Tuesday, December 31, 2013

KUL - KCH 3: Sarawak Cultural Village yang luas gila dan memenat berjalan kaki

*Cam kehapa berdiri tegak je *

Lepas sarapan pagi, maka set set GPS kita ke Sarawak Cultural Village la. Yer ia nya mmg jauh, 45min driving dari kuchen. Cuaca ada kelam kelam cintamu di saat aku merinduimu, mendung macam nak hujan camtu la. Tiket masuk dalam ini adalah rm60 tuk dewasa, kanak kanak plak tak pasti sbb gua tak bawak kanak kanak tika ituew.

*Brader ni serba boleh, smua tarian dia jogetkan*

So bila korang nak pi sana, kene pandai la bajet taim, sbb ada persembahan dari berbagai kaum kat sarawak tu. So show ni kene la masuk untuk membaloikan bayaran tiket yang mahai ituew. Pastu pas dah abis show segala ni, boleh la korang berjalan jalan di sekitar kawasan Cultural Vil ini.

*cam bilik jaman p ramlee pon ada juga*

Ada macam macam jenis umah juga, yang tinggi yang rendah yang gelap yang terang, smua ada. Ada few umah di mana ada juga staf dan kakitangan ini tempat memasak dan menjual kuih muih tradisional, knowing gua ngan kemal yang lapar je manjang, tiap kali nampak orang jual kuih, terus beli. Tapi serious dong kuih kapit nya sedap, boleh di beli dalam umah melayu.




Disebabkan cuaca adalah mendung, makanya best je nak jalan jalan, cuma cam kawasan nya luas kemahin, gua pilih pilih gak umah yang nak dimasuk, agak agak yang cam creepy je, tak mo masuk, tak pun yang ada tangga yang tinggi tinggi, kim salam je la kat tuan umah yer. Yerr kauuuu tangganya bukan jenis tangga biasa biasa tu, ni jenis tangga kayu balak yang ditakek takek, nak naik senang la, nak turun, cam rasa nak menjunam makan tanah.



 *Kene pikir dulu nak manjat ke tidak, kang dah panjat, penyesalan tiada gunanya lagi*




Itulah sahaja perjalanan ke Sarawak Cultural Village ini, pada sesiapa yang pertama kali sampai ke Tanah meow ini, sila lah berkunjung ke sini. Sbb lepas dah kesitu mesti korang tak mai lagi dah. Tapi tak pe la, atlis bila kengkawan tanya dah pi ke, dengan vangga leh jawab balik kan. Ok dah tu je, sambung lagik

Farid kata: Nak potong rambut botak

Friday, December 27, 2013

KUL- KCH 2: Perihal makanan dan upgrade free untuk hotel?!



Oh lupa plak nak cer, masa ke kuchen kami adalah menduduki di hotel Grand Margaritha. Memula masa cek in itu, bilik adalah penuh. Tunggu punya tunggu, makcik yang jaga kaunter pon panggil. makcik kataku

Makcik: Encik Parid, kami tiada bilik kosong. Tapi kami akan upgrade bilik Encik Parid
Parid: upgrade camna?
Makcik: kami akan upgrade bilik Encik dari Superior ke Executive
Parid: FOC atau extra charged? (Sambil buat muka gelabah puyuh, gila kau, berapa riban plak aku nak kene bayar nanti)
Makcik: No worries kami upgrade foc sahaja and plus kami dapatkan view sungai seperti encik inginkan.
Parid: oh ok tengs tengs

So bersuka ria la dapat bilik exec kan?  Katil besau ada meja sign kontrak bagai. Tapi ada satu je cam masak-elah kat otel ni, bilamana tiba masa nak makan pagi. kene beratur sudahnya. Tp gua beratur tak lama pun sbb berdua je. so yang datang beramai ramai tu, kene la tunggu lama sbb tak banyak meja kosong.

Petang tu adalah hujan sampai ke malam, so mana je boleh pegi pun? lepas maghrib pi loncat ke mall sbelah hotel ni, dia ada cam koneksyen la ke sebelah, so pusing punya pusing, ke KFC je la kita


*Sarapan pagi*

*Sarapan pagi seken round, nampak tak kat situ keraksaan parid*

*Tgh ari makan pizza, feeling pi bercuti kat italy*

*kek ari jadi untuk tahun ni, jadi la dari takdak*

Jadinya itu lah sebahagian menu yang di telan masa kat kuchen, dan pada makcik hotel tu gua nak cakap makasih banyak banyak. Itu hari pi KK dedua hotel dapat upgrade free, ni kat kuchen juga begitu, i lap kompeni lima persen u know.

Farid kata: Sesibuk nak tukau rupiah plak

Thursday, December 26, 2013

Happy besday ke saya yang tua kerepot



Itu hari duk pikir pikir cam nak beli ipad air, skalik cam mahal la plak, cam tak baloi pon ada. Pastu pikir lagik, amek je la ipad mini sbb ringan, cuma kecik sikit la nanti nak main game. Erm tak pe la nanti nanti je la pikir. Pastu pegi low yat ngan zerul. Pastu tetiba terpandang Ipad mini 32gb wifi adalah rm999 ooo em ji?! ok murah ni. Walaupun bukan retina display but still ia adalah murah. so malas nak pikio panjang lagik, beli je la. Kang kusut kusut ujung ujung tak beli jugak. 


Pastu balik umah kasik update ios7, 6 jam nak tunggu komplit, so kita tido je la tak payah nak hadap laptop sampai ke subuh. 

Yang selebihnya adalah rentetan dihujung minggu:


*Adik beli ola ni sbb nak kan beg nya je, satu set adalah berharga rm11.90 sahaja*

*amni memperagakan baju yang dihadiahi oleh wan uda nya. cd sapa la tu yang ko main tu amni oi*

*Dihadiahi oleh adik perepuan gua*

*Beli untuk diri sendiri, ni nak pakai pi keje je, nak pi jalan pakai perfume rm800 sebotol #beranganbagainakgila*


Pastu malam ahad itu hari saja la ajak adik, kemal, tokmok, shila ngan kimi pi makan makan. Ater dah lama tak jumpa mereka mereka ini, Rerupanya adik sudah buat seprais katanya, tapi tak berapa nak seprais sbb waiter pompuan ni dah pecah lobang, tetiba dia tanya kat adik "kek nak makan sekarang ke atau lepas makan?" haaaaaaaaaaaaa kantoi, tapi dorang ni pandai kaver, pura pura senyap, cuma kemal ngan tokmok duk gelak gelak, walaupun gua dah dapat hidu sesikit apa yang telah dirancangkan. Rupanya petang tu adik dah hantar kek sesiap kat hotel kitaorang makan tu. Tapi apa pun, makasih kat korang korang sbb sambut gak besday gua yang telah seminggu berlalu. 


*Motip dedua pandang ke atas?!*

Ok tu je la ceritanya sepanjang weekend yang lepas. Pada yang ucap harijadi gua di fb ngan instagoram, gua nak ucapkan terima kasih yang banyak dan tidak terhingga. ok bye

Farid kata: tua sudah

Tuesday, December 24, 2013

KUL - KCH 1: Naik belon katanya

Ok lama gila tak update blog, gambo smua dah upload tapi ai bizi tak sempat nak mencerita segala cerita ceriti yang ada. So ini ada kesempatan, boleh cerite. Last week gua ke Kuchen ngan Kemal, ajerrr tujuan utama nak kuching ni bukan lah spesifik sangat, bersempena dengan harijadi gue yang ke -31 gua berazam untuk mengkomplitkan penjelajahan tanah melayu ini. Kuching merupakan destinasi terakhir, so cukup la gu dah jejak kaki setiap negeri kat mesia ini. Vangga jadi rakyat mesia okay.


*I naik ekonomi je, tak berkemampuan nak naik bisnes*

Malam sbelum terbang ke kuching, adalah hari kenduri umah adik lelaki gua, jadi pas keje terus balik ke PD, dan nyampai ke pd dalam pukul sepuluh lebih, sedih kan? tapi tak pe la janji ada niat nak menghadiri kenduri tersebut. Pastu esoknya pagi pagi adik prempuan gue telah menghantar kami kami ini ke KLIA sana. Yer naik MAS, tak sanggup dua jam cramp duk lam AA. 

*Plastik balutan tu adalah menyusahkan dalam proses pemakanan*

Pastu pi makan dulu kat kedai apa ntah katanya, makan Ciken wrap je kowt, tapi mahal mentekedarah, rm46 untuk sarapan adalah sangat tidak berbaloi. Dan yang lebih tak best, wrap gua masak lima belas kali ganda lebih sedap dari ini. *gruhhhhhhhhhhhhh bunyi guruh di langit.

*Tgh belek gambo pi Langkawi*

Pastu cek in lah ek, flight adalah penuh. Dam cam biasa menu pilihan adalah ayam masak merah. Makan makan, pastu main game seround dua, pastu tido. 




Dah sampai kat Kuching airport, kemal kol Pak Joseph untuk kutip kete sewa. Lalu memadu lah ke hotel yang telah di booking. Jalan dari airport ke pekan kuching adalah senang baitu, sbb pakai GPS lol. 

Sambung...

Farid kata: Harap azam terakhir 2013 dapat dilaksanakan, insyaallah.

Wednesday, December 4, 2013

Chic and cheap: Mari bergaya dengan scarf yang murah

Disebabkan poket tak berapa nak ada isi skarang ni, mari kita jalan jalan dalam talian untuk melihat apa yang sesuai di borong di kala ujung ujung tahun ni. Oh disebabkan Mesia disimbahi hujan tanpa henti, gua rasa ini adalah waktu yang sesuai korang nak feeling feeling sejuk gigil sambil pakai scarf yang macho. Sapa kata H&M way too expensive untuk beli belah? Disenaraikan scarft mampu dimiliki setiap insan.

Rib-Knit Scarft RM39.90


Checked Scarf RM39.90

Woven Scarf RM29.90

Herringbone Weave Scarf RM29.90


Rib-Knit Scraft - RM39.90

Jadinya as for gua, untuk sehelai scarf berharga below rm50, adalah sangat menjimatkan. Kalau ada bajet lebih, boleh la beli Cashmere Scarft dari H&M juga, which is cost RM199.00, dimana gua rasa way tooooooo expensive kot. Ya la bikin dari cashmere for sure la best. ok dah tu je, next entri nanti gua bikin lagi cerita pasal membeli belah barangan bajet yo.

Farid kata: Jimat cermat bukan bererti kedekut

Monday, December 2, 2013

Kisah hari minggu


*Bagel salmon Coffee Bean ni mmg sumpah sedap, sapa sapa peminat bagel mahupun peminat salmon, disarankan untuk mencoba*


Hai cam malas je nak update, cam malas je nak taip, cam malas je nak pikir. Tapi update juga barang sepatah dua kata pun jadik la. Weekend aritu tak kemana mana, balik PD duk umah diam diam, adik ajak pi karok pun gua tak terpergi, rerupanya badan sudah demam, fatut la takde feeling nak nyanyi. 

*Macam ada feeling feeling nak beli baju ini, tapi feeling je la, beli nya tidak, ater dalam mode berjimat cermat (bkn bererti nak naik pelamin dalam waktu terdekat ke hapa yer, dont get me wrong). Nanti dah kaya, gua borong sepoloh lai, huh*

Kak tin ngan nok gemok ada la di pd sana, tapi harap maap la kengkawan, saya tak terlayan kerna pala cam tingtong akibat makan obat. mmg dua hari tak kemana, sehingg petang ahad tu pun kluar pi beli goreng pisang saja. 

*Muncong muncong main PSP, masa ni ko cakap la apa pon, takde dia heran kannya, wat derk je*

*Di malam yang sepi tetiba tingin nak makan megi asam laksa, so masak, tapi gagal, kekdahnya air banyak sangat, rasa tawar plak, masak megi pun failed, mmg la tak gheti memasak, k bye*

Farid kata: kehilangan kata kata nak naip, ajer pala otak kosonggg... kosonggg... kosongggg *sambil betulkan tudung pesen najwa latip.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis