Wednesday, January 16, 2013

Singapore - Bugis Street

*Roti payudara*

Lepas cek in, dan bertukar pakaian, lalu perut adalah lapar, serious lapar. Yer yer yer memang gua asyik makan sahaja. Then di bawah V Lavender ini ada banyak deretan kedai makan, kedai cakoi, kedai roti, kedai hias kuku, kedai jual segala macam air dan food court, tp i dont think food court tu suited for muslim, harap maaf. 

*Shah Alam peace yawwww*

*Malboro light yang mahal tapi farid tewas lalu dibeli jua akhirnya itu*

Alkisahnya gua adalah tidak membawak sebarang tembakau untuk ke Singapura ini, gara gara dah terlambat kluar rumah. Lalu berazam lah dalam hati supaya tidak merokok selama empat hari bercutian. (Kemal pandang serong bila gua suarakan niat murni ini) Yer la yer la akhirnya gua tewas. Kluar sahaja dari MRT gua meluru luru ke 7Eleven cari rokok. Pilihan adalah tidak banyak and guess what, harga sekotak adalah USG12. Diulangi sekotak USG12 yer. Congak congak sekotak malboro light adalah bersamaan RM24. Gila ah. Sepanjang penglibatan gua dalam arena pengrokokan tak pernah seumur hidup hisap rokok semahal ini. Tapi nafsu menguasai diri, sekotak rm100 pun gua pulun beli. So lame la lu ni farid. 

*Nasik, sayur apa ntah dengan ayam dan ice lemon tea dalam tin*

Kemal sudah memilih sbuah kedai melayu, tapi tak lah gua ingat apa kenama kedai ini. Dah nak masuk petang jadi lauk pun sekadar di pinngir kubur sahaja yang tinggal. Its ok, rezeki hari itu, jadi kita ambil sahaja apa yang ada. Harga untuk dua orang makan beserta dua tin air adalah less then USG10.

*Makcik masak lontong ini adalah pemalas sbb tak potong kecil kecil kobis berkenaan lalu  berasa seperti makan kelopak bunga teratai*

Ok lepas perut dah kenyang naik balik hotel then mandi pastu pakai bedak banyak banyak, ke Bugis Street la kita. Kluar dari MRT adalah dari bawah Bugis Junction, diff yer dari bugis street. Bugis Juction was like mall but Bugis street like petaling street. Nampak kan bezanya? Gua adalah tidak menyempat snap gambar dalam bugis street kerana org adalah meramai upama di pasar borong. Isi kandungan dalam Bugis Street ini adalah baju bajan dan aksesori. Serious perempuan adalah paling happy kesini, sbb harga baju perempuan adalah way more cheaper then pakaian lelaki. So gua kemal membeli Tshirt Singapore yang hanya USG10 utk 4 helai dan Fridge magnet USG10 utk 4 pcs juga.  



*Kambing kemal yang tak berapa nak rupawan tapi sedap di tekak*


Then Kemal membeli jam tangan, dan masuk balik dalam Bugis Junction lalu mencari tempat nak makan, yer makan lagi, mesti lu orang tanya, sehari gua makan berapa kali kan? Gua adalah makan bila lapar, jadi kalau sehari terasa lapar sebanyak 13kali, jadi makan la sebanyak 13kali. Ok. Lalu berjumpa dengan kedai nasi padang kot, eh tak ingat. Gua adalah mengambil lontong dan kemal mengambil kambing dengan sayur. Dedua pun minum teh tarik. *masa ni dah terngiang ngiang teh tarik mahbub, but what to do, jangan mengada nak berMahbub kat singapore pula.


Lepas tu sambung jalan lagi.

Farid kata: Nak tgk camna rupa paras Bugis Street tu, sila Google. Self service menggoogle disebabkan farid dah nyanyuk tak amek gambar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis