Wednesday, January 2, 2013

Fakta pelik tentang peluh

Peluh? Smua orang berpeluh, kalau tak berpeluh, something wrong somewhere or else kamu adalah makhluk asing. So this is 10 facts bout sweat..

1. Lelaki berpeluh lebih 40% berbanding wanita. Jadi bermakna wanita mempunyai kelebihan dalam mengawal kadar kehilangan air dalam badan. im sorry guys

2. Manusia biasa berpeluh purata 278 galon setahun. wtf banyak gila. Cukup untuk memenuhi tangki minyak 3 biji mid size SUV. So next step is a sweat SUV untuk penjimatan.

3. Mengikut masyarakat Micronesian, berpeluh adalah wangian untuk para warrior. Sikit berpeluh maknanya sikit la sifat keperwiraan anda #OkItuTipu

4. Lembu berpeluh melalui hidung?! Para penternak akan menyembur air sejuk pada lembu kerana lembu yang berada dalam keadaan yang selesa akan menghasilkan hasil yang baik.

5. Manusia mempunyai 250,000 kelenjar peluh pada kaki. Dan peluh pada kaki adalah odorless. bakteria yang hidup dalam keadaan gelap dan lembab menyebabkan stinky feet. yucks

6. Tom Criuse mengakui tidak mandi selama 2 minggu semata mata ingin menjiwai wataknya didalam filem "The Outsider". Muka kacak tapi bau macam tong sampah pun tak guna, tapi kau raih duit juta juta, so kira kes disisihkan.

7. Peluh badak air berwarna merah. Para saintis mengesahkan, peluh merah tersebut bukan sahaja perlindungan dari matahari bahkan menlindungi badak dari jangkitan bakteria. Hello kitty punya peluh warna pink #OkItuTipuLagi.

8. "sweating like a pig" adalah satu ungkapan yang salah, ini kerana babi adalah berkubang dalam lumpur dan tidak berpeluh dengan banyak. Mungkin ungakapan ini datang dari mamat mamat yang ke gym, meninggalkan treadmill dengan peluh terenjis disana sini. Pengotornya kau!

9. Semasa hidupnya, King Louis Xll dari perancis hanya mandi dua kali seumur hidup beliau. Zaman dulu jikalau badan mula berbau, mereka guna kan minyak wangi atau rempah ratus untuk menutupinya. Nowdays rempah ratus digunakan untuk memasak kari sahaja.

10. Perempuan simpanan King Henri IV berkata badan King Henri berbau seperti bangkai binatang, walaupun tidak mandi dia tidak pernah menggunakan kolon untuk menutupi bau badannya. Isteri kedua beliau, Marie de Medicis pengsan dengan bau badan bakal suaminya.

Bila mana dah berpeluh banyak, there were a few step that people will do to cover up their sweat, seperti:

1. Pakai pakaian gelap. Peluh tidak nampak pada pakaian gelap berbanding pakaian terang. Jadi tiadalah tompok tompok air kelihatan dibadan anda. Kerana itulah i dont like grey shirt. ceh

2. Pakai 2 hingga tiga lapis pakaian. walaupun cuaca di luar agak panas, mereka tetap memakai sweater, samada ia adalah trend atau sorok peluh?

3. Mandi!, mandi lah sekerap mungkin, ini kerana, apabila berpeluh, bukan sahaja anda akan berasa tidak selesa bahkan akan mendatangkan bau yang kurang menyenangkan sepeti bangkai.

4. Berhenti mengakat tangan. yer ketiak adalah antara bahagian yang kerap berpeluh. Tidak hairan lah ramai melepaskan peluang untuk menyuarakan pendapat hanya kerana malu untuk mengangkat tangan.

5. Pakailah deodorant. Anda boleh memakai seberapa banyak deodorant yang anda suka, tapi ingat! kesan peluh pada pakaian tetap akan kelihatan.

Apa apa pon, jika anda berpeluh dengan banyak jangan risau, tanda nya anda sihat. Cuma anda perlu menitik beratkan kebersihan. Dah tu je

Farid kata: Kalau berpeluh kat dahi akan efek pada rambut bahagian depan. Tak cantik langsung.

1 comment:

Razf said...

thanks for the facts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis