Tuesday, September 20, 2011

Jalan jalan mencari pasal : Taman Buaya Langkawi



*muka ceria dapat pergi Taman Buaya*
 Lepas turun dari kereta kabel, jalan lagi terus ke Taman Buaya Langkawi. Ekceli tempat ini tak masuk dalam senarai tempat yang dilawati, tapi gua berkeras hati sekeras kulit buaya hendak pergi juga. Bayaran masuk Rm8 kut, eh entah lebih kurang la. Lokasi nya agak jauh nun di hujung pulau dan di kawasan berbukit.

Mungkin barangkali mengelakkan bah besar yang bisa menghanyutkan buaya buaya ganas ini lalu membaham penduduk setempat.
*Buaya julung julung, gua main teka je yer namanya sbb tiada info di sediakan*
Kawasan nya luas juga la, suhu panas membahang masih lagi menyelubungi lubuk jiwa. Bermacam macam jenis buaya ada disini, tapi malangnya tiada sebarang keterangan mahupun info berkenaan haiwan reptilia ini. Eh reptilia ke? bantai je la. takkan amfibia pulak kut?!

*selingsing lengan baju dan bersedia nak gusti ngan buaya, dua lawan satu apa ada hal*


*Gua rasa dia gaduh rebut bini, pastu pihak lawan gigit kakinya sampai darah darah*

*pastu dalam kolam bunyi letup letup, gua suspek ini ketuanya yang buat bising*

*air hijau melumut, lu orang bayangkan kalau terjatuh lam tu*


Ok lepas abis ronda taman buaya itu, gua prosid memandu hingga ke bahagia atas lagi dimana ada Langkawi Fall. Ini kawasan air terjun, tapi punya lah menyeramkan. Bukan sebab hantu tapi sebab monyet bertebaran menguasai segenap pelosok kawasan. Gua slalu tgk tivi ada serangan monyet, gigit manusia sampai mati.
Jalan penyelesaian, ambil gambar dari dalam kereta sahaja.

*Yang menetek anak pun sibuk juga mau makanan, duduk rumah diam diam boleh?*
Gua takut cicak, anjing dan monyet, so what?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis