Monday, September 19, 2011

Jalan jalan mencari pasal : Underwaterworld Langkawi


Stelah meninggalkan arena pembloggingan lama sungguh, sekarang tiba masa untuk mula menaip kembali. Gua rasa agak kekok mau susun ayat. Tapi gua gigihkan juga. Jika rasa janggal pada frasa ayat gua, lu orang maafkan saja. 

Minggu yang lepas gua ambil cuti selama empat hari tujuan berliburan di Langkawi. Pagi Isnin gerak ke Lcct, flight pukul 1230pm, sesampai di Langkawi 45minit selepas itu.


Sebelum cek in, gegas pergi makan tengahari. Nasi goreng tak sedap, tapi bedal je kerna lapar. 


Lepas cek in, terus tukar seluar dan ke Dataran Helang, atau nama saintifiknya Eagle Square. Waktu ni panas adalah mengalahkan Gurun Gobi. Parking kereta pula agak jauh. Tiada apa yang menarik sangat, patung helang gergasi dalam mode selenggaraan. Jadi palang besi di sana sini.

Ok balik rumah, mandi manda, dan keluar makan malam. Nama kedai Lubuk buaya, sebelum ambil order akak tu tanya soalan "kenapa senyum tgk nama kedai ni?" Bisa soalan lu kak


Ok hari kedua, memang laju cerita gua ni melompat. Tau tau sudah hari kedua. Takkan tidur pun gua nak cerita jugak?

Lepas makan nasik lemak bersambalkan sotong, terus mara ke Underwater World Langkawi. Ok ini kali kedua gua ke mari. Member gua adalah yang pertama kali, maka keterjuaan beliau adalah lain sikit. 

Nama pun ke Underwater World, pasti la tgk ikan ikan dan hidupan liar, takkan nak menonton org lumba basikal pula. Lu orang tgk je la gambar yer.


*bersama ikan kelah, ikan yang dilindungi*


*monyet mormerset tarikkan terkini*

*penguin yang berbagai bagai sepsis*

*Dr M dan isteri, hamboi kemain mesraaaaaa*

*ikan pari berhidung belang*

*Bapak segala kerapu, masa gua tgk kerapu ni, mulut gua tak abis abis cakap "fuyooo! fuyooo!"*

*memerang yang sedang bersegama*

*Clown fish dan bukan nemo*
Nest destination is Laman Padi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis