Wednesday, November 21, 2012

Berprotokol lah kau hendaknya

Ustazah Dona: "makanan dah ada bila nak makan ni?"
Kak parah: "apa la ipan ngan syirah buat kat umah ni?"

owh ini cerita sangat la lama. sampai dah lupa bertarikh bila. Kekdahnya smua kakitangan di pejabat gua diwajibkan untuk menghandiri kursus berprotokol. kakitangan di beri dua tarikh sebagai pilihan, jadi gua pilih tarikh yang pertama ini adalah kerana tak mo pening memikir kendian hari. Kursus di adakan di kawasan pejabat ini sahaja. 

datin norin nor: "dik, aku pose senget ni harap melethop la gambar"
farid: "ala kak sama je serabai ngan aku"

Di hari kejadian ada la beberapa kerat sahaja antaranya datin norin nor, ustazah dona, kak parah dan ahboy. tu smua geng smeja gua. Kursus ini di handle oleh Puan Rahimah dan berlangsung selama dua hari. Berbagai bagai protokol di pelajari, dan paling hazab pasti lah bab makan. Hazab lah sangat. Dari berjalan, pemakaian dan hingga ke makan smua dia ajar supaya lebih berprotokol. Kat sini gua sumbat gambar untuk dua hari sekali harung, nak cerita satu entri sehari, cam err err err ko pemalas sebenarnya kan farid.

puan rahimah dari kejauhan

*sayur sayuran yang harus di racik kecik kecik sebesar kutu baru boleh masuk mulut*

*Dah licin baru reti nak amek gambar*

*lu orang bayangkan ayam sebesar rumah ni kene kerat sebesar ujung jari kelingking sahaja sebelum masuk mulut,  berjam nak abiskan*

*tu bukan sirap tertumpah ke apa, tu mmg reka bentuknya camtu*



*ini lah kumpulan yang ciput itu, nanti second group lebih dari separuh opis  attend*

*apa ni snap org tak sedia*

*berani mati kau amek gambar nari gangnam duet ngan ahboy, datin norin nor tak payah nak sailormoon sangat*
ok dah abis, senang nya keje ko farid kan, sumbat gambar banyak banyak, taip ciput, letak caption sebijik dua, dah jadi satu entri. Laalalallalala

Farid kata: Seronok kusus ngan makan sesedap, tak seronoknya, lepas makan nak merokok kene jalan jauh ke kawasan merokok, ishkk

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis