itu dan chalet itu adalah jauh buleh tahan juga. Oh kalau lu orang mau tau, nak ke Pulau Orang Utan itu kene lah menaiki bot ramai ramai.
|
*Alhamdulillah walau berusia, mak apak gua menten jalan jauh cam slamba je* |
|
*siap bersila, macam duk kat umah* |
|
*Bot besar rumah, tapi penumpang 8 orang termasuk pakcik drebar* |
|
*itulah chalet yang kami tinggal* |
|
*rumah tokei tempat berkenaan* |
|
*Gua dan mama yang gua paling sayangi sedunia* |
|
*Bergaya dengan selipar jepun rm69.90* |
|
*mama dan apak kesayangan gua sedunia* |
|
*Ketua rombongan selaku ajk, setiausaha, pengerusi, bendahari, smua dia* |
|
*dari kejauhan pulau itu* |
|
*Dari kedekatan pulau itu, ok serius gua dah tak tau nak letak caption apa* |
|
*Pura pura baca keratan akhbar, walhal keratan akhbar cina* |
Di Pulau ini menempat beberapa ekor orang utan, dan lebih kepada projek pemuliharaan, lu orang patut pergi ke pulau ini, kerana setelah melihat orang utan ini begitu dihargai disini, maka timbul rasa kesedaran demi menjaga hutan piutan di negara ini. Semua orang utan yang dilahirkan disini diserta kan dengan surat beranak. Kesian tgk baby org utan yang ketiadaan ibu nya, gara gara dibunuh pemburu haram jadah. Disini disediakan pemandu pelancong dimana akak ini akan memberi penerangan terperinci tentang kehidupan orang utan juga projek mereka. Akak ni mmg kool, boleh tanya soalan itu ini, smua dia jawab slamba je. Tapi jangan pulak lu tanya soalan pukul berapa air pasang surut kat pulau tu, soalan cari gaduh la tu.
|
*Yg dpn skali itu adalah akak itu, tak sempat bergambar secara proper bersama beliau la pula* |
|
*penjaga nya bagi makan limau, ujung ujung diludah nya bijik limau pada penjaganya, alahai* |
|
*akak tu kata yang ini konon konon memakai payung, panas katanya* |
|
* Yang ini pula adalah ketua dan yang paling kertu dalam banyak banyak disitu, setelah beberapa kali terlibat dalam siri pergaduhan melibatkan siapa lebih dominan, secara semulajadi akan generate hormon dimana akan membesarkan leher dan mukanya, dan akak tu kata, stakat ni belum jumpa tukang guting rambut yang rela nak trim bulu org utan ini* |
|
*mengintai keadaan di luar, manyak comel* |
|
*Comel gila anak org utan ini, dijaga seperti menjaga anak manusia juga, pakai lampin, minum susu* |
|
*Menurut akak tu, seekor itu dipisahkan dari ibunya kerana ibunya membiarkan beliau begitu sahaja selepas dilahirkan, dan seekor lagi dijaga oleh manusia kerana ibu nya tekorban selepas bersalin, mati beranak la, nanti mak dia jadi pontianak* |
|
*nak bawak balik sekor* |
|
*Yang ini diusia remaja, kemain la nakalnya* |
Akak tu kata lagi, pulau orang itu adalah projek perlindungan kedua selain sepilok, dan tak de lagi tempat lain sbegitu didalam dunia ini. Cam sedih bila akak tu cakap camtu, sbb kalau pusat perlindungan sebegini tak boleh survive disebabkan dana, tak mustahil juga orang utan akan pupus. anak cucu kita hanya dengar cerita kita dan melihat gambar sahaja.
|
*Setelah membeli beberapa helai tshirt juga gambar yang telah diambil lalu membuat donation, marilah kita pulang, babai orang utan smua, smoga sihat dan hidup dengan baik* |
|
*dik ko sedey sbb org utan makin pupus ke?* |
Masa balik tu kami sempat singgah food court disitu lalu setelah kenyang, gua ngan adik mencuba apa kenama teknik celup kaki dalam kolam ikan tu? rm15 untuk dua puluh minit rasanya, gambar dah lupa mana gua taruk, lu orang imejin je la. Masa memula celup, ikan kerumun, mautnya geli ya amat la hai. mengekek ngekek ketawa, tahan geli.
|
*Dah sampai umah. Yeay buleh mandi*
|
Farid kata: Kalau lu orang ada masa terluang, lawatlah pulau orang utan itu, gua mmg syorkan sepenuh hati. Nak ke sepilok sana pasti la dalam anganku sahaja, jadi yang ada dekat ini lah kita lawat. Timbul kan kesedaran lalu menderma smoga dapat membantu pusat pemuliharaan tersebut.
No comments:
Post a Comment