Wednesday, January 2, 2013

Desaru 7: Nak pindah duduk Johor Premium Outlet

*Cashier nya adalah pekak badak, gua tak mau krim faham ke idak*

"Kalau pegi JB tak pergi JPO pasti lah tidak lengkap percutian kamu* Slogan kami sempena nak menghabis duit di Johor premium Outlet katanya. Yer benar ini adalah kali kedua gua kesini. Tapi adalah kali pertama Kemal dan tokmok kesini. Adik juga sudah dua kali. 

Cam biasa kat sini adalah banyak kedai kedai membeli barangan barangan berjenama dengan harga berpatutan. Dari Danga Bay, Kemal set GPS terus ke JPO ini, yer walaupun sejengkal tetap nak GPS. Takut kang kalau sesat masing masing tak mo menaggung kecarutan. 


*Membincangkan strategi nak mengkosongkan poket*

Setelah berpusingan satu pusingan sambil masing masing aim mana kedai nak masuk, singgah dulu minum di Starbucks sambil mencari ilham kemudian baru masing masing menuju ke kedai yang diidam idam kan. Kemal ke G2000 memborong baju kerja. Apa yang best kat G2000 ini adalah disamping diskaun sedia kala diberi, gua bisa menggunakan kad ahli gua lalu mendapat tambahan extra 5% lagi diskaun. Hebat kan? adik ngan tokmok meneruskan misi membeli Tshirt anak buah gua dan juga tshirt untuk tokmok.

Selepas dari G2000 gua ngan kemal ke Pedro, yer butik empat kali ganda hebat dari yang sedia ada di KL, banyak gila kasut best, rasa mau borong smua, tanpa rasa bersalah langsung. Gua membeli sepasang kasut sahaja untuk kegunaan aktiviti melancong pada masa hadapan, ini kerana kasut bonia gua sudah kurang best *alasan kau ingin menghabiskan duit kan farid? Oh lupa adik gua juga membeli kasut di timberland pula. Lain entri gua kasi cerita. 


*tokmok menjadi jurukamera sekali lagi*

Ok lepas dari JPO kami semua terus berarak balik sambil melambai ratu keliling JPO itu, Babai JB dan tamat lah riwayat perjalanan yang upama setahun lamanya ini. Ok ada satu lagi destinasi gua update kemudian iyo. Update kemudian sebab apa? sebab destinasi tu tak pergi lagi la aduinya pon

Farid kata: Yang pelik dan yang tidak tidak je lu ni  ლ(╹◡╹ლ)

Published with Blogger-droid v2.0.9
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis