Friday, November 30, 2012

Makan dan menang!

*choy nampak super kurus and like super teenagers*
Setelah malam menjelma maka tiba masa untuk makan malam, Seperti tahun tahun yang lepas, setiap makan malam TH ini mempunyai tema yakni pada tahun ini tema kembar dibawakan. Jadi ramai lah memakai pakai serupa pose pose kembar siam. Makan malam di serikan dengan few persembahan. Nyanyi nyanyi sambil makan. Pengacara majlisnya adalah sama dengan tahun lepas, this fella sangat funny. 

*kabur kemain, macam mata orang rabun*

*My super ex boss, Encik Abu yang humble dan  sangat baik hati*

Then Gary muncul, bersedia untuk menreveal smua jawapan yang siang tadi terbangak bangak nak menjawab. Waktu ni mula lah berkira kira berapa banyak betul berapa banyak salah. Walaupun rasa macam banyak salah, ahhh pedulikan, menang kalah belakang cerita, yang penting nya dapat duduk hotel best dan makan percuma. Itu sudah cukup memberi rahmat. 

*Ketinggian gua dan bok adalah sangat ketara, bok ko nampak kontot*

And guess what? dapat no 38?! ya la bukan top ten pon, tapi nak meletak diri di kelom 40 keatas pun azabnya upama mendaki gunung irau secara mengundur. And guess what lagi?! gua adalah bertuah mendapat cabutan bertuah juga. Alhamdulilah. 

*Our pink work horse! Sayang pink workhorse banyak banyak*




Makanan and everything was good, ada kambing, ada bbq, nasi dan banyak lagi. Cuma masa nak mengambil, beratur adalah panjang upama mahu mengeluarkan duit di mesin ATM di kala hari bonus. Lol. 

*See that lady with red blink blink dress? dia adalah penyanyi *




*Sally gergasi blocking la*

Dan lepas makan dan bergambar barang sekeping dua, kelapa dah tingtong but still nak melepak jua. Jadi ke mamak berhampiranlah kita. Sambil tgk bola sambil borak itu ini dan kemudian pulang ke bilik, gosok gigi, cuci muka dan tidur like tak pernah tidur for a week. 

Eh why la i wrote this entri so slow? tak productive langsung rasanya. It's Friday maaaa

Farid kata: Life is very much like wave. You can't change what you get, but you can change the way you ride it.

Tuesday, November 27, 2012

Mee udang seindah nama

*Pehal gua muka gua meng-gajah?! (*^&!#%% kamera ni rosak*


Di Entri yang lepas gua ada sebut lepas memburu rete ahmad albab kami ni semua pi makan mee udang kan? ingat ? tak ingat? pi makan kismis bertong tong. Ok kedainya secara terpirinci haram la gua nak tau. Tapi masih berkisar sekitar Sg Petani. Nama kedai adalah Seindah Mee Udang. Dari luaran kedainya adalah biasa biasa, tak do la meramai beratur berjela jela panjangnya. Perot dah lapar jadi ayuh kita memesan mee udang setiap seorang. 


*Tadaaa mee udang bukan mak jah*

Mee udang nya adalah biasa biasa sahaja, cuma kuahnya cam lain benar dari mee udang mak jah. Tetiba mee udang mak jah menghantui hidup. Pastu gua rasa patut telur dipecahkan lam mee udang itu, to ni diberi telur rebus, tak pe la asalkan ada tolo. Rasa nya ok la tak menghampakan. Dengan bayaran Rm8.00 sepinggan, anda diberikan sekor bapak udang dan sekor lagi anak udang. So ada dua sahaja. Ok dah tu je. *Macam kepelik benar nak review sepinggan mee udang.

Farid kata: kukus grill panggang kukus grill panggang

Monday, November 26, 2012

Jalan melancong sambil cari Harta ini Ahmad Albab yang punya.

*keliatan seperti membincangkan strategi walhal duk usha awek awek kat situ*

Ok mari kita bermula bercerita. Tarik napas dalam dalam, kalau boleh gua nak taip sekali harung. Gua cuba. Sabtu yang lepas, kompeni tempat gua bernaung ini sekali lagi membuat aktibiti mencari rete karun, mmg acara ini diadakan setiap tahun, dan dengar khabarnya ini adalah edisi yang terakhir. Sedey *sambil kesat air mata dengan hujung baju*

*Gergasi nya muka ko nok, besar rumah*

Ini adalah kali kelima gua berjoin ini cari rete karun, meh gua cerita sikit sejarah penjoinan gua didlm aktibiti ini, masa pertama kali join adalah bersama, kaktin, sopiah ngan ida. Masa tu perjalanan adalah sekitar KL - Selangor sahaja, rasanya ada placing juga ketika itu. tahun berikutnya adalah perjalanan dari kl- Awana Cherating dimana gua bertugas sebagai pemandu, sopiah sebagai navigator dan cik z dan nad menjadi pencari jawapan. Tahun seterusnya lagi, gua bertukar ahli kumpulan, dimana diserta nok, sally (ini lelaki) dan man tony. perjalanan adalah dari KL- Melaka. Pastu tahun lepas adalah KL- Legend Cherating, dimana sekali lagi ada rombakkan ahli kumpulan, seorang sahaja. Man tony di ganti dengan choy (ini melayu). Dan tahun ini masih mengekal ahli yang sama seperti ke Cherating dahulu.

*Alignment mata choy ada lari sikit, abaikan muka gua yang sembab kerana tidak mendapat beauty sleep secukupnya, cantik sangat ke kau farid nak beauty sleep smua tu?! &*(%^&^$%^*

Seperti biasa, pepagi alam adalah dikehendaki berkumpul di sasana untuk taklimat, bacaan doa dan sumpah ikrar berjanji setia. Pastu sesi membagi tulip dan soalan. Lalu bersedia untuk flag off. Tapi flag off bit lambat karna adalah hujan di pagi hari. Kumpulan gua bernama "selidik dulu sebelum melabur" kerlas tak? kerlas tak? dan competition number adalah 03. Best.

*setelah mengenakan uniform dan bersantai santai kerana Bidaor adalah jauh lagi lalalala*

Seperti biasa, tak de mananya lu nak jalan stret dari tol duta ke Sg petani terus menerus ya. Ada beberapa soalan di kehendaki kuar dari highway lalu memasuki pekan pekan pekan kecil. seingat gua soalan pertama tertletak di Bidor sana lalu membawak ke Tapah, pastu kat Ipoh pun ada. Oh lupa, nok adalah pemandu, sally adalah navigator dan choy ngan gua adalah pencari jawapan.

*Check point kat kedai mamak, mmg tak menahan, terbayang  Ghoti Canai ngan teh tarik pulak, hanjeng betol, lapar oi*

Pastu kat Ipoh ada cek point dimana peserta dikehendaki menyerahkan set soalan dan jawapan pertama kendian diberi set yang kedua. Masa ini kepala otak sudah hampir kaput dan blank. gara gara melapar dan mengantuk. Pastu perjalanan diteruskan pula ke Sg petani la kowt, eh entah tak ingat. Tapi gua ingat kami benti di hentian rehat bukit merah, sbb pundi kencing dah nak tercabut tahan kencing, lalu membeli bahan makanan untuk di lahap dalam kete. Makan nasik dan duduk bersantai di hentian rehat adalah tidak digalakkan yer melainkan lu orang mmg nak sampai lambat lalu dikenakan penalti. sanggup ke? sanggup?

*Pencemaran alam yang kian berleluasa hari ini*
*teringin nak jadi petani*
*Nok pandu cam org gila, gua pula cuba salin jawapan, penin oi nak tulis, lalu gua muntah atas kertas soalan itu, konon konon je cerita kau ni farid*

Keadaan ada sikit kacau bilau di sebabkan hujan turun mencurah di sg petani di tambah sally sudah hilang akal tak tau mana kiri mana kanan. Kenapa kau sally, tangan makan ngan tangan cebok dah keliru. Mungkin Sally kepenatan jua. ok tak pe rilek rilek sudah, Tapi dalam kepoh kepoh dan huru hara itu, alhamdulillah kami adalah manage utk tiba tepat pada masanya. Dan serah segalanya di kaunter, marilah kita bermakan mee udang dimana masa cari jawapan sebelum tu kami ada nampak kedai berkenaan dinama Seindah mee udang. Walau jauh sikit dari Hotel itu tetapi kami gagahkan jua ke sana. Eh lupa kami di tempatkan di Cinta Sayang Golf and Resort yer.

*Sally "eh cey, masuk kiri eh kanan la eh kiri la, eh aku konpius la aku gila"
Nok kata: "tu lombong, mungkin juga ada jawapan lam lombong kan*

*Ini tak de kene mengena ngan rete karun ya. Ini adalah koleksi persendirian*

*Kunci nya, gua sebilik ngan nok di bilik bernombor 896 dan sebelah kami 895 adalah bilik sally ngan choy*


Malam punya hal gua cerita next entri ya. Tetiba rasa pepening nak taip sekali harung. *Alasan nak selamatkan diri. 

Farid kata: Serba salah jadinya. aiseyman


Thursday, November 22, 2012

Raisa - Apalah (Arti menunggu)


Dahulu kaulah segalanya
Dahulu hanya dirimu yang ada di hatiku
Namun sekarang aku mengerti
Tak perlu ku menunggu sebuah cinta yang sama

Sekarang aku tersadar
Cinta yang ku tunggu tak kunjung datang
Apalah arti aku menunggu
Bila kamu tak cinta lagi




Wednesday, November 21, 2012

Berprotokol lah kau hendaknya

Ustazah Dona: "makanan dah ada bila nak makan ni?"
Kak parah: "apa la ipan ngan syirah buat kat umah ni?"

owh ini cerita sangat la lama. sampai dah lupa bertarikh bila. Kekdahnya smua kakitangan di pejabat gua diwajibkan untuk menghandiri kursus berprotokol. kakitangan di beri dua tarikh sebagai pilihan, jadi gua pilih tarikh yang pertama ini adalah kerana tak mo pening memikir kendian hari. Kursus di adakan di kawasan pejabat ini sahaja. 

datin norin nor: "dik, aku pose senget ni harap melethop la gambar"
farid: "ala kak sama je serabai ngan aku"

Di hari kejadian ada la beberapa kerat sahaja antaranya datin norin nor, ustazah dona, kak parah dan ahboy. tu smua geng smeja gua. Kursus ini di handle oleh Puan Rahimah dan berlangsung selama dua hari. Berbagai bagai protokol di pelajari, dan paling hazab pasti lah bab makan. Hazab lah sangat. Dari berjalan, pemakaian dan hingga ke makan smua dia ajar supaya lebih berprotokol. Kat sini gua sumbat gambar untuk dua hari sekali harung, nak cerita satu entri sehari, cam err err err ko pemalas sebenarnya kan farid.

puan rahimah dari kejauhan

*sayur sayuran yang harus di racik kecik kecik sebesar kutu baru boleh masuk mulut*

*Dah licin baru reti nak amek gambar*

*lu orang bayangkan ayam sebesar rumah ni kene kerat sebesar ujung jari kelingking sahaja sebelum masuk mulut,  berjam nak abiskan*

*tu bukan sirap tertumpah ke apa, tu mmg reka bentuknya camtu*



*ini lah kumpulan yang ciput itu, nanti second group lebih dari separuh opis  attend*

*apa ni snap org tak sedia*

*berani mati kau amek gambar nari gangnam duet ngan ahboy, datin norin nor tak payah nak sailormoon sangat*
ok dah abis, senang nya keje ko farid kan, sumbat gambar banyak banyak, taip ciput, letak caption sebijik dua, dah jadi satu entri. Laalalallalala

Farid kata: Seronok kusus ngan makan sesedap, tak seronoknya, lepas makan nak merokok kene jalan jauh ke kawasan merokok, ishkk

Tuesday, November 20, 2012

Mari berjalan jalan tgk minatang sempena pesta cahaya

*makan jagung dalam bugee adalah trend masyarakat metropolitan*

Bersempena cuti deepavali itu hari, gua takde idea mau kemana, ingat mau duduk umah sahaja, tapi cam rasa nak berjalan, jadi kemanalah lagi selain ke Zoo Negara kesayangan hamba. Jadinya Phewit sama kemal jom pi zoo. Yer, gua adalah peminat setia zoo zoo di Malaysia. Lepas membeli tiket marilah kita menaik bugee, now days dah kene cas sebanyak rm3 seeorang. Katanya ia sudah di sub kan pada kompeni luar. Me okay with it. Bila kene bayar org tak ramai nak naik, bila orang ramai tak naik, jadi gua nak naik jadi selesa.

*Kasih mak pada anak zirafah, sayang betul kat anak dia, nampak tak? tak nampak?  nmpk sangat lu orang tak sayang mak lu orang*

Yer gua adalah pemalas berjalan kaki, jadi mari naik bugee itu, sambil jalan sambil snap, walaupun dah berbelas kali kesini, keterejuaan mengunjungi zoo negara ini tidak pernah luntur walau sedikit pun nya. Nikon 1 gua ini adalah sedikit kesialan*termencarut pula*, dimana agak kepayahan mahu mensenap gambar sambil bergerak. Padan muka kau farikh, nak sangat stylish, terima lah padahnya. Tapi ianya ringan. *nak jugak bela diri

*Bontot gajah*

*nama hanjeng laut ini adalah Bad dan cikgunya Mr J*

Pukul 11am ada pertunjukkan minatang. Ada burung, hanjeng laut, burung bangau botak dan bermacam macam lagi. Punyalah semangat, gua ngan kemal duduk antara barisan hadapan. Macamkan kanak kanak. Cuaca adalah panas tahap duduk dalam microwave dimana sekentut angin pun tiada. 

*bangau botak ini adalah ganas*

*Binturung yang seram tapi baik hati, tak jahat macam kau*

*Ini kawan Bad, tapi dah lupa apa ke namanya, ianya adalah lebih besar dari Bad dan ianya tiada pertalian darah dengan Bad*
*Minah yang depan tu adalah pengacara majlis*


*macam akuarium kat umah*

Pastu masuk la ke akuarium Tunku Abdul Rahman, kelas ke tidak nama diberi?. Semua pun adalah ikan ikanan didalam ini. Yang bestnya kebanyakkan adalah ikan ikan sungai. Bukan selalu dapat tgk ikan ikanan sungai bersaiz jumbo. 

*kerapu ke merapu?*

*sayang betul mak badak kat anak dia, nampak tak? tak nampak? sah lu orang  kurang kasih sayang*


Lepas tu terus pegi makan, ater dah tgh hari rembang tak bermakan lagi, walhal pagi dah makan western breakfast pula itunya. Nasik goreng adalah tidak sedap, tapi desebabkan kelaparan macam badak sumbu, ku telan jua akhirnya.

*posisi tayang ketiak*

Usai makan terus berlari lari akibat hujan sudah mula menurun. Pastu beratur dalam hujan smata mata nak membayar parking. Pihak pengurusan tolonglah bikin bumbung, kasihan pada para pengunjung beratur dalam panas terik menteri juga kebasahan dalam kehujanan. Pastu tetiba terus rasa nak balik PD walhal esoknya kerja, apa kisah PD pun dekat. Dah tu je. Terima Kasih kerana membaca. *Tak ada seni penulisan langsung ending nya*

Farid kata: Percubaan anda tidak berjaya, sila cuba lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis