Monday, September 19, 2011

Jalan jalan mencari pasal : Underwaterworld Langkawi


Stelah meninggalkan arena pembloggingan lama sungguh, sekarang tiba masa untuk mula menaip kembali. Gua rasa agak kekok mau susun ayat. Tapi gua gigihkan juga. Jika rasa janggal pada frasa ayat gua, lu orang maafkan saja. 

Minggu yang lepas gua ambil cuti selama empat hari tujuan berliburan di Langkawi. Pagi Isnin gerak ke Lcct, flight pukul 1230pm, sesampai di Langkawi 45minit selepas itu.


Sebelum cek in, gegas pergi makan tengahari. Nasi goreng tak sedap, tapi bedal je kerna lapar. 


Lepas cek in, terus tukar seluar dan ke Dataran Helang, atau nama saintifiknya Eagle Square. Waktu ni panas adalah mengalahkan Gurun Gobi. Parking kereta pula agak jauh. Tiada apa yang menarik sangat, patung helang gergasi dalam mode selenggaraan. Jadi palang besi di sana sini.

Ok balik rumah, mandi manda, dan keluar makan malam. Nama kedai Lubuk buaya, sebelum ambil order akak tu tanya soalan "kenapa senyum tgk nama kedai ni?" Bisa soalan lu kak


Ok hari kedua, memang laju cerita gua ni melompat. Tau tau sudah hari kedua. Takkan tidur pun gua nak cerita jugak?

Lepas makan nasik lemak bersambalkan sotong, terus mara ke Underwater World Langkawi. Ok ini kali kedua gua ke mari. Member gua adalah yang pertama kali, maka keterjuaan beliau adalah lain sikit. 

Nama pun ke Underwater World, pasti la tgk ikan ikan dan hidupan liar, takkan nak menonton org lumba basikal pula. Lu orang tgk je la gambar yer.


*bersama ikan kelah, ikan yang dilindungi*


*monyet mormerset tarikkan terkini*

*penguin yang berbagai bagai sepsis*

*Dr M dan isteri, hamboi kemain mesraaaaaa*

*ikan pari berhidung belang*

*Bapak segala kerapu, masa gua tgk kerapu ni, mulut gua tak abis abis cakap "fuyooo! fuyooo!"*

*memerang yang sedang bersegama*

*Clown fish dan bukan nemo*
Nest destination is Laman Padi

Friday, September 9, 2011

Kasi bikin keychain pun cun jugak

*dah makan sikit baru snap*

Cerita minggu lepas, cam biasa gua ke the curve, makan nasik lemak rendang ayam dan air bandung di Nyonya kaler dan pada masa yang sama mau pergi gunting rambut. Tujuan menggunting adalah untuk membuang kaler oren yang banyak terdapat dihujung rambut gua (walhal dah terlebih kaler sehari sebelum raya itu hari).


Member gua kirim macaroon di cupcake chic, kebetulan ada pula Red Velvet yang sukar di dapati. Gua pun beli. Macaroon tu kaler kaler, kalau buat keychain mesti cantik. 

*satu dah baham, tinggal satu*

*macam mainan plastik*

Ok itu je kisah ringkas gua. (unta pun takda pemalas taip macam ni)

Farid kata: Kepada Ellie, selamat pulang ke Labuan. Jangan lupa balik kl balik, tak de siapa nak gunting rambut gua nanti.

Thursday, September 8, 2011

It come from your pantry

1.Sunburn , Razor Burn

Remedy: Milk
Dip a clean washcloth into a bowl of cool milk and dab it on the burned areas (the coolness can help reduce swelling, and milk’s lactic acid has anti-inflammatory properties). Then rinse it off.




2.Reeking Armpits


Remedy: Apple-cider vinegar
It’s not sweat that makes your pit reek – it’s the bacteria that break down your sweat. (Gross, right?) So dip a cotton ball or a washcloth into cider vinegar and rub it under your arms. Vinegar’s astringent properties won’t allow microbes to thrive. And don’t worry about the sharp smell – it dissipates quickly.


3. Discolored teeth


Remedy: Orange peel
Rub the white pith of the peel on your teeth, and then scrub with a wet toothbrush to lift any debris. (But do this infrequently or you may weaken the enamel.)


Farid says: Good Luck



Tuesday, September 6, 2011

Bapak yang kaya katanya

Setelah seharian sabtu gua duduk rumah, tido makan main game sahaja sepanjang hari, pada hari ahad, gua phewit member gua ajak keluar berliburan dan bukanlah ke diskotik.

Sebelum memulakan jola joli makaloli, sarapan dulu di Mahbub, tapi makan roti kosong sahaja, tak macam member gua, pukul sepuluh pagi makan nasik beriyani ayam. Hebat.

Selepas itu member gua sudah beli tiket hantu bonceng, dimana gua dah review dulu kerana takut luput dari kotak ingatan gua yang tak berapa kuat ini.

Ada lebih kurang setengah jam sebelum tayangan gua jalan jalan dan ter masuk pula ke dalam Posse, dan gua terbeli fendora juga sehelai seluar pendek yang cantik. semua ini secara eksiden (kerana itu penekanan kata imbuhan "ter" digunakan), member gua rembat blazer. terembat juga ke?


*Nasik lemak untuk pemakan sayuran sahaja*


Selesai menonton wayang, gua lepak di papa rich. Member gua mau makan char kuey teaw. Dan secara mejis nya gua order Nasi Lemak Mutton Vegetarian. Kenapa vegetarian? sbb mutton vegetarion rasa sangat hebat. Ada ke mutton untuk pemakan sayur? Ada la kut, ini bukan mutton asli, rasa nya sahaja seperti mutton, tak silap gua, ianya diperbuat dari soya. Soya jadi mutton?! mejis juga

*Longan milk gua lagi outstanding dari teh tarik member gua*

*lu orang tgk , dah siap siaga pegang sudu garfu, punya lah kesabaran menipis*
Dah kenyang dan dapat hisap rokok dalam dua batang, secara mengejut rasa mahu jalan jalan ke Putrajaya. Terus memandu ke sana. Duduk duduk sambil minum teh tarik menyaksikan matahari terbenam adalah sesuatu yang menakjubkan.

Sebelum maghrib gua berangkat pulang, adik gua sudah menunggu di rumah mahu berhari raya.

OK dah itu sahaja aktiviti hujung minggu gua yang sangat tak related dengan aidilfitri yang sedang disambut umat Islam serata dunia.

Farid kata: Gua rasa ada termissed rumah yang sepatutnya gua beraya

Monday, September 5, 2011

Segmen mari menonton - Hantu bonceng




Sudah lama gila gua tak review cerita wayang. Jadi untuk julung kalinya gua kembali menjadi mengreview filem. "Filem siapa kalau bukan filem kita"

Cerita kali ini adalah, Hantu Bonceng. Pelakon adalah Zizan raja lawak, juliana evans, jue aziz dan beberapa lagi pelakon tambahan.

ok gua dipaksa tgk cerita melayu, sbb gua selalu beli dvd sahaja untuk tonton cerita melayu.

Beriksar kisah mat rempit, mungkin terbawa bawa penangan kisah adnan sempit. Zizan membawa watak Amran, raja jalan tar katanya.Ok dah nama mat rempit pasti la kerjayanya merempit sahaja, bila menang dapat bohsia, tapi ini bohsia adalah spesel kerana juliana menjadi bohsia yang diperangkap oleh adik sendiri dan dijual kepada apa ntah nama mamat tu abang kepada jue aziz yang memegang watak si jururawat bernama Halimaton, kelas nama ko maria.

elok sahaja menang dan mengklem hadiahnya, juliana dan zizan naik moto di sondol lori, tapi zizan boleh sempat lompat. lu orang kene tgk babak ni sbb mmg kelakar bapak punya.

Maka mati la si juliana ni. Dan dia jadi hantu yang menghantui hidup zizan. Kawan si Zizan ni namanya kunyit, pula sudah jatuh hati pada apa ke nama wataknya ni lakonan si Dottie. Comel lakonan mereka ini.

Selepas beberapa hari muncul la watak ayu lakonan juliana jugak, yakni adik pada si maya lakonan jue yang telah mati lalu menjadi hantu bonceng itu tadi. Pening gua menaip ni.

Ayu ini adalah jahat gila. Sudah mempergunakan kakaknya lalu di jual pada geng rempitnya. Seterusnya lu orang kene tonton apa yang telah berlaku, tapi mmg berbaloi baloi kalau menonton. Konfirm gelak.

Farid kata: Pasni nak tonton real steel dan mission imposible 4: ghost protocol
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis