Wednesday, September 21, 2011

Jalan jalan mencari pasal : Makam Mahsuri dan Air Hangat


*Sila baca*

Setelah selesai sarapan, dari Pantai Chenang pandu terus ke Makam Mahsuri. Jalan agak keliru tapi tak sesat,  Gua punya pembaca peta yang cekap. Berguna juga peta yang dibeli jika dibanding dengan peta yang disediakan pihak penganjur sangat boncai.

*Cari port nak duduk*

Ini juga kali kedua gua ke Makam Mahsuri, dan ini kali, dua dua peserta rombongan demam. Tapi dengan semangat meronda yang jitu, gua redahkan jua. 

Masuk adalah kene bayaran, tapi gua tak ingat berapa, lu orang kasi google sudah. Ada rumah rumah tradisional, ada muzium mencerita kan segala kisah pelbagai versi tentang mahsuri.

*Kedai makan yang lengang*

Ada juga haiwan haiwan dipamer, terdiri dari burung burungan. Ada tempat makan, tapi dua kali gua kesini, tak pernah pula gua tgk tempat makan ini beroperasi.


Pertempatan ini bersebelahan dengan bendang, maka pemandangan juga adalah saujana mata memandang. Sangat menakjubkan. Masa gua kesini, cuaca sudah mula mendung, ada harapan hujan akan mencurah turun. Tidak seperti hari sebelum nya dimana suhu mencatatkan tahap kepanasan mengalahkan ketuhar gelombang mikro.

*zaman sekarang dah canggih, mana mau guna kerbau*

*Pose pelik disamping telaga mahsuri*

Disini jua terkenal dengan telaga mahsuri. Mungkin telaga yang digunakan oleh mahsuri la kut. Takkan nama telaga mahsuri tapi pakcik mahsuri yang empunya.


*Patut gambar yang ini yang pertama, tapi sudah tonggeng langgeng*

Setelah berlelah lelah di Makan mahsuri, ikut rancangan yang direncanakan, sepatutnya kami ke Beras terbakar, tapi malangnya agak tersasar laluan, dan akhirnya berjumpa, tapi pada ketika itu hujan turun dengan lebatnya diikuti dengan sooookkkk sekkkkkkk member gua membuang mukus keluar dari rongga hidungnya.

Jadi prosid lagi ke destinasi seterusnya, yakni ke Galer Perdana. Sepanjang melalui ke galeri perdana, gua melalui tempat air panas. Dan yang menariknya tempat ini adalah gratis. Tak peru bayar apa apa. menakjubkan bukan?

*Aman dan tenang saja*

Nama pun kawasan air hangat, mana mungkin ada air terjun disini. Di sini berselerakkan kolam kolam air panas, tapi lu orang jangan main celup je kaki, bisa terebus kaki lu. Ada satu tempat berbumbung di sediakan disini. Memang kawasan untuk merendam kaki, baru lah lu orang boleh duduk.

Sauna juga disediakan disini, tapi gua rasa dikenakan bayaran, berapa tu, gua kurang pasti, seperti biasa silalah google. 

*mmg tak de papan tanda kut, lu orang pandai pandai cari sendiri laluan masuk*

Ada beberapa gerai jualan menjual cenderamata dan minyak gamat. Peniaga disini juga ramah tamah. Lu orang tanya je soalan apa, pasti mereka boleh jawab. Maksud gua soalan yang berkaitan air hangat la, jangan pula tanya soalan matematik.

*Diakhiri dengan senyuman yang fake kerna di paksa senyum *

Selesai bergambar kenang kenangan, ayuh kita bergerak ke Galeri Perdana yang jauhnya mengalahkan KL ke Tampin. Sambung..

2 comments:

sW33tdARLiNG said...

ensem plak senyuman fake kau itu

farikh said...

tukang amek gambar siap jerit kat aku kak "senyum... senyum.... senyum sampai nampak gigi" boboi takutttttttt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis