Monday, November 26, 2012

Jalan melancong sambil cari Harta ini Ahmad Albab yang punya.

*keliatan seperti membincangkan strategi walhal duk usha awek awek kat situ*

Ok mari kita bermula bercerita. Tarik napas dalam dalam, kalau boleh gua nak taip sekali harung. Gua cuba. Sabtu yang lepas, kompeni tempat gua bernaung ini sekali lagi membuat aktibiti mencari rete karun, mmg acara ini diadakan setiap tahun, dan dengar khabarnya ini adalah edisi yang terakhir. Sedey *sambil kesat air mata dengan hujung baju*

*Gergasi nya muka ko nok, besar rumah*

Ini adalah kali kelima gua berjoin ini cari rete karun, meh gua cerita sikit sejarah penjoinan gua didlm aktibiti ini, masa pertama kali join adalah bersama, kaktin, sopiah ngan ida. Masa tu perjalanan adalah sekitar KL - Selangor sahaja, rasanya ada placing juga ketika itu. tahun berikutnya adalah perjalanan dari kl- Awana Cherating dimana gua bertugas sebagai pemandu, sopiah sebagai navigator dan cik z dan nad menjadi pencari jawapan. Tahun seterusnya lagi, gua bertukar ahli kumpulan, dimana diserta nok, sally (ini lelaki) dan man tony. perjalanan adalah dari KL- Melaka. Pastu tahun lepas adalah KL- Legend Cherating, dimana sekali lagi ada rombakkan ahli kumpulan, seorang sahaja. Man tony di ganti dengan choy (ini melayu). Dan tahun ini masih mengekal ahli yang sama seperti ke Cherating dahulu.

*Alignment mata choy ada lari sikit, abaikan muka gua yang sembab kerana tidak mendapat beauty sleep secukupnya, cantik sangat ke kau farid nak beauty sleep smua tu?! &*(%^&^$%^*

Seperti biasa, pepagi alam adalah dikehendaki berkumpul di sasana untuk taklimat, bacaan doa dan sumpah ikrar berjanji setia. Pastu sesi membagi tulip dan soalan. Lalu bersedia untuk flag off. Tapi flag off bit lambat karna adalah hujan di pagi hari. Kumpulan gua bernama "selidik dulu sebelum melabur" kerlas tak? kerlas tak? dan competition number adalah 03. Best.

*setelah mengenakan uniform dan bersantai santai kerana Bidaor adalah jauh lagi lalalala*

Seperti biasa, tak de mananya lu nak jalan stret dari tol duta ke Sg petani terus menerus ya. Ada beberapa soalan di kehendaki kuar dari highway lalu memasuki pekan pekan pekan kecil. seingat gua soalan pertama tertletak di Bidor sana lalu membawak ke Tapah, pastu kat Ipoh pun ada. Oh lupa, nok adalah pemandu, sally adalah navigator dan choy ngan gua adalah pencari jawapan.

*Check point kat kedai mamak, mmg tak menahan, terbayang  Ghoti Canai ngan teh tarik pulak, hanjeng betol, lapar oi*

Pastu kat Ipoh ada cek point dimana peserta dikehendaki menyerahkan set soalan dan jawapan pertama kendian diberi set yang kedua. Masa ini kepala otak sudah hampir kaput dan blank. gara gara melapar dan mengantuk. Pastu perjalanan diteruskan pula ke Sg petani la kowt, eh entah tak ingat. Tapi gua ingat kami benti di hentian rehat bukit merah, sbb pundi kencing dah nak tercabut tahan kencing, lalu membeli bahan makanan untuk di lahap dalam kete. Makan nasik dan duduk bersantai di hentian rehat adalah tidak digalakkan yer melainkan lu orang mmg nak sampai lambat lalu dikenakan penalti. sanggup ke? sanggup?

*Pencemaran alam yang kian berleluasa hari ini*
*teringin nak jadi petani*
*Nok pandu cam org gila, gua pula cuba salin jawapan, penin oi nak tulis, lalu gua muntah atas kertas soalan itu, konon konon je cerita kau ni farid*

Keadaan ada sikit kacau bilau di sebabkan hujan turun mencurah di sg petani di tambah sally sudah hilang akal tak tau mana kiri mana kanan. Kenapa kau sally, tangan makan ngan tangan cebok dah keliru. Mungkin Sally kepenatan jua. ok tak pe rilek rilek sudah, Tapi dalam kepoh kepoh dan huru hara itu, alhamdulillah kami adalah manage utk tiba tepat pada masanya. Dan serah segalanya di kaunter, marilah kita bermakan mee udang dimana masa cari jawapan sebelum tu kami ada nampak kedai berkenaan dinama Seindah mee udang. Walau jauh sikit dari Hotel itu tetapi kami gagahkan jua ke sana. Eh lupa kami di tempatkan di Cinta Sayang Golf and Resort yer.

*Sally "eh cey, masuk kiri eh kanan la eh kiri la, eh aku konpius la aku gila"
Nok kata: "tu lombong, mungkin juga ada jawapan lam lombong kan*

*Ini tak de kene mengena ngan rete karun ya. Ini adalah koleksi persendirian*

*Kunci nya, gua sebilik ngan nok di bilik bernombor 896 dan sebelah kami 895 adalah bilik sally ngan choy*


Malam punya hal gua cerita next entri ya. Tetiba rasa pepening nak taip sekali harung. *Alasan nak selamatkan diri. 

Farid kata: Serba salah jadinya. aiseyman


2 comments:

NaharTinie said...

mcm best jer kete lego tu.
nak.

farikh said...

aku tak pasang lagi kak, tapi dah berniat sepenuh hati nak kumpul sampai komplit, katanyaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis