|
*Seperti org kemalasan mengambil gambar* |
Ok last day untuk jalan jalan sbelum member gua jatuh sakit. Galeri Perdana, lokasi terletak paling jauh dalam banyak tempat gua dah pegi dalam langkawi. Galeri ini masuk berbayar. Tapi tak ingat berapa, camera juga kene bayar.
|
*patung patung rusa berkaler emas yang tiada keterangan tentangnya* |
Dah camera masuk kene bayar, wajib la bergambar dengan segala mak nenek yang ada didalam. Lagi lagi muka gua, lagi lagi muka gua, apa gua kisah. Ok tujuan Galeri ini ditubuhkan adalah untuk menyimpan segala macam benda cenderahati yang diterima oleh Dr M sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.
|
*menikmati kehalusan seni yang dihasilkan, Cheh macam lu teror sangat farid* |
Banyak juga info lu orang boleh dapat, contoh, cenderahati yang dihadiahkan itu menceritakan sesuatu syarikat, negara atau peristiwa. Keterangan berkenaan segala cenderahati disertakan, tapi tak semua ada la. Cenderahati yang diterima diantaranya terdiri dari replika, tembikar, pewter, lukisan hingga membawak ke kereta, basikal dan motosikal.
|
*monorel polka dot, eh ada lagi ke? Teringat apam polkadot* |
Galeri tersebut mempunyai dua kawasan. Dan for sure akan berpenat lelah berjalan. Dalam banyak benda yang dipamerkan gua adalah tertarik dengan ukiran dibumbung galeri ini. Betapa amazing juga menakjubkan ukiran tersebut dihasilkan.
|
*Gajah miniture dari kerajaan thai, emas kut ek? ntah* |
|
*Apa nama orang panggil bendalah ni ek? tapi mmg lawa sbb ada corak bermotifkan wayang kulit* |
|
*Peta langkawi, tu gua tunjuk kat celah bedah mana duduknya Pantai Chenang* |
|
*terdongak dongak gua tatap bumbung ni, antara benda yang gua kagumi pernah di lihat sepanjang hidup* |
|
*pasu chap Dr M* |
|
*tengok tepak sireh tetiba tingat pegi merisik, kalau dapat ini macam punya tepak emas, kompom risikkan lu takkan di tolak mentah mentah* |
|
*Antara kereta yang dipamerkan* |
|
*Jangan memain, Dr M juga ada kereta F1, kalau gua hari hari gua pandu pegi kerja* |
|
*sesuai digunakan untuk menghantar anak ke tadika juga ke pasar malam* |
Abis meronda ronda di Galeri tersebut, pandu perlahan lahan ke Kuah untuk membungkus makanan tengahari. Dan berehat rehat di bilik juga. Ini jam, rasa sedih sedih tu dah mula terbit kerana gua membayangkan esok akan pulang ke kuala lumpur kota metropilitan seterusnya meninggalkan Langkawi yang bakal dirindui. Panjang gila ayat tanpa noktah. Ok sambung, babai
2 comments:
sangat berinfo dik
takyah gi langkawi
baca sini pun dah ok dah hehehe
hahahaha kene pi gak kak, nak merasai suasana sebenar, ya la kita nak pi kusus kat london tak boleh kan, kita pi langkawi je la hakhakhak
Post a Comment