Tuesday, November 27, 2012

Mee udang seindah nama

*Pehal gua muka gua meng-gajah?! (*^&!#%% kamera ni rosak*


Di Entri yang lepas gua ada sebut lepas memburu rete ahmad albab kami ni semua pi makan mee udang kan? ingat ? tak ingat? pi makan kismis bertong tong. Ok kedainya secara terpirinci haram la gua nak tau. Tapi masih berkisar sekitar Sg Petani. Nama kedai adalah Seindah Mee Udang. Dari luaran kedainya adalah biasa biasa, tak do la meramai beratur berjela jela panjangnya. Perot dah lapar jadi ayuh kita memesan mee udang setiap seorang. 


*Tadaaa mee udang bukan mak jah*

Mee udang nya adalah biasa biasa sahaja, cuma kuahnya cam lain benar dari mee udang mak jah. Tetiba mee udang mak jah menghantui hidup. Pastu gua rasa patut telur dipecahkan lam mee udang itu, to ni diberi telur rebus, tak pe la asalkan ada tolo. Rasa nya ok la tak menghampakan. Dengan bayaran Rm8.00 sepinggan, anda diberikan sekor bapak udang dan sekor lagi anak udang. So ada dua sahaja. Ok dah tu je. *Macam kepelik benar nak review sepinggan mee udang.

Farid kata: kukus grill panggang kukus grill panggang

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis