Wednesday, March 12, 2014

Perasaan terharu pabila berhadapan dengan facebook, sangatttttttttttttt

Selalu guna Facebook?
Selalu baca timeline korang?
Ada rasa nak marah masa baca tu?
Ada rasa nak maki dalam hati masa baca tu?

Kalau smua jawaban diatas adalah "yer" makanya korang mesti sependapat dengan gue.
Pendapat apa?
Pendapat yang macam macam, yang menunjukkan betapa kompleksnya fikiran dan akal manusia ini.

Kita scroll ke bawah

Memang lah fb tu medan segala medan, bukan medan magnet.
Semua benda nak dikongsi dalam tu.
Semua benda kita nak share dalam tu, eh share ngan kongsi tak sama ke?
Semua benda kita nak tunjuk kat dalam tu. eksyen
Semua benda kita nak tayang dan buktikan kita mampu memilikinya dalam tu, eh?!

Sekali share makan sedap, tempat mahal, kita pun komen, "Macam mana food dia, worth it or not?"
Dua kali share makan sedap, tempat mahal, kita komen "This is new place kan? pricy tak"
Tiga kali share makan sedap, tempat mahal, kita komen, tapi tak jadi komen, cakap dalam hati je "oh yes, dia kaya kot"
Empat kali share makan sedap, tempat mahal, kita tak komen, tapi tuan empunya letak caption "kalau hari hari makan kat tempat macam ni, mesti heaven" kita cakap dalam hati "oh yes, untung la dah tau macam mana rasa heaven"

Kita scroll lagi ke bawah..

Sekali share gambar hadiah husband bagi sempena hari jadi, kita komen "Happy birthday!!"
Dua kali share gambar hadiah husband bagi sempena aniversary, kita komen "congrates babe, u're lucky"
Tiga kali share gambar hadiah sempena apa ntah, kita komen, eh tak komen pon, tapi dalam hati, "oh yes she's lucky"
empat kali share gambar hadiah sempena apa ntah, kita tak komen pon, tapi baca caption "i rasa beruntung betul, asyik dapat hadiah jewwwww, thanx hubby tersayang" kita cakap dalam hati, alhamdulillah dapat suami penyayang, untung la ada hubby kata kau..

Kita scroll lagi ke bawah..

Sekali di tagged oleh kawan di gambar cadar, kita komen "ok"
Dua kali di tagged oleh kawan gambar baju kurung, kita komen "bila masa lelaki berbaju kurung?"
Tiga kali di tagged oleh kawan gambar kuih raya, kita komen "pls stop tagging me (nada nak amukkan)"
Empat kali di tagged oleh kawan gambar jubah wanita, kita tak komen dah, cari nama kawan tu, kita remove  terus. Sbelum pertumpahan darah berlaku, better kita make a move dulu.

Kita scroll lagi ke bawah..

Sekali kita terpandang gambar perempuan omputeh seksi dengan caption "exercise is hella good", kita tak komen, rasa tak perlu komen
Dua kali kita terpandang perempuan omputeh seksi dengan caption "hot chick bla bla bla", kita tak komen, tapi kita rasa "whatever"
Tiga kali kita terpandang perempuan omputeh seksi dengan caption "go baby yeah go baby", kita tak komen jugak, tapi dalam hati "kawan kita ni pengendali web lucah ke?"
Empat kali kita terpandang...... cari nama dia, terus tekan button remove, tribal has spoken

Kita scroll lagi ke bawah

Rasa dah tak kuasa, tutup

Dan sekarang gue tau la kenapa jumlah rakan gue menyusut secara mendadak. Tu belum cerita lagi berkenaan yang rajin K&K, komen dan kondem. Lepas tu maharaja lawakkan benda yang tidak sepatutnya. Rasa sakit hati, rasa takde sensitiviti, rasa meluat, rasa marah. Bosan

Dah tu je

Farid kata: Dont drink and post

Friday, March 7, 2014

Ke Bandung kita mas 12: Dah moh balik

Tetiba entri nak balik?! Ala malam sbelum tu pi repeat makan kat Sangkuriang je, dah cerita kan sbelum tu, so sama je cuma malam tu tukau menu makan ayam bakar, sedap enak. Walaupun bakar ngan kicap je pon, tapi tetap sedap. Ok pastu dah abis makan, singgah Cihampelas, pi beli bag extra, ajerr barang barang belian nona nona melimpah ruah agaknya, tak muat masuk bag. So benti suh bang Iwan dangdut pi beli, dah malas nak jalan pun ada gak la kot, tapi gua ngan ateh turun gak dari kete pi beli bag kain bandung. Pastu dah dapat bag segala, jom balik hotel, mula la sesi berkemas sumbat apa apa yang patut.


*Pagi yang nyaman enak*

Pagi tu bangun dan sarapan tuk kali terakhirnya. Makan kenyang kenyang kang nak sampai mesia baru dapat makan lagik. Flight gue ngan kemal awal sejam dari flight nona nona, tapi kami ni smua gerak skalian. Sian plak bang Iwan dangdut nak berpatah patah balik plak. Untuk sekian kali nya hadap la airport nya yang sempit bagai nak gila ni, dengan kastamnya suh cepat cepat, nak je gue jerit "ko suh orang cecepat tau tak airport ko ni besar ruang tamu je hoi" tapi tak jerit pon, kang kene tangkap plak. Pi bayo airport tax sesiap pastu cari port duduk, tunggu sampai gate bukak.

*Depan lobi hotelnya*

*muka runsing pikio pasal beg ke apa dik?*

*Baru lepas hujan, kalautak menapak la lam hujan tu*

Sbenarnya gue kerisauan kalau nona nona ini bag memasing berat berlebihan, tapi tak pe la, nanti adik ekjas la camna. Pastu masuk kat ruangan nunggu, ada plak kedai juai kek ngan pisang salai, mahal kot pisang salainya, so beli kek lapis chap Mona, pun gue rasa mahai gak, sebijik 150,000rp, lantak la, kira kira cam cukup je baki rupiah yang ada, bawak balik mesia pun nak bikin apa je, so kita beli je la. 


Seat dalam flight adalah yang blakang sekali, depan gue ngan kemal adalah kosong, tapi sbelah kemal adalah mamat berbadan giant. Pastu makan macam resaksa. Ishkkkk. Serius dah nak sampai kl, boleh plak gue rasa nak memuntah, desa sangat pangai ko farid. Tapi cam biasa tahan je, lepas dah mendarat nescaya berjaya tak muntah. 


Maka berakhirlah perjalanan dan pengembaraan di Bandung ini, yer dua belas entri yer puan puan nak kasik abis cerita ni. Jenuh pening pening nak naip, nak pilih gambo bagai, tapi berjaya jua gue abiskan nya. So Sehingga kita berjumpa lagik.

~FIN~

Thursday, March 6, 2014

Ke Bandung kita mas 11: Kedai makan tak tahu nama + kartika sari + pasar baru (ulang tayang)

Ni dah macam malas malas nak hapdet, so sumbat banyak cerita satu entri. So baca je la.

*Ayam bakar bersama pecelele nya*

Masa dah turun tu dari takuban, Uda ada cakap, kawan nya pernah makan kat Rumah Ikan, sejenis kedai makan la. Memula bang iwan dangdut cam tak pernah dengar nama kedai tu, tetiba tgh tgh jalan dia teringat tempat tu, malangnya tempat tu dah tutup, siap kedai tu nak lelong sudahnya. Apa daaaa. Putus harapan.

*Mesti uda ngan ateh tgh berkira kira tu nak beli apa kat pasar baru lagik, yang lain sibuk belek enpon sbb kedai ni ada wifi free, passwordnya ayam utuh*

So ke kedai makan yang lain sahaja la gamaknya. Bang Iwan dangdut pusing seround lagik, sampai jumpa kedai makan ni, tapi sumpah gue tak ingat apa nama kedai ni. Tapi kedai nya bagus, bersih dan selesa. Cam biasa gegedik la nak duduk yang bersila sila ni. Kat sini ada menu ikan terbang, kekdah camna rupa ikan terbang tu, tak yakin kalu, jangan order, kita makan lain je, adik order pecelele (maap la kalau tak gheti eja), mak datok besau kau ikan keli nya. Dua ekor plak satu set, jenuh la nak perabih. Gue plak tingin benar nak makan Tempe mendoan, eh ntah eja camna ntah, mendoa tu cam berdoa la plak. Makan tempe sambil berdoa camtu la.

*Posing ngan brownies pon jadik*

Dah selesai makan makan, dalam perjalanan balik mmg akan lalu di Kilang Kartika Sari ini, so mmg orang mengantuk disorongkan bantal la. tapi nak menyampai ke sini , jalan nya jammed macam orang baru kuar stadium tgk lawan sepak bola, punya la jammed gila. bila sampai, Uih kek dia smua cantik cantik, rasa tak tau la, sbb gue beli brownies sahaja. Takde plak nampak yang kukus ke apa, main tibai je beli. Satu masalah nya lagik, kat sini tak pamer rege, so ko nak beli kene tanya satu satu berapa rege pastu konvert kejap, pastu baru beli, macam kek kek nya kene la mintak kat staf kat situ amekkan, kadang dorang ni cam malas pon ada, camna nak meniaga centu oi. Dah sampai nak terjerit "neng! neng! harganya berapa?!" nasib kau sana.

*muka kelat sbb sakit kepala punya hal*

Pastu dah puas jerit jerit kat kartika sari, memakcik nak pi pasar baru ada barang yang tidak dibeli lagik, kali ni bang ikhwan dangdut bentikan kami kat bahagian luar je, katanya kalau dah pepetang gitu park kat dalam mau nak kluar nanti sampai sejam. So ambil jalan mudah, drop je kami kat luar, waktu ni pala gue dah sakit macam nak melethop. Tapi ku gagahkan jua jebat melangkah kaki mentawaf pasar baru ituew. Jangan ada yang memekak mekak sibuk nak minta sedekah la, nak jual barang la, mau gue silat kat situ.

*tgh menawar kain, kedai ni kedekut sikit tak mo murah*

*kedainya cantek, tapi takde pon hidang air, mati la beli kain pat meter, ko ingat dia nak bagi ko air ke?!*

Urusan nona nona smua dah selesai, mari lah kita pulang ke Hotel itu. Sampai je kat hotel tetiba rasa nak minum air panas, nak bancuh sendiri cam malas la plak, so kita order lalu lepak dan mokok je kat situ. Air dan makanan kat sini adalah murah. So order je la. Pastu kemal ada beli apa ntah tadik kat kartika sari, so kita pulun kat situ jugak. Masa ni juga duk kalut kalut memasing risau takut beg berat lebih muatan nanti, so beli plak lugage kat situ jugak.


*Hot cokelat enak sih*

*Teror tak ateh? makan roti sambil tutup mata*

Dah kenyang, dah puas mokok, moh balik bilik, kang malam nak kuar lagik kan. bersambung..

Farid kata: Minom milo anda jadi sihat dan kuat. Pastu demam

Wednesday, March 5, 2014

Berstimboat, bergrilled dan berkarok dan happy birthday


*Para peserta kem nyanyi bakat nyanyian bintang kecil*

Hari tu hari jadi kemal 25 mac, jadi memasing berperancangan nak pi makan makan. Pilih punya pilih makan je kat Tanjung tuan resort tu. Namanya coconut hapa ntah. Ada la stimbot ngan grilled bagai. Regenya lebih kurang rm45 per person, tapi kami kami ni amek tuk 3 person je. Aterr mahai gitu pastu konpom tak abis punya.

*Dulu kala pernah skali mai sini, tapi dulu pakai tong gas besar, gigih kau, tapi skang dah canggih*

*berkati ko butter di taruknya*

*ABC tu rege sploh hengget, rasanya tak de la hebat mana*

*Ada daging tuk di panggang, ujung ujung jadi daging tetel*

*Ikot giliran nak memasak, hamidah wahab tgh perati je*

*Lawan betol wallpaper dia*

*Takde orang makan kat sini, sadis*

Pastu pi karok dalam kul 930pm. Seawalnya Shila sudah nganto kan kek kat kat tempat karok tu pepetang sbelum tu, kira nak seprais bagai la. Tgh feeling feeling nyanyi tetiba skrin tukau kuar lagu birthday, potong tauuuu. Pastu masuklah makcik jaga kaunter karok tu bawak kek. Jangan tak tau, lagu birthday dalam bahasa cina, ko mampu? 

*Tun katanya, huntong laaaa*

*Trend skang potong kek sambil rukuk (kat skrin tu masih lagi berkumandang lagu besday cina)*

*Model kedai kek, yang shila (Juara bintang kecil) kat blakang duk senyum apa ntah tak tau*

*Pemenang pos bersama hadiah cabutan bertuah*

So pada kemal, kami ucapkan selamat hari jadi yang ke 18, smoga dimurahkan rejeki dan di panjangkan umo. sehingga kita bertemu lagik *rampas mic nyanyi lagu kak eton #pose
ujung ujung baru pasan muka gue takde dalam entri ni *Nanges tepi waiter bangla

Farid kata: Jangan salahkan orang jika kita sendiri tak pernah pun berusaha.

Tuesday, March 4, 2014

Ke Bandung kita mas 10: Floating Market? bukan kat thailand


*bang iwan dangdut jadik fotografer*

Ok masa turun dari Tangkuban tu, kepala adalah sakit ya amat, tak tau la sbb sulfur atau mmg jalan situ kona kona bikin kepala pusing. Tetiba Bang iwan dangdut kata, kita langsung aja ke Floating market, tanya ahli rombongan smua ok je. so ke pasar terapung la kita yer. Bang Iwan ni bagus, dia duk usul tempat tempat menarik boleh pi, tapi yang tak best, smua tempat nak pi kene bayo, bukan gratis ya pak.

*Macam kat genting pon ada gak*

Jangan tanya gue kat mana letaknya tempat nya ini, sbb mmg no idea, tapi ianya dalam perjalanan nak turun dari Tangkuban ke Bandung la. Rasa rasa tempat ni cam baru, ia sebuah tasik, pastu ada la jualan jualan. Harga masuk tiket tak ingat la plak, manjang la smua benda tak ingat. Aterr kepala tgh sakit waktu ni. Tapi tapi yang gue ingat, tiket nya boleh ditukar jadi coin lalu digunkan untuk mendapat secawan coffee didalam ini.

*tak tau la samada mmg berkabus atau kamera gue yang kelabu tahi hanjeng*

Cuaca masa ini adalah redup dan teramatlah nyaman, mmg sesuai bangat lah nak berjalan jalan sekitar tempat ini. Jalan jalan pos dua tiga gambo, jalan lagi pos lagi sampai abg ramli mampos. #Gila. Pastu sampai la satu kawasan dimana ada peniaga menjual jual dalam sampan, tapi sampan tu takde la bergerak kemana mana pon, cuma konsep nya kurang lebih cam floating market kat Thailand sana kot. 


*Atas jembatan pon posing gak*

*Konsep berdiri atas batu sambil buat pis pis*

*Risau plak pemanggang kebab tu terjun lam air*

Macam macam makanan ada, dari baso hingga ke spring potato smua ada, pilih je nak makan apa, kat sini ada gerai sampan yang guna coin untuk urusan jual beli, ada jugak yang guna rupiah terus. so kalau nak membeli depends la kedai tu nak guna apa. Kalau guna koin, ada la gerai di tepi tepi tu bersedia untuk menukar koin. Ala cam konsep kat funfair tu la.

*untuk keselamatan, makan cakoi je*

*Ntah apa ntah tanter ni juai*

*Beratur amek air, beta sebagai bapak menteri duduk posing kat meja je*

*air milo*

Bang iwan dangdut tunggu kat entrance pos pos taip sms je kejenya. Lantak janji jangan tinggalkan kami ni. Pastu dah selesai, moh la makan tgh ari, dah kelapo benar rasanya. Sambung lagik pening lam kete.

Farid kata: sepuluh kali ulang lagu, raisa- could it be

Monday, March 3, 2014

Ke Bandung kita mas 9: Takuban Perahu


*muka ceria dipagi hari*

Pagi pagi buta dah turun sarapan pagi, siap siap dengan baju sejuk katanya. Nak ke Tangkuban perahu yang glamer tu la. Bang Iwan dangdut dah ada terpacak kat bawah hotel. Ok nak masuk tangkuban ni ada charge nya, ikot kata bang iwan dangdut satu kereta hanya 70,000rp, so kami ni sediakan lah 70,000rp. Tapi harus diingat tu harga warga indon sahaja. 

*kelabu asap gambonya, gue saspek lense camera fon gua diselaputi abuk abuk*

*Kabus campow ngan asap sulfur*

Jalan nya cam berliku liku, berbukit bukau, tapi korang takkan rasa cam nak panjat gunung pun, sbb dari bawah sampai la ke atas smua nya umah orang je. Kalau kat mesia ni, ko nak pi cameron ke, fraser hill ke, pasti la meredah jalan hutan belantara sesaja sepanjang jalan. Sepanjang jalan banyak juai arnab atau kelinchi. Tempat sejuk la kot ek, renab hidup subur je. *matik la bunyik ternak arnab macam tanam sayur je. Oh sayur sayuran juga banyak di tanam kat sini, mungkin sbb tanah subur agaknya.

*yang dah tinggi berdiri tempat tinggi, lagi bertambah tinggi*

Ok bermulah drama adegan lakonan sebabak. Bang iwan dangdut kata suruh kami ni semua diam, dia nak cakap kat kaunter tu yang kami kami ni smua dari Bogor, kira sedara mara dia la, walaupun muka nampak sangat orang mesia. Tapi Bang Iwan Dangdut yakin tu nak menggoreng jugak. Ujung ujung cewek jaga tiket mintak kartu id, haa kaget bang iwan dangdut sebentar. Berpasrah je la bayar ikot rate pelancong, lagian apa tak pe, kami bayar je, bukan hari hari pun panjat situ. Total satu kete adalah 430,000rp. Jauh beza kan? terima seadanya pls. Bang Iwan Falls dah bebel bebel sbb tak berjaya goreng cewek tu tadi, tak pe la bang iwan dangdut oi, kami ni jutawan dan jutawanita. Mesti cewek kaunter tu goyang inul sbb bang iwan dangdut tak berjaya nak nipu dia.

*Latipah omar tgh bagik penerangan tentang lakonan beliau di dalam filem bawang putih bawang merah*

Turun je dari van, ada sorang mamat ni approach, nak bagi penerangan, memula gue boo layan la, mana tau, kang dia bebel terang itu ini tetiba kene bayar plak ke apa kan. Tak mo la di scam sebegitu rupa, ujung ujung tgk dia pakai tag gomen indon, rupanya dia keje kat situ. Tapi tetap di boo layan gak, kemal sorang je gigih dengar mamat tu cerita. Gua ngan bang iwan dangdut bersuka ria isap okok kat situ. Merata rata orang bawak bahan jualan maksa suh beli. Tapi tak berjaya la memperdayakan gue, kata muka garang dan meluat kan, berani la ko mai dekat.

*Model gunung dan kawah, tapi skali imbas dah rupa cam model najis manusia pon ada*

Pastu kata mamat tu lagik, ibuk ibuk bapak bapak boleh masuk ke ruangan informasi untuk keterangan lebih lanjut. so masuk la beramai ramai, pastu ada la sorang makcik ni akan bagi keterangan, sejarah bagai segala pasal tangkuban perahu ini. Yer makcik ni bagus, smua soklan dia leh jawab, dan siap pesan kalau nak berbelanja diluar itu, berhati hati, kerana ada yang menipu, jual batu ke apa ntah sampai ratusan ribu rupiah, dia bukan apa katanya, nanti orang mai kat dia komplen, jadi dia sebagai gomen indon, dia tak mo la cerita buruk gitu. bagus dia ni. dia ada taik lalat kat mulut cam latipah omar. *tetiba tingat mayah sepiah.

Kawah ni tak kuarkan larva, tapi duk kuarkan sulfur, ye kalau sulfer tu dihidu dalam jangka masa lama, boleh jadi mual, kepala bisa pusing. Untuk hilangkannya, bapak bisa minum teh manis atau susu. kata pompuan ini. gue takut kang minum susu, mmg la hilang pusing kepala, tapi lepas tu cirit birit plak, satu keje sudahnya. So dah selesai dengar ceramah dia, kami ni daki la sampai ke atas atas tu, ada juga melewati kedai kedai kat situ juai macam macam, satu benda pon tak beli. Jalan je sudah lah, tu pun dah penat macam kehapa. 

*kalau ada musuh ketat masa ni, molek lah kiranya di tolak terus masuk ke dalam kawah ini, tapi apa motip ko pi melancong ngan musuh?!*

*smentara nunggu ateh ke tolet, ayuh foto foto dulu*

*Bukti dah sampei*

*bang iwan dangdut tgh borak ngan kemal kat blakang tu*

*Pagar tu tak kukuh mana pun, jangan bersandar, kang enam enam ketul terjerumus ke lembah sulfur tu*

*Haaaa itu lah abang iwan dangdut nya, macam tauke kumpulan jambu tak?*

*Pokok pokoknya mengingatkan gunung irau pula*

Dah selesai tutun naik bukit, moh la balilk, Bang iwan dangdut ajak pi hot spring, dikenakan bayaran seorang 50,000rp, pasti lah tidak bang oi, dah pening pening ni, moh kita makan tgh hari lah yer. So sebelum balik tu adik mintak tolong bang iwan dangdut belikan strawberry, so bg doploh ribu, dia pegi la beli. Rege sekotak 15,000rp je, bila tanya bang iwan dangdut berapa harga sbenarnya, katanya 30,000rp, ajer gila sekali lipat regenya. Sib baik ko ada bang, jimat 15,000rp. Walaupun 15,000rp bersamaan rm4 lebih jewwwwwwww.

Maka marilah kita ke tempat makan pula, sambung..

Farid kata: 15,000rp bersamaan rm4.20. Nak dapat rege ni kat cameron?! kim salam sayang je la
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis