12 April adalah harijadi mak kita. Jadi kita satu keluarga pegi makan di hotel. Hotel apa? hotel alson klana di seremban. Disebabkan tiba di hotel malam, makanya keadaan sekeliling macam suram dan seram. Tapi kita apa peduli, kita nak pegi makan bukan hendak duduk dalam hutan tunggu hantu mai, pastu jerit, unkel! unkel!.
Keluarga kita semua ada kecoli adik lelaki kita yang sibuk benar bekerja pagi dan malam upama mahu mengumpulkan duit mengerjakan haji. Tinggallah isterinya juga anaknya yakni anak buah saya. mak kita dan bapak kita juga adik perempuan kita turut serta.
Semua orang memesan makanan alakat. Tiada siapa pun mahu makan buffet kerana mereka tahu mereka tidak kuat mana pun makan sama seperti kita. Kita makan ciken cop yang digoreng. Bersama air tembikai susu yang tidak manis langsung. Lepas kenyang makan ayam, kita makan eskrem pula. eskrem yang ada pisang sebijik dibelah dua. Ada orang memanggilnya banana split, tapi dalam menu makanan itu di tulis banana bot. Tapi kita apa kisah, kita telan je, dah dalam perut apa rupa bot atau kapal, tiada siapa peduli.
Disiang hari pula, kita jaga anak buah kita kerana ibunya bekerja lalu kita tidak sampai hati ingin menghantar anak buah kita ke rumah penjaganya. Jadi dengan rela hati kita jaga. Untuk mendiamkan beliau, kita bagi ipad, bukak youtube selepas itu mainkan video lori, traktor banyak banyak sampai bateri abis.
Selepas bateri abis, lain pula kerjanya. Sesambil nyonyot botol susu, seperti penyiasat upahan senyap senyap beliau bermain wax rambut kita. Mungkin beliau ingat wax rambut kita itu losyen lembutkan kulit, makanya beliau sapu keseluruhan mukanya. Katanya mahu menjadi seperti kulit neelofa. Tapi malangnya kulit beliau tidak lah sehalus mana bahkan di jeritkan lagi oleh ibunya yang baru pulang dari kerja.
Published with Blogger-droid v2.0.2
4 comments:
si montel yg comelsss...
Susu anak buah tu ko yg buat ke dik? Bagusnye pak sedara lum kawen dah pandai jaga budak..calon suami pilihan.... ekekke...
comel dan melasak
dia punya keyword "paklong, nak nenen"
Post a Comment