Tuesday, June 18, 2013

Betul ke tidak?!

Situasi:

Di sebuah kedai makan. Seorang pemuda duduk bersandar setelah selesai makan sambil membelek belek talipon bimbit ditangan beliau, sesambil itu beliau menyedut sebatang rokok ditangan. Sambil sambil itu dihembus nya asap seperti tauke balak. Selang beberapa minit, datang dua wanita lingkungan umur 30-an lalu bertanya "dah abis makan?!" seoarang lagi wanita diam sambil memegang dulang. Jadi pemuda ini lantas kelam kabut mengemaskan barang barang dia like talipon bimbit, pemain mp3, kotak rokok dan terus berlalu sambil menonjolkan riak muka paling pelik didunia. Wanita wanita berkenaan tersenyum simpul kepuasan.

Rumusan:

Ini adalah pendapat gua and not more then that. Pada hemat gua, dua dua pihak yakni pemuda dan wanita itu adalah sama sama bersalah. Kenapa dua dua bersalah? yer encik farid mmg slalu suka macam itu, suka berfikir pelik pelik. Ok pedulik la.

i) Ok yang pertama, pemuda tersebut harus sedar diri yang beliau berada di tempat sesak begitu jadi lepas makan dan merokok sila lah berambus. Beliau harus berambs pabila terlihat wanita wanita ini memegang dulang kehulu hilir mencari tempat. Tapi pemuda ini mungkin rabun atau memang tak peka dengan keadaan sekelilling lalu membuat kan beliau feeling macam duduk kat rumah. #Lame

ii) Berkenaan wanita 30-an pula, bagi gua tak perlu la bertanya seperti kan mahu menghalau pemuda tersebut upama penyewa tidak membayar sewa rumah. Ya la, budi bahasa budaya kita kan? Dan kalau kan gua ditempat beliau (wanita tersebut), gua hanya pandang pada pemuda tersebut lalu senyum, senyum like u know him since u were born. Mesti pemuda itu faham lalu berambus. Tapi sayang, wanita ini serba kekurangan, kurang budi bahasa, kurang pemahaman dan kurang siuman jugak.

So dalam erti kata lain disini, dalam kehidupan kita seharian, ada few thing yang tak perlu di lahirkan dengan kata kata. Perlakuan kita cukup untuk melambangkan niat dan keperibadian kita. Senyum lah selalu walaupun orang kata kamu ini kurang siuman. Ok dah tu je bubbye

Farid kata: Makan kat rumah lagi best, tak kene halau pun

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis