Monday, September 19, 2011

Segmen Mari Menonton: Raya tak jadi


Semalam gua meluangkan masa untuk menonton "raya tak jadi" lakonan saiful apek dan johan raja lawak. Asik tgk preview di kaca televisyen sahaja, jadi member gua phewit sama gua mau tonton. Err tapi serius ya, gua pun hairan kenapa kebelakangan ini gua asik tgk cerita melayu. Sokong industri tempatan.

Ok sikit sinopsis nyer:

Bermula dengan kisah Leo seorang bisnisman jepun yang menjalankan bisnes kurma. Akibat keterlewatan kontena kontena kurma nya sampai, Leo sudah mengarah kan dua org bawahan nya lakonan err err tak kenal kut untuk mendelaykan raya. Jangan main gila, sampai nak delay raya. Diculik nya la Penyimpan mohor besar raja raja yakni lakonan Jalaludin Hasan.

Dengan harapan bila Jalaludin tarak, maka tiada pengumuman raya dan raya di delay seterusnya dapat lah Si Leo ini menjual segala kurmanya.

Shuib lakonan apek mempunyai seorang adik bernama Bob lakonan Johan. Shuib bekerja sebagai pemandu teksi dan Bob pula pengawal keselamatan. Bob ini punya satu penyakit misteri, bila bangun tidur dia lupa siapa dia dan tak kenal org kelilingnya. Misteri sungguh lu ni Bob.

Adeh penat taip oi. Sambil membetulkan pinggang, gua sambung taip. Penculik dua ekor yang culik Jalaludin tadi sudah pandu teksi, skali tertukar ngan teksi shuib. Sudahnya Shuib ingat Jalaludin itu mayat. Berbagai bagai lah cara si Shuib dan Bob gunakan untuk menghilangkan mayat itu. Walhal Jalaludin tak mati pun, pengsan saja. 

Ok cerita sampai tahap tu je, yang selebihnya korang tonton, boleh gelak juga la cerita ini, disebabkan Johan barangkali, jikalau apek berseorangan, gelak sipi sipi. 

Rasa cam dah taip panjang, tapi bila baca balik, sejengkal je karangan gua. Tak cukup 360 patah perkataan pun. Ah kira halal je la. 

Farid kata: razak mohaiden pengarahnya, tapi apa perlu buat penampilan dua tiga kali sbg extra?! Abg razak belakon je la ganti encik Jalaludin Hasan tu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis