Tuesday, May 31, 2011

Kalau terbakar terus lari

*Semua berebut berangan nak jadi bomba*


Minggu lepas aku pegi khusus keselamatan kebakaran. Setiap tingkat kat opis aku ni ada pegawai kebakaran. Kalau opis terbakar kau lah org yang paling sibuk macam mak pengantin sbb nak kene kira kawan kawan dalam opis supaya tidak ada yang tertinggal dan rentung.

Kusus ini diadakan di Balai Bukit Jelutong. dan disebabkan aku mmg tiada idea kat mana letaknya bukit jelutong ni, jadi aku naik bas seraya bas yang disediakan oleh pihak opis. Bas panjang, ekon kuat dan seat cantek, tapi cantek lagi awek yang duduk sbelah aku. Siap pakai tali pinggang keledar lagi, takut kalau bas tu kona baring dan dia terbaring plak kat aku, dah tak pasal kene nikah dalam bas tu.

Kusus ni dua hari, sepatut aku pegi hari khamis, tapi dah tak sabar nak jadi bomba jadi aku tukar pegi hari rabu pulak ngan nok dan Vijay. Ini dua orang bawak kenderaan masing masing, jadik tak de la merasa naik bas duduk sebelah awek. Sangat merugikan

Kusus terbahagi kepada tiga bahagian, dan aku tak ingat bahagian apa, yang aku tau mula sesi ketua balai yang seolah sebaya dgn baba memberi taklimat. Tapi plis pakcik jangan cakap bahasa inggeris. Sbb bila aku dgr dia cakap bahasa inggeris seupama aku menonton lawak kumpulan Jambu dalam Maharaja Lawak.

Bila tgh hari dan kebetulan hari itu hari gaji, dengan bongkaknya kami tak mau makan makanan yang disediakan, tak sedap (walaupun aku tak tau dorang kasi makan apa). Pegi kedai mamak, pekene beriyani ayam madu ngan papodom sebungkus teloq rebus sebijik dan yang paling sedap sbb vijay blanja.

Settle makan pastu masuk balik bilik tu, kelas CPR dah mula. Brader yang buat cpr tu berpeloh peloh menerangkan macam dia mmg perlukan cpr sangat sangat. Itu jam mata aku mmg dah bukak separuh je. Abis kelas cpr, kelas camna cara nak selamatkan org plak mula. Mamat ni muda dan mmg lawak tahap raja lawak.

Pastu ada demo padam api kat luar. Aku mmg tak amek pot sbb panas macam kat mesir. Sibuk lap peluh dan mengeluh. Brader yang buat demo tu jongang dan cakap sangkut sangkut sperti takut terlanjur kata. Minum petang disediakan, tapi air panas dan aku boo layan. Dah tu naik bas, tapi awek dah tak de, aku on ipod pastu miming sorang sorang sampai kl. Konklusi dari kusus ini, kalau terbakar, lari selamatkan diri sendiri.

Pesanan Farid: aku nak elak taip panjang, tapi tertaip panjang jugak sbb cerita dengan lebih terperinci dan supaya korang tau camna nak selamatkan diri kalau opis terbakar.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis