Monday, May 16, 2011

Redang pt2: Pok Mat yang baik hati

*Konfius antara ponok dan jeti*

Ok seawal 730am kami sudah sesiap mau breakfast. Malam sbelum tu, adik sudah kol sama pemandu taksi yang akan bawak kami ke jeti Merang. Tambang nya adalah rm40 sahaja. So aku rasa ok la kut sbb aku dah tanya kak jiu jiu yakni org terengganu sendiri, tambang nya mmg gitu. ok so tak rasa ditipu la. Pemandu taksi itu adalah bernama Pok Mat. Pok Mat ini adalah baik pakciknya, kami baru terkial turun hotel mau breakfast tetiba Pok Mat dah terconggok depan hotel. Uih awalnya Pok Mat oiii. Nampak je kami terus dia kata "tak pe tak pe , pegi sarapan dulu"


*Posing ngan tiket marine park*

Dari KT membawa ke Jeti Merang memakan masa selama 45 menit. Lagian Pok Mat bawak cam ribut, smua kete nak dipotongnya. Bot kami dijadualkan pukul 9am. So kata Pok Mat, takut terlambat. Ni siapa yang nak pi redang ni haha. Pastu sebelum sampai Jeti Merang tu Pok Mat sudah stop kat stesen minyak Shell, kata nya "beli la makanan apa apa, nanti lapar pula dah sampai sana, kedai susah nak dapat, lepas tu harga mahal la siket". baik hati sungguh pok mat nih, automatik aku tingat kat baba. Hah lupa plak, kat jeti ni kene bayar tiket marine park, so nanti kalau pi marine park tak yah la terhegeh hegeh nak membayar lagi.



Then tiket smua dah diuruskan oleh travel agent, so tunggu je la bot je tiba. Resort yang aku amek ni tak ramai kut pengunjungnya banding resort resort lain. So dari Jeti Merang ke Redang perjalanan bot mangambil masa dalam sejam. Naik pun speed bot harus la pantas. tapi duk terhempas hempas kalau ko peknen kompom la leh terberanak dengan mudah sebelom sampai redang. 


*Pling! tetiba dah ada kat redang, mejikkan?*

Sampai je kat resort, Si tokei resort nama Steven sudah suh smua berkumpul untuk briefing. *kami bertiga sahaja malays dalam ini resort. Then Steven menerangkan what do and donts sepanjang ko kat pulau tu dan juga semasa snokeling. All electronic gadjet tidak boleh dibawa semasa snokeling unless ko mmg degil nak snap itu ini, so kalau camera ko terjun laut dan jahanam sendiri mau ingat. Pastu dilarang sama skali untuk sentuh or even tangkap ikan ikan dalam tu melainkan ko nak kene penjara dan denda rm20,000 sila la berbuat demikian.



*Kami bukan menaiki bot di belakang itu yer, boat kami lebih berhemah*


Selesai briefing, amek kunci then cek in la. Bukak je pintu trus baring. Aterr penat ngan mabok laut la kut. Dan peringatan, resort ini tiada tv yer. So kalau ko tak bawak any entertainment, makanya masak la ko termenung ngadap laut sensorang. Luckily ipad ado. So leh main game sampai muntah ijo.


*tinggi nya aku cam pemain bola keranjang, cehh*

Selepas hantar beg smua pastu boleh pi makan tgh hari. Dorang akan bunyikan wisel or siren bila masuk waktu untuk bersnokeling. Sapa lambat kene tinggal la yer.


*Tempat makan dan merangkap tempat briefing*


OK sambung..


Pesanan Farid: Masuk hangen hujung minnggu tak tau nak buat apa, so update blog sebanyak mungkin.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ShareThis