Saturday, May 14, 2011

Journey has begun

*muka semangat la nak pi mlancong*

Seperti yang direncanakan, aku, adik dan tasya mau ke redang sana. Setelah semua perancangan di atur, makanya smua pun bersiap sedia. Pepagi jumpa tasya dan ibunya di KL sentral sana, so bekpes kat mekdi dulu then trus naik komuter ke stesen putra kat sbelah the mall sana. 



*terkial kial nak log in, walhal tgh keja masa*

Disebabkan banyak benda nak ingat, tiket komuter aku buleh hilang plak, damn. kene la beli tiket baru sib baik singgit je pun. Pastu posid trus ke Hentian Putra sana. Ikut rancangan kami akan naik ekspress sani. Aku la yang gegdik naw nak naik sani tu. Tiket smua dah beli ari tu ngan nok. So tak yah risau pape lagi.



Perjalanan mengambil masa dalam 8 jam ke KT sana. Gila lumat duduk lam bas, walaupon aku duduk satu seat sahaja, tapi tetap rasa tak best. Adik ngan tasha duduk berduet kat seberang aku. Dah penat dgr lagu, main game kat ipad plak, pastu dah boring lagi lagi, kol kengkawan, bantai borak. ujung ujung dah masuk angin sangat tido je la.


*apa apa je la keje budak dua orang ni*

Sesampai kat KT, kami trus la pun pi mlantak. Bayangkan la lam bas lapan jam. Then ikut plan nak amek je hotel kat merang sana. Hah untuk pengetahuan korang, kalau nak ke redang korang kene naik bot kat jeti merang sana yer, bukan di jeti syahbandar yang dekat KT ni. So setelah mesyuarat tergempar diadakan lam lima minit, maka kami decide untuk tido je kat KT ni. Hotel yang diambil tak tau nama apa, tapi murah. Untuk bilik deluxe hanya berharga RM99 sahaja. Biliknya pun luas.









So dah dapat cek in, rehat la sat. Pastu sambung....... miahaha

Pesanan farid: Puas bertekak mempertahankan redang dari tioman

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis