Thursday, June 13, 2013

Kisah ayam gantungan dan baju murah murah


*terboleng boleng ayamnya di buai angin ekon, abaikan janggut kemal tu*

Pulang dari Langkawi, gua adalah demam, tapi gigih pi kerja juga. Pastu friday kemal msg, nak blanja makan kat nandos, sogo. Seriously gua mmg blank bila pi makan nandos, ya la menu dia tak banyak, smua pon based ayam. Tapi disebabkan orang nak banjer, kita mai bawak perut je, so kita pegi je.



*Stelah di baringkan, itulah wajah sebenar ayam gantungan itu*

Setelah belek belek menu sesambil lap mukus yang berleluasa, gua order apa ntah kenamanya ayamnya ni, tapi dia cam ayam kebab yang di gantung bersama dua side, dimana gua pilih nasik yang tak sedap cam tak masak dan fries je. air minum je mineral. Ayamnya adalah sedap. Kemal cam biasa dengan ayam hot peri perinya. 


Lepas dah kenyang, borak itu ini, pastu tetiba tingat kan Sogo baru bukak Uniqlo. so mari je la kita tinjau tinjau. Wah banyak bajunya ada few part yang murah, macam tshirt dalam lelaki yang kaler merah (rujuk gambarajah diatas) hanya rm9.90. Harga biasa rm19.90, pastu tshirt Fender tu pun murah, dari rm59.90 jadi rm25.90. Itu je yang gua sempat capai memandangkan keadaan tak berapa menginzikan. Tapi no worries, Isnin seterusnya gua kembali dengan album baru ke kedai jepun itu, lalu mencapai, tiga helai tshirt dalam, selai tshirt Fender dan satu crop pants harga biasa rm79.90 lepas diskaun jadi rm49, nanti gua pakai, gua tayang dalam ini ya. Agak kecewa sbb tshirt Fender yang gua nak tu tinggal saiz bebesar sahaja, tapi gua beli jugak kaler merah plak. Yer gua pakai saiz S yo, bukan M (last week salah beli tshirt kat brands outlet amek saiz M plak). Oh ari Isnin berkenaan adalah hari terakhir sale nya. 

Farid kata: beli baju banyak banyak, sbb smua tshirt gua dah bersepah sepah tak tau tinggal kat mana

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis