1. Jangan terlalu obses dengan kesempurnaan- Sesetengah orang meletakkan tekanan keatas diri untuk menjadi sempurna. Ingat, nobody is perfect! Jadi diri sendiri, anda pasti disenangi jika menunjukkan siapa diri anda sebenarnya. Bersyukur dengan apa yang ada.
2. Cari port yang banyak memberi anda inspirasi dan membantu mencetuskan kreativiti- Setiap manusia unik dan tersendiri. Cara kita mendapat ilhamjuga berbeza. Mungkin anda suka tempat yang tenang dan punya privasi seperti atmosfera malam dan sunyi. Ada juga yang sukakan gig dan tempat bising. Apa jua tempatnya, asal saja dapat mengekspresikan diri anda, layan saja.
Pilihan saya : Kuala Lumpur International Airport, love plane!
3. Eksperimen dengan medium yang berbeza- Jangan takut mencuba sesuatu yang baru. Namun, jika ia tidak lagi minat anda, berhenti dengan serta merta. Tapi, bagaimana mahu tahu di mana tahap anda jika tidak mencuba.
Pilihan saya: Potongan rambut baru beri lebih keyakinan.
4. Meditasi- Relaks, bebaskan diri anda dari tekanan. Jauhkan diri dari sebarang anasirluar yanng bisa merosakkan emosi. Tempatkan diri anda di ruang peribadi yang membolehkan anda bermidatasi. Mungkin dengan melakukan senaman yogaboleh menjauhkan diri anda dari tekanan.
Pilihan saya: Baring dan mendengar muzik sangat menyenangkan.
5. Eksplorasi- Jika anda fikir anda mungkin berminat dengan artifak sejarah, pergi ke muzium dan anda akan dapat banyak informasi. Jika anda suka menulis, membaca pelbagai buku dan menyelidik penulis buku klasik, lakukannya. Ini salah satu pendidikan kendiri yang membezakan intelektual sendiri dengan orang lain. ia kesediaan untuk meneroka, mempelajari dan menemui.
Pilihan saya: Mahu beli buku "How to land Airbus A330" oleh James May
6. Gerakan minda dan catatkan emosi- Ia boleh menjadi coretan, jurnal, lakaran atau puisi bertujuan untuk merekodkan emosi di tempat yang tiada siapa boleh melihat anda. Cara ini bagus berbanding melontarkan ekspresi kepada objek contohnya vandalism.
Pilihan saya: Blog juga medium yang sering digunakan, tetapi hati hati ketika menulis ya.
7. Ekspresikan kata cinta- Just by simply saying "I love you". Tetapi kepada yang malu untuk meluahkan kata cinta ia boleh bermula dengan tindakan dan isyarat badan. Jumpa famili dan kenalan rapat si dia, ini salah satu langkah merapatkan hubungan.
Pilihan saya: Hantar pesanan ringkas setiap pagi.
6 comments:
menarik
takder pon dpt sms kau.
whatsapp ada lah tetiap pagi. #ehspekusangat
: )
Hey tu msg lain kak oi #tariktudungko
aku suka dengar lagu. escapisme of tense.
betul tu, kalau tensi tensi dengar lah lagu
Post a Comment