Friday, May 17, 2019

Menaiki pelaminan di malam hari

Tajok jangan nak gempar sangat yer, bukan farit manzora yang menaiki pelaminan yer, farit manzora menaiki darah sajew, eh takde takde memain je. Pada beberapa bulan yang lalu, (matik la mmg dah lupa tarikh ia) adik perempuan kesayangan saya sudah menaiki pelaminan. makanya bertambah sorang lagi adik ipar saya.


Menikah nya di masjid telok kemang, majlis nya di seremban nun. Alhamdulillah smua nya berjalan lancar. Takde la masalah besau besau.

Mengerje kan bunga rampai

maap lah shila amzah, terpotong plak muka uolls

menandatangani memorandum

tak boleh bersila, acik dah gomok agaknya


tu bukan misai gue yer, tu kesan parut kejatuhan basikal. Harap maklum.



Terima kasih pada yang hadir, makasih pada rafizi ramli dan umai, dan kak nana dan suami. Makasih lah pada makcik pakcik yang menolong juga sepupu sepapat juga. Pada adik, sila la menjalani tanggong jawab sebagai seorang isteri. 

Farid kata: yer yer nnt gue naiki plamin yer, tak penat ke asyik tanya je? masa jumpa raya tanya, masa jumpa lunch tanya, masa jumpa kat sogo tanya, masa jumpa kawan saya, anda pon tanya bila saya nak kawen pada kawan saya, konsen benar yer. bebasssssssssss

Wednesday, May 8, 2019

Ukur jalan dari Johor ke Melaka

Kejadian beberapa bulan yang lalu, seperti biasa acik amat lah terlupa tarikh kejadian. Kemal duk berperancangan nak membeli tag nama coach. So pegi lah ke coach jpo sana. Dah alang alang sampai jpo, trus je la ke JB.

Berbagai bagai jenis kekdahnya, acik mampu tgk je la, kemal yang beli

Pastu pi makan butter ciken. Apa gue beli kat jpo pon dah lupa, punyalah lama cerita ni. 
Sampai JB duduk lah di Thistle. Nama gah, tapi alahai, harga tak sepadan ngan bilik la. Room servis pon agak melembab juga. Macam hotel lama sikit la. Parking pon agak hazab, mungkin barangkali ada majlis sedang berlansung. 

line talipon tak dapat kat sini yer, dia dah kira ko roaming konon ko kat singapore, walhal ko kat tanah melayu lagi, feeling lah 

Pastu sebelum pi JB, ada borak ngan kak farah, katanya silalah ke senibung kalau nak makan seafood. So kemal pon okay je lah, acik drive kesana, sampai awai okay, kul 6 lebih dah sampai. semangat betul nak makan, bukan apa nnt dah malam malam org dah mula menyesak, susah lah nak cari parking la, susah nk dapat tmpt duduk lah bagai, ujung ujung gue jugak yang naik hantu nanti. So amek langkah berjaga jaga lah.

otak otak, kacang rebus ngan jeli kelapa tu bukan kami order yer, tu mmg diletakkan atas meja, kang ada kata "gergasi nya kau makan banyak centu, patot la gemok cam sipolan tu #eh" sentap la kendian hari

Food smua okay, value for money lah juga. Settle makan, singgah aeon area situ pi beli toiletries pastu baru balik hotel, sbelum tido kekemas la sikit baju bajan yang dibeli sbelum ini, sbb esoknya pas bekpes nk cekaut. Breakfast hotel okay okay la.

inilah perkampungan anak buluh betung, seriyes la

Dari JB ke melaka lah pula titew yer. Sbenarnya ada pi zoo melaka, tp gambonya dua tiga ketol je. so tak leh la nak cerita lebih (alasan nak abiskan entry secara ekpress) Kekdahnya baru hari sabtu, jadinya pi la jalan lagi sbelum balik sendayan. Ini kali duduk Philea plak, bilik dia mahai sikit tapi okay la baloi. Cuma iols cam takut juga la duduk bilik ia sbb cam kayu kayan gelap je, tapi selesa la. siming pool ia adalah kurlas letop tahap lokasi penggambaran majalah mangga dan luas, sampai cramp acik berenang.


Dah penat berenang renang ke muara, sampai cramp satu badan, pastu tetiba terasa lapaq amat. Walhal duk tringat asam pedas je dari pagi. Tanpa berlengah, lepas berenang, terus siap siap, ke asam pedas lah kita. Asam pedah claypot. 

Asam pedas adalah marbelos seperti biasa lah. 

Farid kata: yer la saya jalan takat johor je, takde la selpi sampai sratus belas ribu gambo nya. so pls

Tuesday, May 7, 2019

Ke kuching, tgk buaya, naik cruise dan menengok wayang


Punya lah nyanyok, dah upload gambar berbulan bulan lamanya dalam ni, tapi lupa nak taip, bila bukak balik blog ni, baru tringat, laaa ada dah upload gambar rupa nya. Dasar nyanyok. Ni cerita adalah lama yer. tp nak cerita gak.

mengenang nasib, nak makan apa lunch ini

Bulan berapa ntah, tanpa perancangan yang rapi pon main pepetik, trus nak pi kuching. sbb dalam mesia, boleh la main pepetik nak pegi je, kalau over the sea mmg payah la sikit. Sebenarnya pi kuching ni pon tanpa sebarang sebab yg nyata pon. Mungkin barangkali kemal dah abis idea nak pi mana agaknya lol.


Disebabkan rumah ngan klia2 dalam 20min je, so agak bertenang tenang jugak la nk berangkat ke sana, tapi malangnya flight delayed, Yer flight delayed like dua tiga jam gitu, bohsan la haih. dah sampai depan gate pon, kluar balik pi makan la apa la.


Peginya 3H 2mlm je, duduk kat hilton, since senang nak kemana mana sbb hilton ni duk nya kat tgh tgh, nak pi makan senang, nak pi jalan tepi sungai senang, nak seberang sungai beli kek lapis senang, parking pon senang. Tetiba terbayang meridien KK, hazab gila la haih nak parking situ.


yer ini smoking room, tapi tak smoking pon

Mintak sesiap bilik ngadap sungai, nak view santek katanya. Walaupon hilton ini agak lama, tapi masih baloi baloi la untuk diduduki. Mlm tu kluar jalan tepi sungai cari makan. Gamaknya malas nak bawak kete kluar, jadi jalan kaki sajo. Jalan jalan ke jembatan yang cantek lagi indah itu. Orang adalah meramai, mungkin sbb weekend agaknya. 

sibuk amek gambar dari jembatan, tapi gambar jembatan itself lupa pula nk amek

Pastu semangat lah keesokkan nya pegi tmpt orang utan tu, pi bekpes kat luaq hotel pastu trus je ke tempat orang utan tu, konon feeling dah abis awal la kan. Ater tmpt ini gue tak pernah pegi lagi tu yang smangat satu macam. Pastu bila sampai situ, capai bag trus pi kaunter, tau apa acik kaunter tu cakap? "basnya dah lepas dik, kalau nak masuk gak, boleh je tgk pokok pokok" kekdah la plak drive berliku liku smata tgk pokok sudahnya, ceh. Takpe la cik, kami pi tgk boya je la. Walaupon dah dua kali pi Jong tu. Redhooooo.

Muka kaver nak nanges sbb tak dapat tgk orang utan. 

Buaya OKU ini


Takmo cerita pasal Jong tu sbb dah pernah cerita dalam blog ni. Jadinya sambung cerita lepas dari Jong tu, cakap ngan kemal kene lah makan lunch, knowing gue ini, kalau pi tempat pelancongan, acik takde kosa lah nak try try makan kat gerai ke apa, nk google kedai makan viral bagai kan, sangatlah malas yer, jadi untuk solusinya senang sajok, kita pi mall. Sbb kan mall banyak fast food, lol. Kalau org dengar kompom kene kejis "eleh pi jalan jalan tp pi makan fast food plak" suka kita la kan.

dari nk beli popcorn, terbeli plak tumbler cumil 

Gue adalah tak ingat apa kenama mall nya ini, sbb cerita dah lama berkurun kan. Pi makan makan, pastu pi tgk wayang, punyalah malas nak pikir nak pi mana lak pastu, so tgk wayang je senang yaw. Cerita fantastic beast tu, pastu try la amek yang bean bag tu. Gue adalah ketinggalan jaman, org lain dah lama duk tgk movie beanbag, gue baru jew nk try. Jawapannya, boleh boleh la, tak de sronok naw ke apa, cuma gue rasa cam nak tidoq plak, lebih prefer kosi biasa la kot, lebih afdollllll.

Tak banyak seat, sbb bean bag nya agak besar. 

Dari tgk wayang, balik hotel pastu tido la apa lagi, dah pepetang gitu, pastu tinjau tinjau tingkap hotel, kemal nampak cruise sungai tu plak, so dia sudah lompat lompat nk naik cruise, tak ingat plak berapa duit kene. Tapi beli tiket kat situ gak la, pastu ada dua tingkat atas ngan bawah. kmai udah hampir terlambat, so duduk la di bawah hadapan kapal berkenaan. anda di beri air dan kek. Kat bahagian atas smuo dah ponuh dgn orang orangan.



Oh dalam ini ada juga pertunjukkan tarian tarian tradisional bagai. Anda akan di bawa menyusuri sungai. Pastu satu je gue ini kurang stuju sikit, pertunjukkan tari menarinya membawak ke maghrib, uolls bayangkan diwaktu maghrib, di tgh tgh sungai, berjoget didalam kapal. takuts titew.



muka duk pikiaq nak makan apa malam kang

kapal kapalan di tepian sungaian



Ini kali pegi kuching adalah konsep chill and rilex sajo. Takyah terkejar kejar, tak yah ikot itenary panjang berjela. So hadap mana rasa nk pegi saja. senang cerito kan. So waktu balik takde la flight ngada nak delayed ke hapa, elok je on time. Tak tau bila lagi akan mai ke kuching. 

disebabkan pi jalan bawak baju sikit, jadi nya tak masal kene beli baju kat sana plak

Farid kata: apa hangen tetiba update blog? sbb bosan dan demi sahaja mengelakkan dari ketiduran di bolan posa ini. Anyway, selamat menyambut ramadhon wahai para pembaca budiman yang dihormati. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis