Thursday, June 6, 2013

KUL - LGK 1


Ok nak mula cerita baru yo. Bersedia. Masa 3 Jun yang lalu gua dan auntie gua sefamily adalah ke Langkawi, walaupun ke Langkawi je, perancangan adalah sedari awal tahun, macam kan nak pi Osaka. So setelah tiket flight dibeli dan Resort kompeni di booked, maka pada 3 june itu jam 11am bergerak lah kami ini semua ke LCCT dengan naik erl sampai salak tinggi lalu menaiki bas pula, yo lcct tu adalah terminal yang lama lagi yo, belum pindah ke KLIA 2 pon, jadi mari berpasrah bersama sama. Flight adalah pukul 3pm ujung ujung delayed 20 menit dari waktu asal. Sib baik tak lama pon, hanya doploh menit sajok. Oh sebelum tu pi makan kat Mekdi dulu, isi perut sbelum naiki flight.

*Dari kiri, aiman, makcik gua, tokmok ngan amirul, di belakang adalah pakcik gua*

*ni menunggu gua pi hantar luggage, mencangkung pun jadik*

*Delayed punya pasal, duduk la situ diam diam*

*memakai spek bukan sbb feeling artis korea, tapi sorok eyebag sbb tak cukup tido*

*memasing muka hepi*

*muka hepi jugak*


Haa ini adalah pesawat terbaru Airasia, masih lagi model A300-200 tapi yang beza dari segi fizikalnya adalah sharlet wingtip ni, wingtip ni ada efek pada penggunaan minyak, kira dapat menjimatkan sikit minyak dan AirAsia adalah syarikat penerbangan pertama menerima A320 yang ada wingtip ni. Bravo! terima kasih pada tokmok sbb dia yang snap sbb dia duduk tepi tingkap.

Masa mendarat adalah pendaratan paling teruk dalam sejarah penerbangan gua, wahh cam kan lu ni pilot oi farid. Tapi mmg betul, dia punya hentak satu macam teruk, jatuh peranakan. Dulu masa terbang pi KK naik MAS, dia punya landing very the smooth u know. Tak pe la janji selamat mendarat sudah, jangan terlajak masuk terminal sudah.


Jadinya selepas mendarat, pegi la amek kete sewa, shud be gua sewa kete sama sorang mamat ni, ujung ujung dia tak dapat hantar kete sbb bininya bersalin, dia mai hantar kawan dia yakni seorang wanita. Malam sebelum tu ada la wanita ni msg gua, pompang pompang itu ini katanya nanti sampai ke airport pi cari kete avanza kaler biru. Gua pon okay je la, pas pungut beg, sambil hisap rokok terus pi ke parking airport, mencari la avanza kaler biru, pastu dalam pala otak kaler elektrik blue, ujung ujung tak jumpa, wanita tu msg lagi no plat nya, cari punya cari baru jumpa, ujung ujung kaler kelabu. #lempangdirisendiri. Terus gua tipon wanita itu "eh kaler biru ke kelabu ni?" wanita tu "tu biru cik farid, bukan kelabu" gua balas "eh yeke ni kelabu kak oi, biru tu cam air laut." matik la bergaduh masing masing tak mo ngaku rabun warna. Tak pe la janji kete dah dapat, yuh kita ke Chenang lalu cek in.


Malam tu, cam biasa tujuan utama nak pi Haji semail tu, makcik gua memborong coklat, yer gua pun sama jua ya. Beli punya beli dengan orang meramai cam kat pasar borong. Bertaur bayar dan terus balik, dalam perjalanan tu singgah makan, and yes kedai ini adalah melambat cam tehapa. Orang tak de ramai, cuma tukang masaknya sorang je. Bersabar farid bersabar. Pas makan terus balik resort mandi mandi terus tido.

Ok sambung lagi....

Farid kata: Melantak coklat sampai nak demam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis